Bab 66

15.9K 401 4
                                    

Sejak Asyraf menghilangkan diri, ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah ini..Asyraf masuk ke biliknya. Dulu dia dan Kris tidur di atas katil ini.. Namun setelah kejadian itu, dia menghalau Kris dari biliknya.. Asyraf mandi dan mencukur janggut dan misai yang mulai membiak di wajahnya.. Dia menunaikan solat Asar sebelum keluar dari biliknya..

Asyraf memerhatikan seluruh rumah ini, rumahnya tetap kemas seperti dahulu namun agak berdebu.. Puan Sri Ayuni ada menyuruhnya mengupah orang untuk menjaga rumah itu, namun ditentang oleh Asyraf. Asyraf tidak mahu sesiapa pon masuk ke rumahnya. Mamanya ingin membantu mengemas rumahnya.. Pon turut ditentang.. Dia mahu mengemas rumah itu sendiri.. Itu rumah dia dan Kris.. Biar dia yang kemas..

Puan Sri Ayuni hanya menggeleng kepala melihat kedegilan anak tunggalnya itu.

Sepanjang hari, Asyraf membersihkan seluruh rumah... Kerjanya tidak terlalu berat kerana Kris memang sentiasa kemaskan rumah.. Asyraf hanya perlu membersihkan habuk dan sarang labah-labah kerana rumahnya sudah lama ditinggalkan..

Semasa dia membersikan rumah, dia teringat akan semua memorinya bersama Kris. Mereka sangat bahagia menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri. Gelak ketawa Kris masih segar di ingatannya. Dia masih ingat memori sewaktu Kris berlari mengelilingi sofa.. Bagaimana Kris jatuh dalam dakapannya.. Semuanya dia ingat.. Kris yang ceria dan nakal.. Semua dia ingat.. Bibirnya tersenyum sendiri apabila mengenangkan kisahnya bersama Kris.

*flashback*

"biee..."
suara menggoda Kris kedengaran dari belakang.

"ye?"

Asyraf yang sedang menonton rancangan kegemarannya terganggu apabila mendengar suara menggoda Kris.
Dia menoleh memandang Kris.

Kris segera menyapu tepung pada wajah Asyraf.

Kris mendapat idea untuk mengenakan Asyraf sewaktu melihat Asyraf yang sedang khusyuk menonton.

Asyraf terpana apabila mukanya dipenuhi tepung.

Kris segera berlari jaub dari Asyraf.

"sayang!!!"

"aarrgghh!!! Lariii!!! Incredible Hulk mengamuk!! Hahahaha!!"

Asyraf tersenyum melihat telatah Kris. Dia segera berlari dan mngejar Kris..

*end of flashback*

"Incredible Hulk.. Hahaha.. Tahu lah badan aku sado.."

Asyraf ketawa apabila mengingati peristiwa itu..

Kris.. Kris.. Ada je idea kau nak kenakan aku.. Sehari kalau tak dajal aku, memang tak sah! Hhmm ada je kerenah kau yang buat aku bahagia.. Kau ni nakal.. Tapi bila aku nak marah, pandai je kau pujuk aku kan? Hhmm..
Bila aku boleh tengok kau gelak lagi? Bila aku boleh tengok kau keluarkan idea jahat kau tu lagi?

Air mata Asyraf mula bergenang.
Namun cepat-cepat dia menggeleng kepala. Dia perlu segera membersihkan rumah.

Setelah tingkat bawah selesai, dia keluar membersihkan halaman depan dan kolam renang di belakang rumah..

Setelah mengemas taman mininya, Asyraf mencapai wayar getah dan membuka air untuk menyiram pokok bunganya. Selama ini, pokok bunganya hanya minum air hujan. Selamat sekarang ni musim hujan. Tak de lah pokok bunganya mati..

Selesai kerjanya di bawah, dia naik ke tingkat dua.. Di tingkat bawah hanya bilik Kris yang belum dibersihkan... Dia sengaja berbuat demikian.

Setelah mengemas bilik dan ruang tamu di tingkat dua, dia memulas tombol pintu bilik arwah Damia..

Dia masuk ke bilik itu. Kemas. Tetap macam dulu. Dia mencapai bingkai gambar mereka sekeluarga. Gambar itu diambil sewaktu mereka berjalan-jalan di taman. Gambar dirinya, Kris dan Damia. Berlatar belakangkan tasik. Jelas terpancar sinar kegembiraan di wajah mereka.

Asyraf meletakkan kembali bingkai gambar itu dan meneruskan kerjanya.

Setelah semuanya telah selesai, Asyraf turun ke bilik Kris.

Semasa asyraf membuka pintu bilik Kris, wangian yang sentiasa dipakai Kris menusuk hidungnya. Bau minyak wangi Kris membuatkannya bertambah rindu pada Kris. Asyraf terkejut apabila melihat sebuah patung gergasi di atas katil Kris. Patung yang pernah dihadiahkannya.

Patung tu ke yang teman Kris setiap malam? 'dia' ke yang ganti tempat aku?

Penyapu di tangan Asyraf terjatuh. Sewaktu Asyraf tunduk untuk mencapai penyapu, matanya terlihat sebuah kotak di bawah katil.

Dia menarik keluar kotak itu.
Rupanya dalam kotak itu terdapat banyak bingkai gambar. Semuanya gambar Kris. Ada yang besar. Ada yang kecil. Ada gambar Kris bersamanya, macam-macam. Dulu kesemua gambar itu pernah digantung di dalam biliknya. Namun dia membuang gambar itu semasa dia menghalau Kris keluar bilik. Semua gambar itu dicampak sehingga kacanya semua pecah. Dia teringat wajah takut Kris semasa dia mencampak gambarnya.. Air matanya mengalir. Dia tidak dapat menahan kesedihan. Tangannya terus menyelongkar kotak itu. Terdapat beberapa buah album gambar. Salah satu darinya dia kenal. Album gambar perkahwinannya. Namun hatinya tertarik untuk melihat album gambar yang ada tulisan 'sweet memory'
Asyraf membuka album gambar itu. Terkejut Asyraf apabila melihat banyak gambarnya dan Kris.. Kebanyakannya sewaktu mereka berbulan madu. Banyak juga gambar sewaktu mereka di universiti. Gambar mereka berkhemah, makan, bermain.. Kebanyakannya gambarnya dan Kris. Dia dan Kris memang selalu ambil gambar bersama. Walaupun mereka selalu bergaduh, tak bermakna mereka bukan kawan. Mereka selalu bersama kerana sahabat baik mereka menjalinkan cinta. Athirah dan Farhan keluar berdating, mereka yang selalu teman. Jadi penyudahnya, mereka berkawan je lah.

Asyraf menarik gambar Kris bersama patung biru gergasi. Kris sedang memeluk erat patung itu dari tepi. Dia tahu betapa susahnya Kris mengangkat patung itu. Sedangkan dirinya pon berat mahu mengangkat patung gergasi itu. Penyudahnya Kris menyuruh seorang pelancong mengambil gambar dia dan patung itu. Dirinya hanya jadi tulang belakang patung itu. Beberapa gambar juga diambil kerana Kris tidak berpuas hati. Dia akan memarahi Asyraf setiap kali Asyraf muncul dalam gambar. Katanya dia hanya mahu bergambar dengan patung itu sahaja.
Asyraf tersenyum mengingati rungutan Kris itu.

Semasa dia ingin meletakkan kembali, Asyraf perasan ada tulisan pada belakang gambar itu. Tulisan Kris..

Bie.. Thanks untuk patung ni.. Kalau bie nak tahu, dia ni yang selalu teman sayang.. Bila sayang perlukan pelukan, dia lah yang selalu ada untuk sayang.. Sayang selalu bayangkan yang sayang tengah peluk bie.. Yelah kan badan dia macam badan bie.. Just... Badan bie lebih sado lah. ><  bie.. Sebenarnya, sayang lebih suka kalau bie yang peluk sayang.... Tapi nak buat macam mana kan?? Bie tengah marah dengan sayang.. Hmmmm.. Peluk bear ni jelah gamaknya... Bie.. I really-really miss u.. Sayang harap nanti bie dah tak marah sayang.. Harap nanti bie dengar apa yang sayang nak cakap... Bie.. Bie jangan marah tau kalau nanti anak-aak kita muka macam beruang.. Hahaha!! Salah bie lah.. Sapa suruh tak kasi sayang peluk bie.. Kalau sayang peluk bie.. Mesti anak kita hensem macam bie.. Tapi... Hmmmm.. Never mind lah.. Malas nak cakap.. Buat sakit hati je...

I love you Amar Asyraf bin Tan Sri Razak... You are my only love, my only friend and my only enemy.. You will always be in my heart.. No matter what.... Muaahh...

Your love;
        Kristal Nadia binti Dato' Zainuddin.

Asyraf menangis semahu-mahunya. Dia dapat membayangkan betapa terseksanya jiwa Kris..
Asyraf meletakkan kembali gambar itu ke dalam kotak.. Dia naik ke atas katil dan memeluk patung biru gerasi itu. Dia menyembamkan wajahnya pada dada patung itu.

"sayangg.. Bangunlah... Bie tak sekuat sayang.. Please... Bie terseksa sangat.. Bie lebih rela sayang marah bie, maki bie.. But please.. Bangun...  Bie tak tahan tengok sayang macam tu... Perasaan bersalah bie ni makin menjadi-jadi... Rasa rindu bie semakin membuak-buak.. Tolonglah..."

Asyraf melepaskan semua rasa hati di dada patung itu..

Ini ke apa yang dia pernah rasa dulu? Aku tinggalkan dia.. Aku abaikan dia.. Ini ke perasaan dia? Ini ke rasa dia?? Ini ke balasan untuk aku??

"sayang....  I  miss  you  soo  much....."

Asyraf tertidur sambil memeluk patung biru gergasi..

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now