•Chapter 13•

74 4 1
                                    

Na Young terlalu iri hati melihat Min Gyu yang amat dicintainya berjalan bersama Si Young sambil berpegangan tangan di sebuah bandar. Oleh disebabkan itu, Na Young menghantar pesanan ringkas kepada Min Gyu dengan menggunakan telefon bimbitnya.

"We need to talk. It's really urgent!" - Na Young.

Langkah Min Gyu tersentak sebaik membaca mesej yang diterimanya daripada Na Young.

Si Young: Honey, are you okay?
Min Gyu: I'm okay.

Pada malam itu, Min Gyu keluar untuk berjumpa dengan Na Young yang menyatakan bahawa terdapat hal penting yang perlu diselesaikan oleh mereka berdua di sebuah kafe.

Na Young: You pergi mana dengan perempuan tu?
Min Gyu: Perempuan mana?
Na Young: Yang you keluar dengan dia la pagi tadi!
Min Gyu: Itu isteri I.
Na Young: I nak you ceraikan isteri you atau I akan tunjuk gambar kita pada isteri you!
Min Gyu: Huh? Apa? You gila?! No way!

Min Gyu terpaksa menghantar Na Young pulang ke rumah kerana hari sudah pun lewat malam memandangkan teksi pula tiada di kawasan itu. Na Young yang sakit hati itu tiba-tiba sahaja membuka mulut membangkitkan isu di kafe sebentar tadi.

Min Gyu: I tak boleh nak ceraikan isteri I. I sayang dia. Apa lagi yang you nak?
Na Young: I nak kahwin dengan you. Tolong la faham.
Min Gyu: Tak! I tak akan ceraikan dia dan kahwin dengan you!

Na Young menjadi semakin berang. Oleh sebab itu, dia telah hilang kewarasan akalnya buat sementara waktu dan terus memusingkan handle kereta yang dipandu oleh Min Gyu. Maka, kereta itu pun terbabas masuk ke dalam longkang yang besar. Na Young dan Min Gyu tidak sedarkan diri buat seketika.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Si Young mendapat panggilan daripada pihak hospital bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan. Hatinya berasa bimbang dan terkejut setelah menerima berita tersebut. Dia segera ke hospital untuk melawat suaminya itu.

Min Gyu berada dalam keadaan koma. Manakala Na Young pula disahkan mati di tempat kejadian. Malang sekali, Si young langsung tidak tahu bahawa Na Young juga terdapat di dalam kereta Min Gyu sewaktu kemalangan itu berlaku.

Si Young memegang erat tangan suaminya dan berharap agar suaminya cepat sembuh. Air mata hangat yang mengalir dari pipi Si Young jatuh menitis ke muka Min Gyu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Hari ini sudah masuk hari yang ke-9 Min Gyu koma di hospital. Si Young terpaksa ke pejabat Min Gyu untuk menguruskan beberapa hal di situ memandangkan suaminya masih lagi tidak menyedarkan diri.

Si Young memerhatikan terdapat 2 orang pekerja perempuan bernama Hye Jeong dan Mina berbisik sesama mereka. Perkara itu membuatkan Si Young agak hairan dan berasa dirinya diperkata oleh mereka. Si Young menghampiri mereka berdua.

Si Young: Hye Jeong, Mina awak ada masalah ke?
Hye Jeong: Tidak ada puan.
Si Young: Habis tu, kenapa saya tengok awak berdua berbisik tadi? Seronok ke mengumpat orang?

Mina menundukkan kepalanya. Tiba-tiba Si Young terlihat sebuah fail milik Na Young di atas meja Mina.

Si Young: Na Young? Siapa Na Young ni? Kenapa fail dia berada di atas meja kamu?
Mina: Na Young ni dah 9 hari mati. Jadi, saya kena laksanakan kerja-kerja dia ni. Dia juga merupakan PA kepada suami puan.
Si Young: Meninggal? Kenapa?
Mina: Terlibat dalam kemalangan . . .
Hye Jeong: Bersama Tuan Min Gyu.

Hye Jeong tiba-tiba sahaja menyampuk. Mina sudah berasa kurang selesa dengan kata-kata Hye Jeong sebentar tadi kepada Si Young. Hati Si Young retak setelah mendapat tahu bahawa suaminya kemalangan bersama dengan seorang perempuan. Adakah Min Gyu mencuranginya? Atau dirinya ditipu?

MARRIED TO THE CRUEL GUYWhere stories live. Discover now