Asyraf tersedar dari lenanya. Dia terasa tangannya lenguh.
Dia memandang ke sebelah.
Rupanya tangannya sedang memangku kepala Kris.
Dia tersenyum pabila mengingati apa yang terjadi tadi.Alhamdulillah!! Semuanya dah settle! Wuhuu!!
Asyraf merenung wajah polos Kris. Wajah yang teramat dirinduinya. Kris membenamkan mukanya di dada Asyraf.
Asyraf yang melihat tersenyum lebar. Ketawanya cuba ditahan. Dia tidak mahu mengganggu lena Kris.Asyraf melihat jam yang sedang menunjukkan jam 12.00tengah hari.
Amboi... Lamanya tidur..hmmpp.. Tak pe lah awal lagi..
Asyraf terus-terusan merenung wajah Kris tanpa jemu.
Tidak lama kemudian, Kris menggeliat sedikit.
Kris membuka matanya perlahan."morning sleeping beauty.."
Kris ketawa mendengar Asyraf memanggilnya begitu."ermm.. Penat lah.."
Kris merengek pada Asyraf..
"kenapa ni??"
Asyraf melekapkan tangannya pada dahi Kris.
Panas."sayang demam?"
Kris hanya mengangguk.
"jom pergi klinik. Jumpa doktor."
"tak nak.. Nak doktor Asyraf yang jaga.. Hahaha.."
"eeeii.. Manjanya dia ni... Bini sapelah ni..."
Asyraf menarik hidung Kris."isteri Amar Asyraf lahh.. Hehehe.."
Mereka sama-sama ketawa.
****
Setelah selesai solat zohor berjemaah, Kris menunduk untuk menyalam tangan Asyraf.
"bie... Ampunkan semua salah sayang.. Sayang banyak berkasar dengan bie.. Sayang banyak berdosa dengan bie.. Ampunkan sayang bie.."
Asyraf mengusap kepala Kris yang dibaluti telekung.
"sayang.. Bie pon nak minta maaf.. Bie banyak sakitkan hati sayang.. Bie lukakan hati sayang. Bie hampir kehilangan sayang.. Maafkan bie sayang..."
Mereka berpelukan sambil menangis. Terasa syahdunya pelukan mereka. Lebih-lebih lagi setelah solat. Lebih setahun mereka tidak solat bersama. Ini yang pertama semenjak kejadian itu.
"aduh.. Bie.. Kita ni asyik buat drama air mata je.. Tak rare lah.. Hahaha.."
Kris mengangkat muka memandang Asyraf. Dia mengusap kasar air matanya.
Asyraf hanya tersengih memandang Kris.Kris mengusap air mata Asyraf di pipi.
"apalah.. Kata hero.. Ni apa nangis ni?? Hero mana ada nangis-nangis.. Dah ah.. Buruk beno.."
"heh! Kata orang... Dia pon sama. Buruk jugak..."
"eh?? Titew comel lah awak.."
"eeiii.. Perasannya lahai budak kecik ni.."
"hehehe...ueekk.."
Kris menjelirkan lidahnya pada Asyraf.."bie...."
Kris merengek pada Asyraf."hurmm??"
"sakit kepala..."
"hhmmpp.. Dah lah.. Rehat.."
Kris menggelengkan kepalanya.
"lapar..."
"alolo.. Ciannye dia.. Dah sayang rehat dulu.. Nanti bie masak kejap eh?"
YOU ARE READING
Kau Tertulis Untukku
Romance"bonda nak dalam masa tiga bulan ni kris bawa kan bonda calon menantu. kalau tak, jangan tanya kenapa kalau bonda jodohkan kris dengan nordin!" -Kristal nadia. Diberi kata dua yang kedua-duanya payah untuk ditunaikan. "mama nak dalam masa dua bulan...