Kris mencari kelibat yang sangat dirinduinya di dalam restoran nasi kandar.
Setelah terlihat kelibat dua orang rakannya sedang melambai ke arahnya, dia segera bergerak ke meja mereka berdua.
"huaaa!! Alie... Aku rindu kau.."
Kris dan seorang wanita berhijab berpelukan dan melagakan pipi."ehem.. Aku tak rindu ke?"
Asyihikin menegur Kris yang sedang berpelukan dengan Aliesha.
Kris segera menoleh dan memeluk Asyihikin dengan erat."Wuaaa. Aku rindu korang doh.."
Kris berkata sambil tangannya tak lepas memeluk Asyihikin.
Sekali pandang, Aliesha dan Asyihikin seolah-olah seperti pasangan kekasih. Aliesha yang memakai baju kurung dan bertudung litup manakala Asyihikin yang berpakaian seperti lelaki dan rambut pendek yang ditutup dengan cap..
Sekali pandang memang orang akan salah faham mengatakan yang Asyihikin ini lelaki. Tapi, sebenarnya dia perempuan tulen. Tapi perangainya kasar kerana dia membesar dengan abang-abangnya.
Setelah sesi peluk memeluk, Kris mengambil tempat di sebelah Asyihikin.
Mereka makan dan bercerita tentang kehidupan masing-masing.
"weh Kris, tak sangka, akhirnya kau kahwin jugak dengan Asyraf. Hahaha."
Aliesha berkata sambil ketawa. Masakan tidak, Kris dan Asyraf memang selalu bergaduh. Tak kira di mana atau sebab apa.. Pasti akan bergaduh. Tapi gaduh-gaduh manja je lah.. Tapi kalau Kris dan Asyraf dah bergabung, alamatnya kirim salam je lah dekat siapa yang kena dajal dengan diorang ni. Combo paling nakal dalam universiti..
"entah.. Dulu dekat universiti, huh! Macam anjing dengan kucing.. Bergaduh je manjang."
Asyihikin menambah.Mereka bertiga belajar di universiti yang sama, tetapi Aliesha dan Asyihikin selalu berkepit berdua kerana mereka mengambil course yang sama dan ibu bapa mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama.
Mereka terus berborak dengan rancak tanpa menyedari bahawa diri mereka diperhatikan.
Siap kau Kris! Aku takkan lepaskan kau! Aku akan pastikan hidup kau takkan tenang lepas ni!
Setelah sekian lama, mereka pulang ke rumah masing-masing. Sebelum berpisah, mereka bertiga bersalaman dan berpelukan.
YOU ARE READING
Kau Tertulis Untukku
Romance"bonda nak dalam masa tiga bulan ni kris bawa kan bonda calon menantu. kalau tak, jangan tanya kenapa kalau bonda jodohkan kris dengan nordin!" -Kristal nadia. Diberi kata dua yang kedua-duanya payah untuk ditunaikan. "mama nak dalam masa dua bulan...