Bab 37

14.2K 406 1
                                    

Selepas solat isyak, Asyraf dan Kris pergi berjalan-jalan di tepi pantai..

"bie... Esok kita pergi scuba diving ek? Sayang teringin nak pergi scuba diving... Ada ikan... Batu karang... Lepas tu boleh berenang dengan ikan......."

Kris sibuk memasang angan-angan sambil berjalan..

"bie?? Why you are so quiet?"

Kris menoleh ke sebelah dan terkejut apabila melihat Asyraf tiada di sisi.

What the.... Aku dok cakap sorang-sorang dari tadi?! WTF lah weh!! Where The Food!! Arhh.

"Ash?! Wei!! Bie!!! Asyraf!! Aduh!! Mana kau doh?! Dah lah malam-malam ni... Kau tinggalkan aku pulak!! Wey!! Aduh... Kalau siang tinggal aku tak pe lah jugak.. Boleh aku cuci sikit mata aku... Adalah jugak mat salleh hensem.. Ni malam-malam.. Apa ada?! Apa pon tarak! Hampeh!"

Kris membebel sendirian sambil mengatur langkah ke hotel.
Tiba-tiba Kris terasa bajunya ditarik.
Kris memandang ke bawah.
Seorang budak lelaki comel yang memegang sekuntum bunga mawar sedang memandangnya.

Erk?! Bunian ke hantu laut ni?! Ya Allah! Kau jauhkanlah aku dari mahkluk kau yang lain.. Kau lindungilah aku Ya Allah..
Huh... Kris.. Tarik nafas... Hembus.. In.. Out... Kau tak kacau dia.. Dia tak kacau kau okay? Haa.. Cool je Kris.. You can do it!!

"fuh! Weh.. Aku tak kacau kau.. Jangan kacau aku.. Pergi.."

Kris berkata sambil memandang laut..

"apa yang kau mengarut ni Kris?"

Asyraf menahan ketawa apabila melihat gelagat Kris.
Tadi dia ada membeli sekuntum mawar dan bercadang nak buat sweet moment dengan hantar budak kecil.. Eh.. Last-last Kris ingat tu hantu... Hurmm...

Apalah minah ni.. Aku nak bersweet-sweet pon susah.. Dahlah tadi ada hati nak usha mat salleh... Eii.. Aku ketuk jugak kepala minah ni..

"kau pergi mana doh? Nak tinggal aku pon agak-agak lah.. Lain kali tinggal lah dekat swimming pool ke.. Ada lah paedahnya.. Ni tinggal aku tepi laut.. Kalau dibuatnya angin gila aku datang, aku terjun laut tu....."

Belum sempat Kris menghabiskan ayatnya, Asyraf menciumnya dan menghulurkan sekuntum bunga mawar.

"sayang ni dari dulu sampai sekarang.. Membebel je kerja.. Tadi tu budak betul lah sayang.. Apa sayang ingat bie nak hantar hantu ke bagi bunga? Hahaha.."

Kris terkejut dengan apa yang jadi... Sejak akhir-akhir ni Asyraf gemar menguji kekuatan jantungnya.

Apa nak jadi lah dengan aku ni.. Mati muda lah gamaknya..

"err.."
Kris ingin berkata-kata namun dihalang Asyraf.

"shhh.. Dah jom balik bilik.. Dah tengah malam ni... Sejuk.."

Asyraf merangkul pinggang Kris dan mereka berjalan beriringan ke hotel.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now