Hati Min Gyu retak seribu setelah mengingat kembali kisah di mana cintanya ditolak Si young beberapa tahun lepas. Dia duduk di atas kerusi bertentangan dengan cermin dan memegang segelas minuman di tangan kanannya.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Flashback...Si Young: Yah! Aku tak minat kau. Tolong faham. Aku memang tak boleh terima kau walaupun rupa kau kacak macam mana sekali pun.
Min Gyu berdiri kaku di hadapan Si Young. Kedua-dua matanya memandang tanah kerana tidak sanggup merenung anak mata Si Young yang sedang marah ketika itu.
Si Young: Aku minta maaf. Aku pergi dulu.
Si Young meninggalkan Min Gyu seorang diri di situ dan berlalu pergi tanpa menoleh sedikitpun ke arah Min Gyu.
Flashback tamat...
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Min Gyu membaling gelas yang berada di tangannya itu ke cermin tersebut sehingga cermin tersebut retak. Gelas itu pecah berderai di atas lantai.
Bunyi gelas yang pecah itu sangat kuat sehinggakan orang gaji rumahnya boleh terdengar bunyi tersebut. Orang gajinya tidak berani mencampuri sedikitpun urusan Min Gyu melainkan dia diberi arahan. Dia telah menjaga Min Gyu kira-kira 8 tahun setelah kematian kedua ibu-bapa Min Gyu akibat kemalangan.
Orang gaji itu diberi amanah untuk menjaga Min Gyu. Kedua ibu-bapa Min Gyu telah meninggalkan harta yang banyak untuk putera tunggalnya itu. Orang gaji itu faham sememangnya Min Gyu kekurangan kasih sayang dan hatinya juga tidak pernah bahagia walaupun memiliki harta yang banyak.
Anak Mr. Kim ini kini sudah pandai menguruskan syarikat peninggalan bapanya sendiri. Dia juga semakin matang dan kacak, hatinya sangat sensitif tetapi tidak mudah menangis. Dia sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan apa sahaja kemahuannya.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Min Gyu menjerit dan mula menjatuhkan semua barang yang berada di dalam biliknya. Dia membaling berbotol-botol minyak wangi dan menggembur semua bajunya yang tersusun kemas di dalam almari.
Min Gyu: Kenapa?!
Min Gyu bercakap seorang diri. Dia baring di atas katil dan memejamkan matanya. Air matanya mula mengalir.
Orang gaji di bawah itu mula berasa risau terhadap Min Gyu. Dia terpaksa menahan telinga mendengar jeritan Min Gyu dan tangisan putera Mr. Kim itu.
Akhirnya, tidak lama itu, Min Gyu penat dan dia tertidur dengan suits kerjanya itu di atas katil.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Jota memimpin tangan Si Young yang kecil dan hangat itu sepanjang mereka berjalan di bandar. Dia ingin menjaga keselamatan gadis itu dan tidak akan melepaskan gadis itu ke tangan orang lain. Dia sanggup mencari sehingga ke lubang cacing sesiapa yang berani menyakiti gadis itu.
Si Young menunjukkan baju gaun kahwin yang cantik berwarna putih di sebalik dinding kaca tersebut. Jota memandang gaun tersebut.
Si Young: Oppa, saya teringin nak pakai baju ini bila kita kahwin nanti.
Jota: Ianya cantik sangat. Sesuai untuk kamu Si Young!
Si Young: Nanti oppa belikan untuk saya ya?
Jota: Ya. Nanti oppa belikan.Jota tersenyum lebar. Dia memeluk Si Young daripada belakang dan membisikkan sesuatu pada telinga Si Young.
Jota: Oppa akan cuba untuk sentiasa lindungi kamu pada setiap masa.
Si Young: Oppa janji?
Jota: Ya. Oppa janji.
Si Young: Sebab itulah saya sayang oppa. Terima kasih oppa.Si Young mencium pipi Jota. Pipi Jota mula naik merah-kemerahan. Dia menahan malu.
Si Young: Adakah oppa akan lepaskan Si Young pada lelaki lain?
Jota: Tak akan. Oppa mahu kahwin dengan kamu Si Young!
Si Young: Bila?
Jota: Nanti. Belum masanya lagi.°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Jin Na Young, pekerja yang bekerja di syarikat milik Mr. Kim sering menggoda Min Gyu sehingga membuatkan Min Gyu rimas dengannya.
Na Young: Min Gyu, you nak teh? I boleh tolong buatkan teh kalau you nak.
Min Gyu: I tak nak. Terima kasih saja la.Na Young memegang kedua-dua belah bahu Min Gyu yang sedang duduk di atas kerusi itu. Namun, Min Gyu cepat-cepat menolak Na Young ke tepi.
Na Young: kenapa ni oppa?
Min Gyu: Na Young, you boleh ke tepi tak? I minta you tolong keluar sekejap dan jangan ganggu I. I rimas la.
Na Young: Okay, okay. Fine.Na Young sempat mencuit dagu Min Gyu sebelum keluar dari bilik pejabat Min Gyu.
YOU ARE READING
MARRIED TO THE CRUEL GUY
FanfictionJota failed to save his beloved girlfriend named Lee Si Young from Min Gyu. Min Gyu who was Fallen in Love With Si Young since they were in High School. Si Young rejected Min Gyu's love for another reason. Min Gyu's heart was broken and when he turn...