"El..Ell bangun. Dah Subuh. Bangun solat dulu. Lepas tu kau nak tidur tidur lah." Izz mengejut El dengan penuh sifat keibuan.
"Lima minit weyh lima minit," balas El malas. "Banyaklah kau punya lima minit. Dah nak habis waktu dah ni,cik kak oi. Bangun. Kalau tak aku suruh budak, panggilkan Syawal. Bangun," bebel Izz sambil menarik selimut kawan baiknya itu.
"Ya. Ya aku bangun," El bangun dengan penuh gaya pemalas dia. Bergerak perlahan ke arah bilik air.
Sesudah menunaikan solat. Izz mengajak EL ke padang untuk berjoging. "Weyh,El nak ikut?" "Pergi mana?" "Joging," " Haha. Tak nak. Aku ngantuk dan sangat lah malas. Kau pergi sorang okay? Alaa takde orang nak kacau kau lah. Kau kan sado gitu. Haha. Bye. Nak sambung tidur aku yang tergendala," El merebahkan tubuhnya di katil dan tidak sampai satu minit kedengaran dengkuran halus dari El.
"Aik? Tidur dah? Dahsyat budak ni," bisik Izz sendirian.
***
Di padang, kelihatan beberapa manusia sedang beriadah. Ni jenis yang suka jaga badan ni. Izz terpaksa mengekalkan tubuh badan idealnya untuk terus kekal dalam pasukan bola jaring sekolah.
Sedang si Izz ni memanaskan badan sebelum memulakan aktivitinya pagi tu. Yalah kenalah panaskan badan kalau tidak habis krem badan dia.
" Hai, sorang je ke?" Isyraq muncul secara tiba-tiba ntah dari mana. Of course lah dari tengah padangkan? Apa punya kenyataan daa.
" Eh, takde lah. Tak nampak kat belakang ni ramai orang? Bawak ramai tadi naik bas," balas Izz sinis. Nilah orang Malaysia, dah nampak orang tu buat apa, masih nak tanya benda yang dah nampak.
" Eh? Haha. Saje tanya. Awak buat apa ke sini?" Tanya Isyraq lagi. "Hah? Buat apa kat sini? Aku tengah nak buat ayam masak kari ni. Tunggu orang hantar barang," dah tahu kat padang takkan lah nak memasak. Nampak sangat dah takde tajuk mamat sorang ni.
"Awak ni suka sangat bergurau," Isyraq bengang kerana soalannya tidak dijawab dengan sebaik yang diharapkan. Padan muka. Siapa suruh tanya benda yang tak munasabah.
"Eh? Nama kau siapa haritu? Isy, ea? " tanya Izz kurang pasti. Izz ni ada kelemahan mengingat nama orang yang baru dikenali.
"Ha'ah. Isy. Kenapa?" "Takde saja tanya. Aku ni tak berapa ingat nama orang. Oh ya, tak payah lah bersaya awak. Geli aku dengar. Lagipun macam tak mesra gitu," balas Izz.
"Jarang sa..aku jumpa perempuan macam kau ni," Isyraq menyatakan pendapatnya tentang keperibadian Izz di matanya.
"Kau tak tahu storynya. Kenapa aku begini," Izz berkata sambil melepaskan keluhan yang berat. "Kenapa? Apa jadi?" Isy bertanyakan masalah-masalah yang mungkin Izz hadapi.
"Takde ape lah. Eh, aku nak balik bilik dululah. Dah panas. See ya!" Izz membawa langkah nya menuju ke asrama puteri.
"Satu masa nanti kau mesti cerita dekat aku," bisik Isyraq yakin. Tanpa disedarinya, sepasang mata memerhati tingkah lakunya.
***
"Heyh kau dengar sini ya. Aku tak nak kau dekat dengan Izz. Dia,aku punya takde sape yang boleh kacau dia. Faham!!?" amaran keras daripada seseorang yang tidak dikenali oleh Isyraq.
"Kau siapa? Kenapa mesti aku ikut cakap kau?" Balas Isyraq lantang sebelum badannya jatuh rebah. Kepalanya di hentak benda berat. "Puas hati aku. Bangsat!" Iman Azid bergerak keluar dari bilik itu sambil menutup muka.
Iman Azid pelajar tingkatan enam rendah. Meminati Izz Zayani sejak Izz ditingkatan satu. Namanya baik disekolah mahupun diasrama. Tapi sayang, satu sifat yang tersembunyi dalam dirinya kadang kala merosakan keadaan. Pendendam. Ya. Iman merupakan seorang manusia yang pendendam. Tidak suka orang lebih darinya. Dari sudut positif. Si Iman ini seorang yang bijak menyelesaikan masalah dan pendengar yang setia.
"Ya Allah!!! Isyraqqqq!!! Kenapa ni? Apa dah jadi? Syawal!! Syawal.. tolong Isy ni weyh. Pengsan.." Qamarul memangku Isyraq. Syawal datang dengan mukanya yang cemas. "Weyh bawa dia pergi bilik kesihatan," arah Syawal selepas tergamam beberapa ketika.
***
"Siapa punya kerja ni? Astaghfirullahalazim. Apa lah salah budak ni," Qamarul bersuara memecahkan suasana yang sunyi seperti ditanah perkuburan. "Macam mana kau tahu dia kat situ?" tanya Syawal.
"Aku tergerak hati tadi. Ntah. Aku punya jantung macam nak pecah. Risaukan someone. Rupanya mamat ni. Haduih," balas Qamarul jujur.
"Ke kau yang belasah si Isy ni sampai dah nak mati?!!" herdik Syawal. "Eh? Apahal pulak aku nak belasah si Isy ni tiba-tiba? Kau takde bukti lah Wal. Kau jangan main tuduh je," balas Qamarul.
"Macam aku tak tahu. Kau marahkan si Isy ni sebab dia rapat dengan Rafa tukan? Kau ingat aku tak tahu ke Rul? Jujur jelah Rul. Aku malas nak panjang-panjang kan cerita," amarah Syawal sudah terkawal. Ikutkan hati mahu saja dia membelasah Qamarul disini. Senang sikit nak ubat. Hospital.
"Weyh, takde sebab aku nak pukul si Isy tu. Kau kata sebab Rafa? Kau pun tahukan si Isy ni tak minat pun dekat Rafa tu. Rafa je yang lebih. Jadi takde masalah aku dekat situ. Kau yang tiba- tiba nak melenting kenapa? Aku tahu kau risau. Tapi tak perlu kau nak menuduh orang sampai begitu. Kita kawan dah lama Wal. Aku kenal kau siapa. Aku kenal Isy siapa. Kau kenal aku siapa. Kan?" tenang Qamarul membalas kata-kata Syawal. Dia tahu, api dengan api lambat padam. Api perlu dilawan dengan air biar cepat sejuk.
"Erm. Maaf. Aku terlebih emo pulak," Syawal memohon maaf.
***
"Hai, Abang Iman. Buat apa di sini? Menunggu kekasih?" Tanya Izz apabila dia melihatkan Iman di bangku taman dibelakang bangunan sekolahnya ketika wakti riadah.
"Ya. Abang tunggu kekasih abang. Tapi dia dah sampai," "Eh? Mana? Tak nampak pun. Abang Iman ni bohong je," "Ni depan mata abang ni. Ni lah kekasih abang," Iman berkata sambil tangannya merayap naik ke tangan Izz.
"Ish,abang ni kenapa? Gatal. Abang.. Orang dah kata orang bukan kekasih abang. Kita cuma kawan sahaja. Ramai lagi gadis yang abang boleh jadikan kekasih. Maaf ya abang," tepis Izz. "Baiklah bang, orang minta diri dulu," Izz berlalu pergi. "Kau akan jadi milikku Izz Zayani," bisik Iman keras.
***
"Weyh, Izz. Kau tahu tak Isy kena belasah dekat stor sekolah?" "Mana kau tahu?" "Si Rafa lah. Dia dah macam kucing hilang anak kau tahu? Meroyan tak memasal. Orang tu pengsan je. Bukan mati pun," "Eh? Kau ni. Kalau kau punya Syawal yang kena. Kau pun samalah macam dia. Bila si Isy tu kena pukul?" "Semalam petang si Qamarul jumpa dia dalam stor. Sebab Qamarul kata, lepas dia joging terus tak nampak batang hidung,"
"Weyh? Serious?" Izz bertanya dengan nada yang risau gila. Mana taknya. Kiranya dia lah yang paling akhir jumpa si Isy tu sebelum kena belasah.
"Aku nak tipu kau buat apa? Bukan dapat 90% pun aku punya Biology," balas El.
Izz risau memikirkan kemungkinan kemungkinan yang berlaku. "Aku harap bukan dia," monolog Izz.
"Apa Izz? Siapa dia?" tanya El. "Hesh. Kau ni dengar aje. Takde apalah," balas Izz. Macam mana dia boleh dengar apa yang aku cakap? Lantaklah.
YOU ARE READING
KITA
Roman pour AdolescentsKisah ini mengisahkan sekumpulan pelajar sekolah berasrama. Asrama ini luar biasa keadaannya. Percintaan, permusuhan dan dendam disemat kemas di jiwa. Sehingga menyebabkan kucar kacir kehidupan.