Si Young: Awak, saya nak pergi tandaslah.
Min Gyu: Awak nak saya teman sampai ke sana ke?
Si Young: Ehh, tak apalah. Awak tunggu sini sekejap ya.?Min Gyu membisik ke telinga Si Young sebelum Si Young pergi ke tandas yang terletak agak jauh dari tempat Min Gyu duduk.
Min Gyu: Jangan lari. Kau tahu apa padahnya kalau kau cuba lari daripada aku.
Si Young memandang Min Gyu geram. Dia melepaskan nafas geramnya di situ.
Si Young: Saya tahulah!
Min Gyu: Cepat sikit tau. Jangan lama sangat.
Si Young: Ya.30 minit kemudian, . . .
Min Gyu sudah naik bosan menunggu isterinya. Mukanya agak merah sedikit menahan geram. Dia mengepal tangannya erat dan terus bersabar.
Min Gyu: Isshhh, dia ni! Lambatnya!
Min Gyu bangkit daripada tempat duduknya dan terus menuju ke tandas untuk mencari isterinya.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Si Young terkial-kial ke sana-sini mencari jalan untuk kembali ke tempat Min Gyu menunggu. Malangnya, dia tidak ingat jalan yang dilaluinya sebentar tadi. Si Young menelan air liurnya berkali-kali.
Hampir 25 minit dia mencari tempat Min Gyu menunggunya. Dia mahu berputus asa. Si Young melepaskan penat dan lelahnya di salah sebuah bangku dekat dengan kedai aiskrim. Tiada apa yang dapat dia lakukan melainkan memerhati orang sekeliling.
Si Young: Wallet aku dalam kereta. Hurrmm, apa patut aku buat ni?
Tiba-tiba datang seorang budak lelaki bernama Lee Hyun Woo dalam lingkungan 6 tahun menghampiri Si Young. Dia menghulurkan sekuntum bunga ros kepada Si Young.
Si Young: Untuk nuna?
Hyun Woo: Ya.
Si Young: Terima kasih.Si Young tersenyum. Dia berjabat tangan dengan budak lelaki itu.
Hyun Woo: Nuna cantik sangat.
Si Young: Terima kasih Hyun Woo.
Hyun Woo: Nuna dah kahwin?
Si Young: Ya.Si Young menunjukkan cincin perkahwinannya bersama Min Gyu kepada Hyun Woo.
Hyun Woo: Alaaa, nuna dah kahwin.
Si Young: Kenapa ni Hyun Woo?
Hyun Woo: Saya suka nuna. Dan berharap, bila saya dah besar nanti boleh kahwin dengan nuna.Si Young hanya senyum. Dia tidak mampu membalas kata-kata budak itu melainkan senyum dan terus senyum.
Hyun Woo: Nuna datang sini seorang saja? Mana suami nuna?
Si Young: Itulah, nuna pun tak jumpa dia.
Hyun Woo: Mesti kacak suami nuna kan?
Si Young: Ehh?Tidak lama itu, Min Gyu datang menerpa ke arah Si Young. Tanpa banyak soal, dia terus menarik tangan Si Young dari tepi tanpa menghiraukan budak itu.
Min Gyu: Awak pergi mana? Awak tahu tak saya dah lama tunggu awak di sana!
Min Gyu meninggikan suaranya. Si Young cuba melepaskan tangannya dari genggaman Min Gyu yang kuat itu.
Si Young: Awak, lepaskan saya. Sakitlah.
Si Young berkata-kata lemah. Budak lelaki itu memegang kaki Min Gyu dan mendongakkan kepalanya melihat ke arah wajah Min Gyu yang tinggi lampai itu.
Hyun Woo: Abang, Jangan la bertindak ganas pada nuna ni. Kesian dia.
Merayu Hyun Woo kepada Min Gyu. Min Gyu tunduk dan memicit dagu Hyun Woo.
Min Gyu: Maaflah, ya. Abang nak kena bawa balik isteri abang ni.
Hyun Woo: Abang suami nuna ini?
Min Gyu: Ya saya.
Hyun Woo: Abang sangat bertuah. Abang jaga nuna ni baik-baik ya. Janji abang tidak akan sakiti dia?
Min Gyu: Ya, abang janji.Min Gyu membawa Si Young pulang. Si Young sempat melambaikan tangannya ke arah budak lelaki itu.
"Jota, aku teringat pada kau sebaik aku lihat budak itu. Sifat dia, sama seperti kau. Aku rindu kau Jota . . ." Bisik hati Si Young sedih.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Di rumah, Min Gyu mula membangkitkan hal yang berlaku tadi di bandar. Dia masih tidak berpuas hati kerana Si young tidak menjawab soalannya.
Min Gyu: Awak pergi mana sewaktu di bandar tadi? Awak tahu, saya tunggu awak lama hampir 30 minit!
Si Young: Saya sesatlah! Awak dah hancurkan telefon bimbit saya, macam mana saya nak call awak kalau saya sesat atau apa-apa yang berlaku pada saya?!Min Gyu terdiam. Sememangnya dia yang bersalah. Si young terus masuk ke dalam bilik. Dia malas mahu bertengkar lagi dengan lelaki itu. Perkara itu amatlah menyakitkan hati.
Si Young berharap dia akan berjumpa dengan Jota walau sekalipun sudah cukup baginya. Dia akan manfaatkan peluang itu. Tetapi, jika ada Min Gyu, bagaimana dia mahu melepaskan diri?
YOU ARE READING
MARRIED TO THE CRUEL GUY
FanfictionJota failed to save his beloved girlfriend named Lee Si Young from Min Gyu. Min Gyu who was Fallen in Love With Si Young since they were in High School. Si Young rejected Min Gyu's love for another reason. Min Gyu's heart was broken and when he turn...