Si Young berjumpa dengan pihak hospital untuk bertanyakan tentang hal Min Gyu serta sedikit latar belakang tentang Jin Na Young. Dia berhadapan dengan Dr. Jin yang bertanggungjawab untuk merawat dan memeriksa Min Gyu setiap masa. Sengaja tidak diberi jururawat untuk memeriksa dan merawat Min Gyu kerana bimbang jururawat itu tersalah menyuntik ubat pada suaminya memandangkan Min Gyu mempunyai wajah yang amat kacak bak bidadara dalam mimpi.
Dr. Jin: Min Gyu memang terlibat dalam kemalangan bersama dengan seorang perempuan di dalam keretanya. Menurut pihak siasatan, Hal ini berlaku disebabkan oleh perempuan tersebut hilang kewarasan dan menarik handle kereta Min Gyu secara tidak langsung terbabas terjunam ke dalam longkang besar.
Si Young: Doktor, boleh saya tahu siapa perempuan tu?
Dr. Jin: Menurut fail ini, namanya Jin Na Young. Dia asal dari Ulsan dan belum berkahwin lagi. Dia sudah hamil 2 minggu.
Si Young: Hamil 2 minggu? Doktor tolong check DNA bayi itu boleh? Adakah itu anak Min Gyu?Si Young keluar dari bilik Dr. Jin dengan penuh kecewa. Tidak sangka, Min Gyu sanggup melakukan hal sedemikian kepadanya. Dia sanggup melupakan Jota semata-mata untuk Min Gyu yang kini menjadi cinta hatinya.
Jota terserempak dengan Si Young di Kafe hospital.
Jota: Si Young!
Si Young: Ehh, Jong Hwa. Awak buat apa kat sini?
Jota: Melawat kawan saya, Zhou Yi Xuan. Awak pula?
Si Young: Melawat seorang lelaki ni.
Jota: Siapa?Si Young menarik lengan Jota dan membawanya masuk ke dalam bilik V.I.P Min Gyu. Ketika itu, Min Gyu masih lagi berada dalam keadaan koma.
Jota: Lelaki ini? Lelaki ini yang kaya itu kan?
Si Young: Dia Kim Min Gyu.
Jota: Ya, Kim Min Gyu. Kenapa awak melawat dia? Awak ada kena mengena dengan dia?
Si Young: Dia adalah . . .Ayat Si Young tergantung. Dia menangis di hadapan Jota secara tidak langsung Jota menepuk perlahan bahu Si Young yang bersandar di bahunya.
Jota: Rumah awak kat mana? Saya hantarkan awak balik ya?
Si Young: Tak nak! Saya tak nak balik rumah.
Jota: Kenapa?
Si Young: Saya tak nak. Boleh saya duduk rumah awak?Jota merenung anak mata Si Young buat seketika. Dia tahu Si Young amat sedih dan memerlukannya buat masa sekarang.
***************************************************************************
Jota menghidangkan secawan kopi untuk Si Young di rumahnya pada malam itu. Mata Si Young kelihatan sayu. Jota tidak mahu mempersoalkannnya kerana dia tidak mahu membuat Si Young bertambah sedih walaupun dia masih tertanya siapakah lelaki kaya itu kepada Si Young?
Jota: Okay, urmmm saya dah siapkan bilik untuk awak di sana. Kalau awak mahukan apa-apa just panggil je saya ya?
***************************************************************************
Si Young tidak melawat Min Gyu kerana dia begitu sakit hati dan kecewa dengan sikap suaminya. Dia berasa benci dengan apa yang berlaku dan meluat dengan suaminya.
Hari ini, sudah masuk hari ke 5 Si Young berada di rumah Jota.
Jota: Awak tak mahu pulang ke rumah ke?
Si Young: Tidak. Saya takut.
Jota: Takut? Jangan risau, awak ada saya.
Si Young: Saya memang tak nak balik lagi. Saya nak duduk sini lama lagi boleh?
Jota: Okay.***************************************************************************
Min Gyu telah tersedar daripada komanya. Mujur dia tidak hilang ingatan dan fizikalnya tidak terlalu parah. Dia masih lagi boleh bergerak bebas seperti biasa tetapi tidak terlalu aktif.4 hari setelah Min Gyu sedar, dia mendapati bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Dia berasa kosong. Setelah itu, baru dia menyedari bahawa Si Young tiada di sisinya.
iPhone miliknya itu dicapai dia atas meja. Dia mendail nombor isterinya berkali-kali namun tidak terjawab oleh isterinya.
YOU ARE READING
MARRIED TO THE CRUEL GUY
FanficJota failed to save his beloved girlfriend named Lee Si Young from Min Gyu. Min Gyu who was Fallen in Love With Si Young since they were in High School. Si Young rejected Min Gyu's love for another reason. Min Gyu's heart was broken and when he turn...