Bab Sebelas

27 1 0
                                    

"Assalamualaikum," Syawal membuka pintu biliknya. Kelihatan Isyraq sudah lena dibuai mimpi.

"Dah lama ke dia tidur?"

"Tak jugak. Sebelum aku jemput kau tadi. Dia sakit kepala. Pastu aku offer lah picit kepala dia,"

"Ohhh. Eh? Tadi kau ada benda nak dibincangkan.. kan? Apa dia?"

"Kejap ea. Aku nak buat air kejap. Kau nak? Aku buatkan,"

"Boleh jugak,"

Syawal pergi ke pantry di mana sumber air panas bagi pelajar asrama disitu. Seusai membuat air, Syawal kembali ke biliknya. Mendapatkan Qamarul.

"Gini, tadi. Aku kan nak jumpa kau kan.. Pastu aku tak tahu ntah macan mana aku boleh tersalah tengok nombor bilik.. Aku pergi bilik si Iman Mazid tu. Kau kenalkan?"

"Kenal. Diakan ketua aras aku. Kenapa?"

"Masa aku nak ketuk pintu bilik dia.. Aku terdengar, dia tengah marah-marah. Yang aku dengar dia cakap yang dia marah Isy. Sebab Isy cuba rapat dengan Izz. Siap dia kata nak belasah Isy sampai mati. Aku agak dia yang hentak kepala Isy hari tu. Aku tak sangka Iman tu macam tu,"

"Kau ni biar betul.. Patut lah tadi dia pandang kita lain macam je," Qamarul sudah mengetahui puncanya mengapa Iman memandangnya begitu.

Mereka tahu Iman tidak akan bertindak sekiranya orang itu tidak mencari pasal dengannya. Dari sudut pandang lainnya, Iman memang seorang ang baik, peramah dan tidak mudah melenting.

Izz menjadi punca. Tapi takkan nak dihalang bila sudah suka sama suka.

"Apa korang cakap tadi? Iman yang pukul aku? Kau jangan main main. Iman tu baik dengan kita tau. Kau jangan main tuduh je. Fitnah jadinya nanti," Isyraq bersuara setelah terdengar apa yang diperkatakan oleh Syawal. Dia hanya tidur-tidur ayam sahaja. Sakit kepalanya teruk sampai tidak mampu dia melelapkan mata.

"Eh, Isy. Kau tak tidur?"

"Tak boleh tidur. Sakit sangat kepala aku ni. Betul ke Syawal apa yang kau cakap tadi?"

"Betul Isy.. Aku dengar sendiri. Aku berdiri depan pintu dia tadi,"

"Kau buat apa pergi bilik dia?"

"Aku salah bilik. Ingat bilik Rul tadi. Rupanya bilik Iman,"

"Tapi.. Takkanlah. Kenapa pulak dia nak marahkan aku rapat dengan Izz?"

"Takpelah. Esok pagi aku nak jumpa El. Kau nak ikut sekali? Mana tahu Izz temankan El,"

"Haa boleh. Tolong picitkan kepala aku ni, Wal. Sakit,"

Syawal bergerak ke kepala katil Isyraq. Sambil memicit kepala Isyraq, Syawal berzikir dan berselawat. Dihembuskannya ke kepala Isyraq. Mungkin boleh mengurangkan sedikit sakitnya.

***
Assalamualaikum,

Hai Izz. Lama dah tak jumpa. Rindu pulak tiba-tiba. Haha. Kau sihat? Macam mana periksa? Okay? Aku sepanjang minggu exam demam. Sakit kepala aku. Jadi susah nak study. Kau doakan result aku tak teruk tau.

Aku nak jumpa kau lah. Tapi kita ni busy aje manjang. Kau dengan exam kau. Aku dengan exam aku. Rafa pula selalu sangat ajak aku keluar. Rimas lah weyh. Serious. Aku dengan masalah budak budak asrama ni lagi. Aduhh. Dengan Kamal lagi yang dah mula bagi kerja dia dekat aku. Bertambah-tambah kerja. Haih.

Okaylah, sampai sini je. Melalut pulak aku rasa. Yang pasti aku nak sangat jumpa kau.

Yang terlalu merinduimu,
Isyraq

KITAWhere stories live. Discover now