Bab 59

14.1K 339 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Namun, kelibat Asyraf masih belum kelihatan.
Kris berlalu ke bilik untuk tidur.
Dia risau akan suaminya. Namun dia juga tidak sanggup menerima herdikan dan cacian dari suaminya sendiri.

Ya Allah.. Kau selamatkanlah suamiku. Kau peliharalah hubungan kami. Kau rahmatilah suamiku dan anak-anakku. Sesungguhnya hanya padamu aku meminta.

Setelah Kris menyapu losyen ke badan, Kris mencapai patung teddy kesayangannya. Dia membaca doa tidur dan berlalu ke alam mimpi.

Bie.. Bie kat mana? Bie tak pernah balik lambat.. Dah lama bie tidur tak peluk sayang... Sayang rindu sangat dekat bie.. Hhmmm...

*****

Sejak malam itu, Asyraf langsung tidak balik ke rumah. Sudah lima bulan berlalu. Perut Kris juga semakin membesar. Setiap hari dia akan menanti Asyraf dengan penuh sabar. Sepanjang lima bulan ini pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhinya sendiri. Kris pernah terjatuh di tandas. Namun nasibnya baik kerana Afiqah dan Athirah datang untuk melawatnya. Mereka berdua membantu Kris dan menghantarnya ke hospital. Kakak-kakak iparnya juga selalu bertandang ke rumahnya. Pada saat Kris hampir berputus asa untuk terus membawa anak di dalam kandungannya, orang di sekelilingnya selalu memberi dorongan dan semangat untuknya. Anak-anak buahnya juga selalu datang ke rumah untuk bermain bersamanya. Selalunya isteri abang longnya, Izni, selalu datang kerana dia sudah menjadi suri rumah sepenuh masa. Izni selalu membawa anaknya Izannie dan Aqilah untuk ke rumah mak su mereka. Adakalanya dia akan menjaga anak abang ngahnya. Jadi Kris tidak terlalu sunyi apabila melayan karenah kanak-kanak itu semua.
Melayan kerenah mereka membuatkan Kris tidak sabar mempunyai anak sendiri. Mereka juga mendorong semangat Kris agar terus tabah menghadapi ujian itu.

Ibu bapanya dan juga mertuanya ada menyuruh Kris tinggal bersama mereka namun ditolak Kris kerana dia ingin menantikan kepulangan Asyraf.

Sejak peristiwa dia ditampar, Asyraf langsung tidak pulang ke rumah. Tiada siapa yang tahu akan keberadaan Asyraf.

Puan Sri Ayuni sangat kecewa dengan perbuatan anaknya itu. Dia sangat kasihan akan menantunya. Merasai pengalaman mengandung seorang diri. Perut Kris nampak lebih besar dari biasa. Maklumlah, anak kembar.
Mereka semua tidak putus asa memberi semangat pada Kris. Mereka tahu yang Kris memerlukan sokongan mereka sekarang.

******

Sudah lima bulan Asyraf menetap di sebuah kondominium yang disewanya. Sepanjang lima bulan, hanya Adam yang menemaninya. Adam tinggal bersama Asyraf kerana memikirkan kesihatan dan keselamatan Asyraf. Kehidupan Asyraf tidak terurus sejak dia meninggalkan rumah dan Kris. Walaupun dulu dia selalu mengherdik dan menghina Kris, namun Kris tetap menguruskan makan pakainya dengan baik. Asyraf sedang berusaha untuk melupakan Kris. Namun setiap kali dia cuba melupakan Kris, setiap kali itu juga dia akan merindui Kris.

"hah! Berangan.. Pikirkan apa lah tu.."

"ish kau ni Adam.. Memang tak boleh bagi salam eh?! Dah lah main terjah je bilik aku."
Marah Asyraf pada Adam yang sedang duduk di birai katilnya.

"eh kau ni... Dari dulu sampai sekarang.. Masih tak berubah.. Aku dah ketuk dah weh.. Salam dah tiga kali aku kasi.. Tapi satu pon kau tak jawab.. Kau ni pahal? Tulah.. Aku suruh balik jumpa bini kau.. Bincang elok-elok.. Tak nak.. Ni tengok keadaan kau sekarang.. Dah macam orang sasau dah aku tengok.. Weh.. Kau dah berapa tahun kenal dia? Takkan kau tak tahu dia tu macam mana? Kau ingat tak masa aku cuba tacle dia? Heh! Sebelah mata pon tak layan.. Takkan kau still percaya yang Kris bersalah?"

"eish! Dah lah.. Kau ni membebel kalah mak nenek lah. Hhmmm.. Entah lah weh.. Aku cuba percaya kan dia.. Tapi.. Dengan apa yang aku nampak.. Plus.. Gambar yang aku dapat tu. Aku still ingat lagi gambar lelaki tu.. Dia bukan saudara-mara Kris.. Tapi kenapa Kris boleh berpeluk and bercium dengan dia? Siapa mamat tu? Argh!! Stress aku fikir!"

"kau pernah tanya tak dekat Kris pasal mamat tu?"

"tak."

"then? Kau tuduh dia tanpa tahu benda betul?"

Asyraf hanya terdiam disoal begitu oleh Adam.

"Ash... Jangan sampai kau menyesal dengan perbuatan kau Ash.. Jangan sampai Kris tawar hati dengan kau.. Kau tahu kan.. Kau first love dia? Jangan sebab ego kau, kau kehilangan dia.. Aku cakap sebab aku tak nak kau menyesal. Lagi sekarang ni kau asyik dok layan je si Qistina tu.. Aku pon tak faham lah dengan kau ni Ash.. Apa yang ada dekat si Qis tu? Pakai baju tak cukup kain. Make up kalau tak sampai lima inci memang tak sah. Perangai pon aku tengok kalah sotong. Haishh! Sakit mata aku tengok.. Tu pon kau boleh layan ke?!"

"amboi kau.. Mulut.. Bau longkang.. Aku dengan dia kawan je lah.. Tak lebih tak kurang.. Kita kan dulu satu universiti.. Takkan nak keluar dengan kawan pon tak boleh.."

Adam menepuk dahinya.

"ayoyo.. Ini budak.. Eh.. Dulu kau dengan Kris pon kawan jugak kan?"

"huish.. Dah lah Adam... Jangan fikir bukan-bukan.. Hmm.. Hati aku tak boleh diganti dengan orang lain.. Kris je pemilik hati aku.."

Adam yang mendengar ayat Asyraf mula panas hati.

Eishh!! Mamat ni punya ego.... Kalah KLCC!! Kata benci.. Pirahh!!

"ikut kau lah Ash.. Aku dah malas nak nasihatkan kau ni.. Kau fikir-fikirkanlah apa yang aku cakap.. Jangan kau sia-siakan Kris. Ingat sikit.. Dia tu sekarang tengah sarat mengandung.. Bukan sorang tau dia bawak.. Dua orang..  Bayangkan betapa susahnya dia kena bawak kandungan tu.. Lagi nak tanggung beban hati yang kau kasi dekat dia.. Kau.."

telefon Asyraf tiba-tiba berbunyi.

"hello? Qis.. Kenapa ni??"

"Ash.. I nak minta tolong boleh?"

"tolong apa? Kalau boleh.. I tolong.."

"tak.. I nak minta tolong teman i pergi hospital.."

"hah? Hospital? U sakit ke?"

"eh tak lah.. I just nak pergi melawat kawan i.. Dia sakit.. So kalau boleh... I nak u teman i.. Boleh?"

"hmm.. Okay.. Nanti i jemput u.."

"okay.. Thanks Ash.. Bye.."

"bye.."

Asyraf menamatkan perbualannya dengan Qistina.

Adam hanya menggeleng kepala dengan sikap Asyraf.

Hmmm.. Aku harap kau buka pintu hati dan mata kau..

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now