Bab 60

16.5K 411 0
                                    

Asyraf dan Qistina keluar dari hospital menuju ke kawasan tempat meletak kereta. Mereka berjalan dan berborak. Sekali sekala, Qistina akan ketawa dan menampar bahu Asyraf dengan gaya gediknya.

******

Kris yang sedang memimpin tangan Izannie dan Aqilah terkejut apabila melihat gerangan orang yang dikenalinya. Dia menyerahkan tangan kedua kanak-kanak itu kepada kakak iparnya, Izni.
Izni terkejut dengan tingkah laku Kris. Dia yang sedang memegang barang meminta Afiqah untuk memimpin kedua kanak-kanak itu.

Asyraf! Tapi dia dengan siapa tu?
Qistina? Tu bukan minah dekat U ke? Apa hubungan diorang??

Kris berjalan ke arah pasangan yang kelihatan bahagia itu.

"Bie??"

Asyraf dan Qistina terkejut melihat Kris yang sedang sarat mengandung. Kris kelihatan makin comel dan tembam.

"Kris.."

"bie.. Apa ni? Siapa dia ni?"

Kris menunjukkan jarinya pada Qistina.

"i girlfriend dia.. Kenapa?"
Qistina mencelah.

Bagai nak meletup jantung Kris pabila mendengar butir bicara Qistina.

"bie!! Apa ni?!"

Kris memaut lengan Asyraf. Namun ditepis Asyraf.

"benci sangat ke bie dekat sayang? Jijik sangat ke sayang pada pandangan bie?"

Kris berkata, cuba meraih simpati Asyraf.
Asyraf hanya diam. Dia mengalihkan pandangan ke tepi. Dia tidak mahu bicaranya menyakitkan hati Kris. Dia sayang Kris.

"eh! Kiteorang dah nak kahwin lah.. You tak tahu ke?"
Qistina cuba mengambil kesempatan apabila melihat Asyraf yang hanya diam membisu.

"What?! Bie? Apa ni?!"
Kris tidak dapat menahan perasaannya. Dia mengalirkan air matanya buat sekelian kalinya.

"Kris.."
Izni dan Afiqah muncul di belakang Kris. Mereka terpaksa berjalan lambat kerana masing-masing membawa muatan.

"oh.. So betul lah.. Kau memang dah jijik dengan aku? Ash.. Kalau kau jijik dengan isteri kau. Kalau kau tak nak dengar penjelasan isteri kau.. Tak pe... Aku tak kisah.. Sekarang ni aku nak bercakap sebagai seorang kawan.. Bukan isteri.. Ash.. Tujuh tahun kita kawan.. Tak cukup lagi kau kenal aku? Kau masih tak percayakan aku? Aku ingat, tujuh tahun kau kawan dengan aku, lepak sekali, makan sekali, bergurau sekali.. Kau kenal aku.. Kau tahu hati budi aku.. Tapi aku silap.. Kau langsung tak kenal aku.. Kau langsung tak percayakan aku.. Ash... Kau tahu kan yang kau ni first love aku? Tahu tak betapa terseksanya aku bila kau tak de? Kau hancurkan hati aku.. Kau buat aku macam orang gila.. Tapi kau? Boleh bergembira dengan perempuan lain.. Ash.. Kalau kau nak kahwin dengan dia.. Boleh.. Aku izinkan... Tapi.. Pleasee... I'm begging you.. Lepas aku lahirkan baby ni, tolong lepaskan aku.. Aku tak sanggup nak tahan semua ni.. And aku nak bagi amaran dekat kau.. Lepas anak-anak aku ni lahir, kau jangan mimpi nak tuntut hak terhadap diorang.. Diorang ni semua anak haram je. Tak de darah daging kau pon... Ash.. Andai kau tahu cerita sebenar, mesti kau menyesal.. Tapi penyesalan kau tu dah tak guna.. Kau dah buat aku benci kau.. Aku benci kau sangat-sangat Asyraf..
Ash.. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, Ampunkan segala dosa aku.. Halalkan makan minum aku.. Halalkan segala perbuatan aku terhadap kau.."
Kris mencapai dan mencium tangan Asyraf kemudian berlalu dari situ.

Izni dan Afiqah terpaku di tempat masing-masing melihat drama air mata yang menyentuh hati itu.. Mereka juga turut merasai penderitaan Kris. Mereka tahu apa yang dialami Kris. Mereka turut bersimpati dengan apa yang terjadi. Namun mereka hanya mampu membantu apa yang mampu sahaja.

Asyraf hampir menitikkan air mata mendengar luahan hati Kris.

Ya Allah.. Betul ke apa yang aku buat ni? Aku seksa dia.. Aku seksa hati dia.. Salah aku ke tak dengar penjelasan dia dulu? Salah aku ke bersikap ego macam tu? Ya Allah... Kau ampunkanlah dosa aku... Betapa aku khilaf..
Y Allah... kris.. Kenapa aku sanggup buat kau macam tu?

"puas hati kau? Puas hati kau seksa dia? Kau kata kau jijik dengan dia? Heh! Aku lagi jijik tengok kau.. Ada masalah sikit dah keluar dengan perempuan lain.. Aku tak faham dengan kau Ash.. Kau dah sia-siakan permata depan mata.. Aku harap satu hari nanti kau tak menyesal Asyraf.."

Afiqah menghamburkan segala yang terpendam di hatinya.

Asyraf sangat terpukul dengan kata-kata dua wanita tadi..

Dia ingin mengejar Kris. Namun dihalang oleh Qistina. Asyraf menolak Qistina sehingga jatuh dan berlalu mengejar Kris.

Asyraf terkejut apabila melihat ada sebuah kereta meluncur laju ke arah Kris.

"Kriiissss!!!!!"

Kris menoleh dan terkejut apabila melihat sebuah kereta memecut laju ke arahnya dia hanya mampu memejamkan mata. Kris terasa badanya seolah-olah sedang terbang. Namun tidak lama apabila terasa badannya terhempas ke tanah.
Kris nampak Asyraf yang sedang berlari ke arahnya. Segala memori indahnya bersama Asyraf terpapar di ruangan mindanya.

Ash.. Aku sayang kau.. Aku harap kau jaga anak-anak kita.. Aku harap kau bahagia Asyraf...

Kris memejamkan matanya kerana kesakitan yang tidak tertanggung.

Tubuh Kris yang layu dipangku Asyraf.
Asyraf menampar lembut pipi Kris.

"sayang... Sayang... Sayang jangan tinggalkan bie... Wehh.. Kris.. Jangan tinggalkan aku.. Weh.. Aku sayang kau.. Aku cintakan kau.. Aku percayakan kau.. Please... Don't leave me.."

Asyraf mencempung tubuh Kris dan berlari ke hospital.

Izni dan Afiqah terpaku apabila melihat Kris dilanggar lari. Izzanie dan Aqilah menjerit dan meraung apabila melihat tubuh lemah mak su mereka diangkat ke hospital.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now