Bab 52

13.1K 374 1
                                        

Suasana sunyi di dalam kereta cukup menyesakkan dada Kris. Kebiasaannya pabila dia bersama Asyraf, suasana akan menjadi riuh dan rancak.
Belum sempat Kris mengangkat tangan untuk membuka radio, Asyraf bersuara.

"kau dengar sini! Aku bawa kau balik ni bukan sebab aku dah maafkan kau! Tapi mama yang paksa aku.. Setiap masa dok cakap yang kau ni baik lah itu lah ini lah. Tapi, heh! Aku tak sangka Kris! Kau sanggup buat macam ni dekat aku kan?!! Huh!! Kau dah hancurkan hati aku! Kau buat hati aku ni macam mainan kan?! Kau tahu tak betapa jijiknya aku tengok kau??!! Mulai hari ni, aku pulak yang akan hancurkan hati kau! Aku nak kau rasa apa yang aku rasa Kris!"

Kris yang mendengar setiap bait kat Asyraf terasa kejung urat saraf. Hatinya terasa ngilu. Terasa sakit sangat. Tapi dia cuba sedaya upaya untuk menutup rasa itu.
Kris hampir mengalirkan air mata. Namun cuba ditahan agar dia kelihatan kuat. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan Asyraf.

Bie.. Kenapa bie tak percayakan sayang? Nampaknya bie still tak percaya hati sayang dah jadi milik bie. Tak pe.. Sayang akan berusaha untuk tacle bie balik. Sayang sanggup buat apa je untuk bie.. Tapi sayang tak sanggup nak kehilangan bie..

Kris hanya mampu merintih di dalam hati.

Sepanjang perjalanan ke rumah, Kris terpaksa menahan telinga dan hatinya daripada hinaan dan cacian Asyraf.

****

Selepas kereta diparking di halaman rumah, Asyraf terus masuk ke dalam rumah tanpa membantu Kris mengangkat barangnya.

Kris hanya sabar melayan kerenah Asyraf.

Sayang tahu bie sedih.. Sabar ye bie.. Lepas ni kita akan kecapi bahagia.. Sayang pasti...

Kris mengangkat begnya menuju ke biliknya dan Asyraf.

Belum sempat Kris memulas tombol pintu, Asyraf menjerkahnya.

"woi!! Kau pikir kau siapa hah?! Kau tidur dekat bilik bawah! Aku tak nak satu tingkat dengan kau! And kau tak layak nak duduk dalam bilik Damia!! Kau tu tak suci!! Entah perempuan jenis apa kau ni! Dah ada suami pon tetap cari jantan lain! Dah kau turun dari sini! Aku tak nak tengok muka kau!"

Asyraf menolak bahu Kris dan menendang beg Kris. Dia kemudiannya masuk ke bilik dan menghempaskan pintu bilik.

Kris mengambil beg bajunya dan berlalu menuruni tangga dengan linangan air mata.

"sabar ye sayang.. Papa tengah marah tu.. Papa tak sengaja marah kita.. Nanti, bila sayang-sayang mama dah keluar, buat papa bahagia ye sayang... Itu je yang mama mintak.."
Kris berkata sambil sebelah tangannya mengusap perut kempisnya..

Kau Tertulis UntukkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang