Min Gyu mendapat panggilan daripada pihak hospital bahawa Si Young telah lari daripada hospital. Oleh sebab itu, Min Gyu harus segera keluar awal daripada waktu pejabatnya dan mencari isterinya di merata tempat tetapi dia langsung tidak berjaya menjumpai isterinya.
Min Gyu: Mana pula perempuan ni?! Berani betul dia lari daripada aku! Perempuan ni memang tempah maut betul!
Min Gyu mengamuk dan melempar pasu ke lantai di ruang tamu rumahnya. Orang gaji yang melihat kelakuan Min Gyu itu agak terkejut dan takut. Namun, orang gaji itu cuba menghampiri Min Gyu bagi menenangkannya.
Orang Gaji: Tuan, saya rasa puan lari kerana stress. Perasaan seorang ibu apabila gugurnya kandungan atau kehilangan anaknya itu amatlah pedih dan perit baginya. Anak ibaratkan nyawa.
Min Gyu tersentak. Dia terduduk dan menyentuh dahinya sambil memikirkan sesuatu. Betul juga kata orang gaji itu. Kini, barulah dia faham akan perasaan isterinya.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Si Young mencelikkan matanya. Dia mendapati dirinya sudah terbaring di atas katil di rumah Jota. Dia melihat Jota di sebelahnya sedang tersenyum ke arahnya sambil menghidangkan breakfast untuknya. Setelah itu, Jota memegang tangan Si Young yang lembut itu.
Jota: Tangan awak ni macam ada bekas jarum hospital. Awak baru balik hospitalkah?
Si Young menarik balik tangannya daripada dipegang Jota. Dia menutup kesan bekas jarum itu.
Si Young: Ya. Saya baru baik demam.
Si Young menipu Jota.
Jota: Kenapa saya call awak banyak kali tetapi awak tidak mengangkatnya? Mana handphone awak Si Young?
Si Young: Handphone saya dah pecah dan hancur.
Jota: Awak nak handphone baru?
Si Young: Ehh, tak apalah. Saya akan beli baru nanti. Jangan risau. Oh ya, saya nak minta diri dulu untuk pulang.Jota memberi Si Young nombor telefonnya. Si Young meletakannya di dalam poket kecilnya dan terus pulang.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Orang gaji membuka pintu rumah sebaik terdengar bunyi loceng rumahnya ditekan dari luar.
Orang gaji: Puan? Puan dah pulang! Selamat datang Puan Si Young.
Orang gaji itu terus memanggil Min Gyu yang berada di dalam bilik dan memberitahu berita gembira itu.
Orang Gaji: Tuan, puan sudah pulang.
Min Gyu: Apa? Si Young dah pulang?Min Gyu turun dan terus memeluk isterinya itu. Si Young cuba mengelak daripada dipeluk Min Gyu. Si Young juga telah menepis tangan Min Gyu daripada cuba menyentuhnya.
Min Gyu: Kenapa ni Si Young?
Si Young: Awak jangan bercakap dengan saya lagi!
Min Gyu: Tapi kenapa?Berkerut dahi Min Gyu memandang Si Young dengan penuh tanda soal. Min Gyu hanya membiarkan segala kelakuan Si Young yang sedang marah atau merajuk padanya sehingga semua itu reda. Dia tidak mahu hubungannya denga isterinya semakin parah dan teruk.
Min Gyu: Awak memang tak nak cakap dengan saya ke? Tapi kenapa? Saya tak buat apa-apa pun! Atau awak kecewa sebab baby kita sudah tiada?
Si Young: Min Gyu, awak sebenarnya sayang saya atau tidak? Kalau awak tidak sayang saya, saya merayu pada awak ceraikan saya. Lepaskan saya.
Min Gyu: Kenapa awak cakap macam tu? Of course saya sayang awak dan saya tidak akan lepaskan awak Si Young.Min Gyu memeluk belakang Si Young erat di dalam bilik. Dia benar-benar amat merindui isterinya.
Si Young: Sepanjang saya berada di hospital, awak tidak pernah pun melawat saya! Kenapa awak biarkan saya sendirian?
Min Gyu: Saya melawat awak tapi, setiap kali saya melawat awak selalu tiada di wad ataupun awak tidur tidak menyedarkan diri sehinggakan awak tidak perasan akan kehadiran saya. Walaupun ianya bukan salah saya, okay tak apa saya turunkan ego saya untuk awak dan minta maaf.Min Gyu mengambil sesuatu di dalam almari dan terus menyerahkannya kepada Si Young.
Si Young: Apa ni?
Min Gyu: Awak bukalah kotak itu dulu.Si Young meneroka isi yang terdapat di dalam kotak itu. Min Gyu dapat melihat senyuman yang manis pada bibir isterinya. Si Young terus memeluknya.
Si Young: iPhone untuk saya?
Min Gyu mengangguk sambil tersenyum. Si Young tidak dapat menahan kegembiraannya itu sehingga tidak sedar bahawa dia telah mencium pipi Min Gyu. Bertambah merah dan malu Min Gyu ketika itu.
Min Gyu: So, saya nak kita berbaik seperti sebelum ini dan seperti biasa. Awak jangan sedih pasal baby kita tu. Nanti saya boleh bagi awak berapa banyak baby yang awak nak.
Min Gyu tergelak besar. Si Young menepuk-nepuk dada Min Gyu yang tegap itu. Mata Si Young tiba-tiba bertentangan dengan Min Gyu.
Si Young: Min Gyu...
Min Gyu: Ya?
Si Young: Awak tidak akan curang di belakang saya kan?
Min Gyu: Mestilah tidak. Dalam hati saya ni, awak seorang saja Si Young.
YOU ARE READING
MARRIED TO THE CRUEL GUY
FanfictionJota failed to save his beloved girlfriend named Lee Si Young from Min Gyu. Min Gyu who was Fallen in Love With Si Young since they were in High School. Si Young rejected Min Gyu's love for another reason. Min Gyu's heart was broken and when he turn...