Kim Min Gyu dibenarkan pulang ke rumah setelah dia pulih sepenuhnya. Sebelum itu dia ada menelefon rakannya Lee Tae Min untuk menjemputnya di hospital.
Tae Min: Kenapa kau tak suruh isteri kau je yang drive?
Min Gyu: Aku dah call dia banyak kali tapi dia tak angkat. Aku tak tahu dia kat mana!
Tae Min: Dia busy kot. Eh, Aku dengar keluarga Jin Na Young nak saman kau.
Min Gyu: Huh? Saman aku? Siapa Jin Na Young?Terbeliak mata Tae Min sebaik terdengar ayat yang terkeluar daripada mulut Min Gyu.
Tae Min: Kau tak kenal dia?
Min Gyu menggelengkan kepalanya.
Tae Min: Kau sedar tak yang kau ni terlibat dalam kemalangan? Kau ni dah hilang ingatan ke?
Min Gyu: Ya, aku sedar tapi aku ingat semua benda kecuali macam mana aku boleh kemalangan dan siapa Na Young?
Tae Min: something went wrong dengan otak kau ni.
Min Gyu: by the way, kenapa keluarga Na Young nak saman aku?
Tae Min: First, sebab kau telah mengandungkan Na Young. Second, kau terlibat dalam kemalangan dalam kereta dengannya. Dia terbunuh tetapi kau terselamat.***************************************************************************
Min Gyu membuka pintu masuk rumahnya yang sunyi itu. Orang yang pertama dicarinya iaitu isterinya. Setiap kawasan rumah Min Gyu tidak berhenti mencari dan menyebut nama Si Young.
Min Gyu: Maid, nampak tak isteri saya?
Maid: Tidak tuan. Puan tidak pulang ke rumah kira-kira beberapa hari yang lepas?
Min Gyu: Dia ada cakap tak dia pergi mana?
Maid: Tidak pula.Min Gyu berlari masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia mendapati pakaian di dalam almari baju milik isterinya hanya tinggal beberapa helai sahaja.
Min Gyu: Tak Guna! Mesti perempuan tu dah lari!
***************************************************************************
Si Young: Jota oppa, saya nak cari kerja di bandar utama. Mungkin saya akan pulang lewat malam sikit.
Jota: Tak perlu Si Young. Kalau awak perlukan wang, bagitahu saya saja.Si Young menundukkan kepalanya. Dia begitu malu dengan Jota kerana dia telah pun menyusahkan lelaki itu.
Tiba-tiba Si Young berasa loya dan pitam di ruang tamu rumah Jota. Disebabkan itu, Jota membawa Si Young segera ke hospital berdekatan.
Dr. Chorong: Encik ni suami puan Si Young ke?
Jota terdiam sebentar. Dia sedang memikirkan sesuatu dengan selambanya jawapan itu terkeluar daripada mulutnya.
Jota: Ya. Saya suaminya.
Dr. Chorong: Tahniah, isteri encik mengandung 17 hari dah.Jota agak sedikit terkejut dengan apa yang didengarinya. Dia cuba menyembunyikan rasa itu dengan senyum walaupun seakan-akan tidak percaya.
***************************************************************************
Jota membawa Si Young pulang ke rumahnya. Keadaan menjadi sunyi sepi di dalam kereta kerana masing-masing mendiamkan diri. Jota berpura-pura batuk perlahan di sebelah Si Young.
Si Young: Saya tahu awak ada banyak benda nak tanya. Tapi, saya tidak mahu menjawabnya di sini. Kita akan bincang perkara ni di rumah nanti.
***************************************************************************
Min Gyu memakai sweater hitamnya pada malam itu. Kunci kereta Nissan miliknya itu dicapai dan terus keluar daripada rumahnya. Dia memandu keretanya ke sebuah bandar dan memarkir di tempat yang disediakan. Min Gyu melangkah keluar dengan harapan dia akan menjumpai isterinya di kawasan itu.
Perlahan-lahan Min Gyu berjalan memandangkan kakinya masih lagi belum pulih sepenuhnya. Dia menghirup udara segar sambil cuba untuk menenangkan fikirannya.
Setiap minit mata Min Gyu akan melihat pada skrin iPhone miliknya kerana dia menantikan panggilan daripada isterinya.
Tiba-tiba dia terserempak dengan seorang lelaki yang amat dikenalinya, Shownu. Dia memanggil Shownu dan mengajaknya ke sebuah Cafe. Mereka duduk di Cafe itu dan berbual kosong. Mata Shownu dapat membaca masalah yang dihadapi oleh Min Gyu sekarang.
Shownu: Tuan Min Gyu, . . .
Min Gyu: huh?
Shownu: Saya tengok tuan macam ada masalah saja. Ehh, kejap. Mana isteri tuan?
Min Gyu: Sebab itulah aku panggil kau datang sini. Aku nak minta tolong kau la ni.
Shownu: Perempuan itu lari ya tuan?
Min Gyu: Yes. Jadi aku nak minta tolong kau cari dia!
Shownu: Culik dia lagi?
Min Gyu: Tidak perlu. Kau hanya perlu cari lokasi di mana dia berada sekarang ni.
Shownu: Okay, no problem.
YOU ARE READING
MARRIED TO THE CRUEL GUY
FanfictionJota failed to save his beloved girlfriend named Lee Si Young from Min Gyu. Min Gyu who was Fallen in Love With Si Young since they were in High School. Si Young rejected Min Gyu's love for another reason. Min Gyu's heart was broken and when he turn...