Bab Empat

51 1 0
                                    

Assalamualaikum, sepupuku yang disayangi lagi dirindui.

Cam haram siot muqadimah. Hang pe habaq? Ceq kat sini Alhamdulillah sihat walafiat. Apa khabar Mak Long? Aku harap korang berdua sihat lah. Haha. Weyh,serious aku rindu kau. Haha. Bila lah aku boleh jumpa kau? Bilalah nak habis belajar? Aduh. Mengeluh pulak. Tapi takpe,kau tunggu kepulangan Khai Macho. Kah kah. Eh,melalut lak.

Okay tujuan aku tulis ni, aku nak tanya. Kau tahun depan SPM ? So, tahun depan aku grad. Aku balik hujung tahun depan. Kau dah boleh planned apa-apa yang boleh kita buat berdua. Hahahaha.

Okay lah, nanti kalau aku ada masa lapang aku tulis lagi. Bye. Aku tunggu balasan surat kau.

Salam sayang,
Khairil Azam

"Ya Allah rindunya aku dengan mamat ni. Dia balik tahun depan? Okay, macam lama lagi. Awat awal sangat dia bagi surat ni? Haih," desis Izz selepas membaca surat kiriman sepupunya. Khairil Azam. Sepupu Izz yang paling rapat antara semua. Walau perbezaan umur yang ketara, ianya tidak menjadi penghalang untuk mereka berdua ini rapat.

"Aniiiiii.... Turun makan sayang," kedengaran suara Mak Pah memanggil Izz dari dapur. Fuhh mak aku ni suara,macam nak panggil satu kampung makan gamaknya.

"Yaa.. mama kejap lagi Ani turun," sahut Izz dari biliknya. Al-maklumlah sekarang ni mereka tinggal berdua anak beranak. Jadi, kalau Izz pulang ke asrama Mak Pah akan berseorangan. Jiran mereka merupakan Mak Su kepada Izz akan datang menemani. Jadi, Izz tidak risau sangat.

"Wah, sedapnya. Bau pun dah menusuk kalbu dan jiwa. Haha," masakan ibu sememangnya yang terbaik di dunia. Itu yang senantiasa dirindui oleh Izz.

Yelah mana taknya. Ikan dekat asrama tu keras dia,, kalah handphone Nokia 3310 tu. Balik dinding, dinding yang retak. Lagi satu, dekat asrama si Izz ni ikan macam macam nama. Ikan eksiden lah,ikan kena penggal lah, yang paling famous ikan jaket. Okay sambung cerita tadi.

"Dah makanlah. Yang duk tercegat lagi tu buat ape? Senduk nasi tu," bidas Mak Pah menghentikan lamunan anak dara dia tu.

"Kejap mama," "Kenapa?" "Awat cam banyak sangat je makanan ni? Ada orang nak datang?" "Takdelah. Mama saje buat lebih. Nak bagi kamu tambah," "Mama ni ada ada je tau. Haha. Okay jom makan. Hari ni Ani nak makan banyak banyak," Izz makan dengan penuh berselera.

***

"Mummyy,,, Isy dah balik," tanpa salam Isyraq dari pintu rumah menegur mummynya

"Ya, mummy tahu sayang. Mummy nampak. Hah, pergi mandi and then Mak Jah will serve your lunch dear," Datin Jasmin berkata sambil mengucup dahi anak teruna tunggalnya. Datin Jasmin hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Adik Isyraq, Tania Yasmin merupakan pelajar tingkatan tiga di sekolah di kawasan perumahan mereka.

"Woi,budak. Buat apa?" Isyraq menegur Tania yang sedang duduk di meja belajarnya. "Abang? Weyh, bila kau balik dok?" Tania terkejut dengan kepulangan abang kesayangannya.

"Baru je balik. Haa. Nanti aku siap mandi makan sama okay?" Isy mengajak Tania makan bersamanya. Abang mana yang tak rindu adik oi.

"Okay, bang. By the way bang, dah sihat ke?" Tania menanyakan keadaan kesihatan abangnya selepas baru tersedar dari pengsan yang agak lama.

"Dah. Alhamdulillah. Okay, lah. Aku nak mandi nanti nak makan," balas Isyraq sambil dia bergerak ke bilik tidurnya.

Selepas beberapa ketika Isyraq selesai membersihkan diri. "Taniaaaaa... Isyraqqqq... Turun makan sayang. Mak Jah dah siapkan ni hah," Mak Jah yang telah mereka anggap seperti keluarga memanggil Isyraq dan Tania. Mak Jah janda tiada anak. Dia telah bekerja dengan keluarga Datuk Asrikin sebelum keluarga ini mempunyai anak lagi. Isyraq dan Tania dianggap seperti anak-anaknya.

"Ya, mak . Kejap lagi Tania turun. Nak panggil Abang Isy kejap. Tak tahulah dia mandi ke buat bilik air. Tak keluar-keluar bilik dari tadi," "Amboi kau... Ngata abang ea?" tegur Isyraq yang baru keluar dari biliknya.

"Kus semangat. Abang ni kan. Terkejut aku tau,"Tania terkejut sangat. "Tulah nak mengata tak pandang-pandang. Haha," Isyraq gelak selepas itu sambil menuju ke dapur.

"Mak, masak apa mak? Sedapnya bau. Hurmmm," Isyraq dah sampai dapur.

"Adik kamu mana Isy?" Mak Jah tanya Isyraq.

"Saya kat sini mak. Mummy dah makan mak?" "Oh,mummy kamu makan kat luar harini," beritahu Mak Jah.

"Ohhhh," jawab dua beradik itu serentak.

Mereka makan dengan berselera sekali sehinggakan Isyraq makan tiga pinggan.

    "Bila kamu balik asrama Isy?" "Amboi mak? Saya baru je sampai tadi dah halau balik. Sedihnya macam ni," "Bukan.. Mak tanya je. Mengada kamu ni lah," "Abang memang begitu mak. Gedik. Hahaha," Tania mencelah sekali gus memerli abangnya.

      "Heyh, siapa yang gedik hah? Kamu ke abang?" Isy menyekeh kepala adiknya. "Aduh, sakit lah bang. Kalau aku tak boleh jawab periksa nanti. Aku salahkan kau. Mak tengok abang Isy," rengek Tania.

       Eh. Sudah kamu berdua ni. Depan rezeki pun mahu bergaduh. Sudah,makan. Tania cepat sikit kamu tu ada tution nanti," tegur Mak Jah 

       "Abanngggg," Tania memanggil abangnya dengan suara manja yang dibuat-buat. "Hah? Ada apa?" tanya Isyraq. "Hantarkan Tania boleh?" "Ha? Jom. Amik kunci motor," "Yeayyy,abang hantar. Sayang abang. Muah," Tania memberikan flying kiss kepada abangnya.

Merek bergerak ke tempat tution Tania. "Thanks,abang. Don't forget to take me okay? At 10 o'clock," Tania berlalu pergi. 

     Isy bergerak ke suatu kawasan yang terpencil. Kawasan itu selalu menjadi tempatnya menenangkan diri 

KITAWhere stories live. Discover now