Min Gyu mengambil bantalnya di atas katil bilik tidurnya. Pada waktu itu, Si Young baru sahaja keluar dari tandas di dalam bilik itu. Dia berselisih dengan Min Gyu di pintu.
Si Young: Bantal? Awak nak pergi mana pula ni?
Min Gyu: Saya nak tidur di luar.
Si Young: Kenapa pula?
Min Gyu: Awak nak ke saya tidur dengan awak? Saya tidak bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku pada awak pada malam yang awak tidur dengan saya.Si Young terdiam. Min Gyu tersenyum nakal. Dia mencuit pipi Si Young dan terus keluar. Mata Si Young tertarik pada sejambak bunga ros dan satu bungkusan kecil daripada Min Gyu yang terletak di atas meja solek.
Si Young: Cantiknya bunga ni. Tak sangka pula dalam kejam dia tu ada sweetnya. By the way, dalam bungkusan kecil ini apa?
Tangan Si Young licik sahaja membuka bungkusan itu dengan tertanya-tanya apakah isi di dalamnya.
Si Young: Oh my God! Cincin berlian!
Ternganga mulut Si Young ketika itu. Dia teringat sesuatu sebaik menyarungkan cincin itu pada jarinya.
Si Young: Cincin ini, Ya. Sama seperti yang aku inginkan dari Jota! Tetapi, Min Gyu dah belikan untuk aku...
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Min Gyu tidak ke pejabat pada pagi itu. Dia memakai baju T-shirt hitam berlengan pendek dan berseluar jeans putih. Dia menerpa ke arah isterinya yang lagi tadi hanya terperap di dalam bilik.
Min Gyu: Kau ni tak tahu nak keluar ke?
Si Young: Awak bagi ke kalau saya keluar?Si Young menjeling tajam ke arah Min Gyu. Min Gyu berdiri betul-betul di hadapan Si Young.
Min Gyu: Bukan macam tu maksud aku, kau ni tak reti keluar dari bilik ini ke? Tak bosan ke duduk dalam bilik ni?
Si Young: Apa yang saya boleh buat? Saya bosan duduk di ruang tamu itu. Lagipun, saya sangat selesa di sini.Min Gyu memegang tangan Si Young. Dia senyum memandang Si Young.
Min Gyu: Jom kita keluar?
Si Young: Ke mana? Awak tak pergi kerja ke hari ini?
Min Gyu: Saya ambil cuti. Kita ke bandar jalan-jalan jom?
Si Young: Betul ni? Seronoknya!Si Young sememangnya suka bersiar-siar di mana-mana bandar untuk cuci mata. Dia berasa sangat gembira secara tidak langsung melemparkan senyuman kepada suaminya yang sedang merenung anak matanya.
"Oh My God, cantiknya dia ni!" Min Gyu berkata-kata di dalam hati.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Min Gyu memberhentikan kereta BMW 7 series miliknya yang berwarna hitam itu di tempat parking kereta. Dia memegang tangan Si Young dan tidak akan melepaskan tangan gadis itu walau sesaatpun. Wajah Si Young agak sedih kerana dia mahu bebas tetapi lelaki kejam itu selalu sahaja ada bersamanya.
Ketika Si Young berjalan-jalan di bandar bersama Min Gyu, ramai gadis yang lalu di kawasan itu tertarik pada wajah Min Gyu yang kacak itu. Namun, perkara itu sedikitpun tidak membuatkan Si Young cemburu. Para gadis di situ berasa agak cemburu pada Si Young kerana telah menjadi isteri kepada lelaki kacak itu.
Min Gyu berjalan dan terus memimpin tangan Si Young yang lagi tadi hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba rakan Min Gyu bernama Se Yong menegur dan menyapa Min Gyu. Min Gyu terus berjabat tangan dengannya. Mata Se Yong tepat melihat Si Young.
Se Yong: Bro, siapa dia ni? Awek baru kau ke?
Min Gyu: Bukanlah.
Se Yong: Aku rasa kau ni mana minat sangat pada perempuan. Habis, dia ni siapa? Adik kau ya? Cantik!
Min Gyu: Aku anak tunggal Mr. kim! Aku mana ada adik. Ini isteri aku, Lee Si Young.
Se Yong: Isteri? Bila kau kahwin bro?
Min Gyu: Beberapa hari yang lepas. Okay la, aku nak cuci mata dengan isteri aku ni. Jumpa lagi.°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Min Gyu berjalan berduaan dengan Si Young. Dia masih lagi tidak mahu melepaskan tangan Si Young daripada genggamannya. Keadaan agak janggal ketika itu. Min Gyu cuba mencari topik untuk mengajak Si Young berbual-bual.
Min Gyu: Awak kata, awak suka keluar jalan-jalan dan shopping kan?
Si Young: Ya, kenapa?
Min Gyu: Awak cakap je awak nak apa kat sini. Saya boleh belikan.Tiba-tiba kaki Si Young berhenti di sebuah kedai yang pernah dia lawati bersama Jota. Dia masih lagi melihat gaun pengantin yang terletak di sebalik cermin kedai itu. Min Gyu melihat Si Young dengan penuh tanda tanya.
Min Gyu: Kenapa ni?
Si Young: Tidak ada apalah.
Min Gyu: Awak mahu gaun itu kah?
Si Young: Tidaklah. Saya cuma tengok sahaja.Hati Si Young mahu menangis teringatkan Jota. Namun, dia harus tahan dan sembunyikan perasaannya sebelum Min Gyu mengubah pemikirannya untuk bertindak kejam dan ganas terhadapnya.
YOU ARE READING
MARRIED TO THE CRUEL GUY
FanficJota failed to save his beloved girlfriend named Lee Si Young from Min Gyu. Min Gyu who was Fallen in Love With Si Young since they were in High School. Si Young rejected Min Gyu's love for another reason. Min Gyu's heart was broken and when he turn...