Part 3

15 1 0
                                    

'Dring...dring...dring'. Loceng basikal kepunyaan Shin Hye kedengarang disekitar Hospital itu dan telah menarik perhatian Hong Gi untuk meninjau bunyi loceng itu dari mana arahnya. Hong Gi tersenyum lebar melihat seorang gadis yang hari-hari temannya dihospital itu. Hong Gi terfikir sampai bila dia mahu teman aku disini. Hong gi hanya terdiam apabila melihat Shin Hye memanggil namanya disitu.

'Uhuk,hukk,uhukkksss...' batuk yang berulang-ulang kali kedengaran dibilik 34 yang bernama Lee Hong Gi. Tiba-tiba dua orang doktor dan tiga orang jururawat masuk kedalam bilik Hong Gi dan menyuruh Shin Hye tunggu diluar untuk membuat pemeriksaan. Dalam hati Shin Hye kenapa harus dua orang doktor dan tiga orang jururawat. Hong Gi menghidap penyakit apa. Kenapa begitu sukar untuk dirinya mengetahui penyakit yang dihidap oleh Hong Gi. Tanpa sedar Shin Hye menangia teresak-esak dan telah meninggalkan hospital itu.

Ketika Hong Gi mahu keluar dari biliknya. Hong Gi terlihat ada bekas dan telah dilekatkan dengan nota kepunyaan 'Lee Hong Gi' Hong Gi segera mengambil bekas itu dan membuka bekas itu. Rupa-rupanya anak benih bunga matahari.

"Cakkk! Heii Hong Gi, saya bawak ais krim. Marilah makan bersama. Nah ini untuk awak"
"Terima kasih awak" Hong Gi senyum kepada Shin Hye dan segera mengoyakkan plastik aiskrim lalu menjamah aiskrim tersebut.
"Hong Gi, kenapa awak nak berawat disini"
"Kerana disini tempat yang aman dan suasana segar. Kalau saya tidak ada disini, saya tidak dapat jumpa awak dan saya tidak dapat kenal awak yang cantik dan comel ini". Shin Hye terpaku dengan kata-kata Hong Gi.
"Hei, kenapa menangis mari sini saya nak buat rambut awak jadi cantik, mari duduk atas sini" Hong Gi menyuruh Shin Hye duduk atas katilnya supaya senang Hong Gi mahu menyisir rambut Shin Hye yang kusut itu.

"Buruknya rambut, kusut, kasar macam tak berjaga" rungut Hong Gi kepada Shin Hye. Walhal rambut Shin Hye kelihatan lurus, lembut dan teratur jika diusap.
"Hey, tipu jee... rambut ini selalu saya jaga tau kerana takut di cemuh oleh orang macam awak ini". Hong Gi ketawa kecil apabila mendengar Shin Hye berkata sedemikian.
"Awak tak mahu lihat apa-apa kah pada cuti tahun ini dan tahun hadapan?" Shin Hye memusingkan badannya untuk memandang muka Hong Gi yang agak kolot tetapi agak tampan jika diurus dengan baik.
"Tiada apa-apa yang mahu saya lihat setakat ini". Balas Hong Gi seraya memandang keluar tingkap biliknya.

"Hong Gi, saya balik sekejub ada benda nak di ambil untuk awak"
Hong Gi hanya membiarkan Shin Hye pergi dan memandangnya dengan pelik. Apa yang gadis itu nak ambil ya? Hong Gi terus merebah badannya dan melelapkan mata seraya menunggu kehadiran Shin Hye.

Shin Hye mengulung kertas lukisan bersaiz A3 untuk diberi kepada Hong Gi. Adakah Hong Gi akan suka dengan lukisan ini. Berharaplah Hong Gi akan gembira melihat lukisan ini.

"Shin Hye, kamu sudah kemaskan barang kamu ke?"
"Kenapa dengan barang appa? Cuti musim panas bukankah lagi dua hari". Shin Hye mengerling kearah appa yang asyik dengan smartphone yang baru dibelinya sebelum cuti musim panas kelmarin.
"Bukan apa, omma kamu cuma mahi ingatkan kamu agar kamu tidak lupa akan cuti musim panas kamu sudah nak habis" Shin Hye tertunduk sedih apabila cuti musim panasnya dekat nak habis. Padahal begitu lama aku disini rasa mahu tinggal disini dengan atuk dan mahu setiap hari bersama dengan Hong Gi.
"Appa, kalau mahu tinggal disini dan mahu pindah disini duduk dengan atuk boleh?" Keluh Shin Hye kepada appa.
"Mengapa tiba-tiba?" Shin Hye tidak membalas pertanyaan ayahnya dan terus meninggalkan bilik itu dan membawa kertas lukisan itu untuk Hong Gi.

"Cantik tak?"
"Boleh tahan"
"Tak ikhlas jawapan awak ni"
"Cantik, cantik boleh jual"
"Perli! Eishh awak ini"
"Saya puji awak kata macam-macam"
"Elehh! Marah pulak"
"Tak marah lah awak"
Shin Hye hanya mampu tertawa padahal dalam hati sedih kerana dalam berapa hari dia ingin meninggalkan Hong Gi. Kenapa hati ini susah mahu meninggalkan dirinya, dan kenapa hari-hari aku mesti jenguk dia. Padahal datuk sudah keluar dari wad. Oleh itu, aku tidak mempunyai alasan apa yang aku berikan kepada Hong Gi, manalah tahu dia rimas akan kehadiran aku kemari.

Hong Gi melihat Shin Hye yang sedang termenung. Tidak tahu apa yang sedang bermain di minda gadis berambut perang itu. Mengapa rupanya sungguh sedih dan sedang melindungkan sesuatu serta tidak mahu meluahkan dan mahu pendam didalam hatinya.
"Shin Hye, kenapa dengan awak?"
"Tiada apa-apa cuma melihat pokok-pokok itu, cantik bukan?"
"Awak tak perlu tipu, saya bukan kenal awak semalam, saya kenal awak sebulan lebih"
"Saya cuma terfikir sahaja, tak perlulah risau. Awak mahu bersiar-siar?"
"Nak, awak ambil kerusi roda itu dan tolak saya"
Shin Hye tertawa riang melihat ragam Hong Gi yang kebudak-budakkan malahan kuat menghadapi penyakitnya. Alangkah baik aku yang berada di tempatnya. Shin Hye terus menolak kerusi roda kepunyaan Hong Gi itu.

Serpihan Bunga Musim PanasWhere stories live. Discover now