Bab 14

17.9K 528 9
                                        

Selesai solat, mereka berbual kosong di bilik Asyraf.

"weh kau ingat tak Yana, si minah gila yang minat kat kau masa u dulu?"
Kata Kris.

"yang mana? Aku kan banyak peminat..hehehe."

"pirahh! Kalau setakat banyak tapi tak berkualiti buat apa? Buat pening kepala je. Alah yang bagi surat cinta kau tu lah. Yang cakap saya tak boleh hidup tanpa awak. Awak bagaikan udara yang membantu saya bernafas. HAHAHAHA!! Series lawak doh! Ayat jiwang nak mati!! Hahahaha!!"
Gelak Kris.

"oh minah tu..hahahaha! Entah.. Gila doh. Ayat entah pape! Berdiri bulu roma aku baca! Macam psiko pon ada. Series aku cakap, seram!"
Asyraf membuat aksi geli dengan meliuk lentokkan badannya.

"hahaha! Eh tapi kan, minah tu ape citer eh sekarang? Dah waras ke?"
Tanya Kris.

"manalah aku tahu. Aku tak pernah amik tahu pasal hal dia. Aku dah block dia. Tapi kan kalau tak silap aku, dia dah waras lah. Dah kahwin pon. Sebab hari tu Danish ajak aku pergi kenduri rumah dia."
Terang Asyraf.

"oh ye? Hurmm baguslah kalau dah waras."

"nape? Kau jeles ek?"
Asyraf mengusik Kris.

"heh? Buat apa aku nak jeles?"
Kris membuat muka blur.

"manalah tahu, kau jeles kat minah tu. Yelah, aku kan student paling hot kat U."
Asyraf menunjukkan muka bangga.

"eiuu! Please lah! Tak kuasa aku nak jeles. Tak de paedah pon. Huaarrgghh!"
Kris menutup mulut semasa menguap.
Asyraf mengimbas kembali kenangan lama di kolej.

Kris hanya diam mendengar cerita.Asyraf. Semakin lama, matanya semakin memberat. Dia menongkat kepalanya di kepala sofa. Tak sampai lima minit, mata Kris dah tertutup.
Asyraf yang tak perasan,terus bercerita. Asyraf bertelentang di atas katil sambil bercerita sendirian.

"weh Kris, kau dengar tak apa yang aku cakap ni??"
Asyraf mula pelik apabila tiada sahutan dari Kris.

Aik? Biasa mulut minah tu bukan main lagi berceloteh. Ni diam pulak? Pelik.

Asyraf bangun untuk melihat Kris.

"lah! Dok buat taik mata rupanya! Haih! Dari tadi aku dok bercerita. Buat habis air liur je! Huh! Huaarrgghh! Ngantuknya! Nak join dia lah!"

Asyraf turun dari katil dan bergerak ke sofa. Asyraf duduk di tepi sofa. Dia melentokkan kepalanya di atas sofa lalu tertidur di situ.

***********

Telefon!
Telefon berbunyi!
Telefon!
Kami datang!
Ada haiwan dalam bahaya!
Ada haiwan dalam bahaya!
Ada haiwan dalam bahaya di sana!

Bunyi telefon Asyraf mengejutkan Kris. Dia membuka mata dan terkejut apabila mendapati mukanya dan muka Asyraf sangat dekat.
Dia menilik muka kacak Asyraf dengan penuh minat.

Hehehe..bukan selalu dapat tenung muka dia ni..
Hurrmm.. Handsome jugak mamat ni . Hidung mancung, mata galak, kulit sawo matang tanpa jerawat.
Sebenarnya kan, mata kau ni suka test jantung aku!
Haih! Ash! Kalau kau tahu aku dah mula suka kau. Agak apa reaksi kau ek? Aku takut kau jauh dari aku kalau kau tahu aku suka kau. Hurmmm...

Kris ingin menyentuh mata Asyraf. Namun belum sempat tangannya mendarat pada mata Asyraf, lagu wonderperts sekali lagi berkumandang. Dengan tiba-tiba, mata Asyraf terbuka luas. Asyraf segera bangun dan mengangkat telefon yang berada di meja tepi katil.

Aduh! Mamat ni nampak ke apa yang aku nak buat tadi... Ish! Masa tu jugak lah ada haiwan nak dalam bahaya!! Adoyai... Hai lah jantung! Kenapa sekarang kau suka kerja kuat sangat ni.. Jangan lah kasi aku heart attack kat sini.

Kau Tertulis UntukkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang