"Weyh, Izz. Kau nak bawak sekali kotak hadiah tu? Kau letaklah dulu dekat bilik bawah ni,"
"Tak kena amik ke?"
"Kau suruh sape sape jagakan. Jangan kasi dia bukak,"
"Jap ea,"
Izz bergerak ke bilik di bawah blok mereka. Bilik itu lebih kepada bilik belajar. Kelihatan beberapa orang pelajar tingkatan 5 disitu.
"Kak Damia. Sini kejap," Izz memanggil Damia setelah melihatkan kelibatnya.
"Ada apa?"
"Tolong pegangkan kotak ni. Nanti saya datang amik,"
"Ouh, akak nak naik ni. Akak bawak naik sekali lah. Letak dekat bilik kamu,"
"Alamak, pintu bilik kunci pulak. Eh, ah nah. Kuncinya. Pastu akak pegang lah dulu kuncinya,"
"Haa. Okay. Nak ke mana ni?"
"Padang kak. Bawak El senam. Haha. Btw, thanks tau kak,"
"Okay,"
Izz bergerak mendapatkan El.
"Cepatlah sikit Izz. Lambatlah kau ni,"
"Ah kau. Dah lah bangun lambat. Nak salahkan aku pulak?"
El hanya tersengih. Mengakui kesalahan dirinya.
**********
"Isyraq, cepat sikit boleh tak? Lambat lah kau ni,""Sabar lah. Tak menyabor. Ntah ntah El belum bangun tak," Isyraq menjeling ke arah jam tangannya. 7.25.
"Biar kita tunggu orang. Bukan orang tunggu kita,"
"Okay okay. Dah siap dah. Jom,"
Syawal membuka pintu. Hampir sahaja dia menjerit apabila melihat susuk tubuh Qamarul.
"Nak ikut,"
"Nak ikut pergi mana?"
"Sarapanlahhh. Takkan nak ikut korang dating kot,"
"Ohh. Haaa. Yelah. Jom,"
Mereka bergerak bertiga ke arah dewan makan. Lengang.
"Kita lambat ke diorang yang lambat?"
"Bebudak tu belum bangun lagi. Kau lah. Nak sangat cepat. Dah jomlah,"
Mereka masuk.
Seusai makan. Syawal dan Isyraq bergerak ke padang. Qamarul mengambil laluan ke pondok telefon. Ingin membuat panggilan kepada ibu bapanya.
"Haaa. Kan aku cakap diorang tak sampai lagi. Ntah ntah belum bangun," bebel Isyraq.
"Bisinglah kau ni. Diam jelah. Kejap lagi sampai lah tu," kata Syawal sambil menjeling ke arah jam milik Isyraq. Nasib baik jam Isyraq jam digital. Senang nak tengok. 8 pagi.
************
"Diorang dah sampai lah weyh. Aduhhh,""Relaks lah. Jumpa diorang je pun. Eh? Isy ikut sekali lah,"
Mereka bergerak ke arah Syawal dan Isyraq.
"Yo, bro!" Izz mengangkat tangan.
"Assalamualaikum girls," Izz tertunduk bila mendengar ucapan salam dari Syawal.
"Wa'alaikumussalam," El dan Izz menjawab. Izz hampir sahaja suaranya tidak keluar. Malu kateko. Suka sangat main terjah. Padan muka kau Izz. Bentak hati Izz.
"Ehem.. ehem," Isyraq berdehem ingin meraih perhatian Izz.
"Yes?"
"Sebelum kita berpecah ke arah masing masing. Aku nak tanya korang berdua. Kenal Iman Mazid?"
YOU ARE READING
KITA
Teen FictionKisah ini mengisahkan sekumpulan pelajar sekolah berasrama. Asrama ini luar biasa keadaannya. Percintaan, permusuhan dan dendam disemat kemas di jiwa. Sehingga menyebabkan kucar kacir kehidupan.