Bab 25

15.1K 455 1
                                    

Setelah Kris menyiapkan tugasnya, dia masuk ke kamar peraduannya.
Kris bergerak ke kamar mandi untuk memberus gigi dan membasuh muka.
Setelah selesai, dia menuju ke meja solek untuk memakai losyen dan pelembap bibir untuk mengelakkan bibirnya kering.
Setelah itu, dia menyikat rambutnya.
Asyraf yang sedang berbaring hanya memandang belakang badan isterinya.

Heish! Macam mana lah aku nak goda dia ni.. Jinak-jinak merpati lah minah ni... Hurmm.. Tapi konpius jugak aku! Dia ni kejap macam suka aku. Kejap macam benci aku. Kejap buat aku macam kawan.. Esh! Stress aku!

Kris yang berbaring menghadap
Asyraf pelik apabila Asyraf tidak terus memeluknya. Sebaliknya hanya terlentang merenung siling..
Memang secara rasminya, tiap-tiap malam, Kris akan jadi bantal peluk Asyraf atas kemahuan lelaki itu. Tapi malam ni Asyraf kelihatan resah semacam.

" bie.. Kenapa ni? Tak mo tidur ke?"

"hurmm..entahlah sayang... Bie tak tahu nak cakap macam mana."

"why? Bie ada problem ke?"

"ermm..tak de pape lah..dah lah. Good night.."

Asyraf memusingkan badannya membelakangi Kris.

Aik? Apahal dengan mamat ni? Hurmm...

"bie..are you sure that you are okay?"

"yes. Why?"
Asyraf memusingkan badan menghadap Kris semula.

"you look not okay my dear."
Kris mengusap rambut Asyraf.

"hurmm... Sayang... Can i ask you something?"

"what?"

"apa perasaan sayang dekat bie?"

"huh? Maksud bie?"
Dada Kris mula berdebar dengan pertanyaan Asyraf itu.

"yelah..ermm sayang sayang bie tak?"

"sayang."

Heysh! Mulut aku ni memang tempah maut lah..

Mendengar sahaja pengakuan berani mati Kris, Asyraf tiba-tiba teruja.

"sayang sebagai apa ek?"

"kawan."

Mendengar jawapan itu, Asyraf mula kecewa. Tapi dia tak cepat melatah. Dia akan terus psiko Kris.

"ermm? Kawan? Tapi tadi sayang paut lengan bie? Bukan selama kita berkawan, bie tersentuh pon sayang melenting"
Asyraf mula tersenyum dengan otak geliga sendiri.
Kris pula makin tak keruan.

"ermm..alah.. Tadi tu saje je.. Tengah happy.. Kan selalu kalau aku happy aku akan pegang tangan member aku.. Dah kawan perempuan tak de.. Aku pegang kau lah.. Tak haram dah kan??"

Uish! Bijak kau Kris. Hahaha!

"okay.. So apa rasa dia best?"

"biasa je..nothing special."

"oh..abis yang tiap-tiap malam kita tidur peluk-peluk tu apa?"
Asyraf tetap mendesak.

"oh itu... Ermmm... Kan bie yang declare sayang ni bantal guling bie?"

Kris tersengih memandang Asyraf..
Asyraf mengecilkan matanya.

Hesyh minah ni... Ada je jawapan dari mulut dia.. Ish! Cium kang.. Baru boleh diam agaknye.

"hehehe..weh.. Kau ni nak psiko aku ke apa?"
Kris bertanya selamba pada Asyraf.

"nak psiko kau buat apa? Tak de function pon!"
Asyraf berkata geram.

Hurmm..minah ni pakai ilmu pak belalang ke?

"belalang..oh belalang..."

Gulp! Asyraf menelan liur yang terasa berpasir.

"bismillahirahmanirahim Yaasin.."

"woi! Kau pahal?"
Kris pelik bila Asyraf memegang ubun-ubunya dan membaca surah yasin.

"kau ke ni Kris?"

"hoi! Akulah. Abis yang kau peluk ni apa hah?!"
Kris mula bengang.

Dia pikir aku ni setan ke nak baca-baca segala?!

"lah..syukur kau dah kembali Kris."
Asyraf mengeratkan pelukannya.

"woi bangla! Kau pikir aku kena sampuk ke?! Kau tu yang kena sampuk! Pahal kau ni? Kejap moody.. Kejap psiko.. Kejap baca yasin. Dah macam orang tak betul dah aku tengok. Kau jangan weh.. Aku masukkan jugak kau kat Tanjung Rambutan kang!"

"heh! aku tak gila lah gila! Dah lah! Sakit pulak hati kita ni... Dah tidur.. Esok aku ada meeting dengan client besar. Wish me luck ek?"

"okay. Dah tidur."

Setelah mereka membaca doa tidur bersama-sama, mata pun semakin memberat. Dan akhirnya mereka melangkah ke alam mimpi.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now