Memandang cuti sekolah yang agak panjang. Kedua dua sekolah ini membenarkan pelajar pelajarnya pulang ke rumah menghabiskan cuti persekolahan bersama keluarga.
"Weyh, balik pukul berapa?" tanya El kepada Izz yang sedang sibuk mengemas. "Balik sekolah aku balik lah. Kenapa nak ikut?" "Tak nak lah aku. Aku nak balik jumpa family aku. Kau nak ke mana- mana cuti ni? Kalau ada ajak lah aku sekali," "Amboi, nak ke mana ajelah aku ni? Bukannya ada duit pun," "Kau masih tak berhubung dengan bapak kau ke, Izz?" "Apa kau kata? Bapak aku? Sorry lah El, aku ni mana ada bapak. Lain lah macam kau serba serbi lengkap. Okaylah. Aku nak tidur. Good night. Sweet dream," Izz berkata dengan menahan sebak di dada. "Sorry,babe. Aku lupa,"
***
"Papa.. jangan papa. Jangan pukul mama," rayuan anak itu langsung tidak diendahkan. Malah makin ligat si ayah membelasah si ibu. Sehinggakan terkulai layu si ibu.
"Argh!! Kau ke tepi. Kau pun sama je macam mak kau. Betina sundal ! Dulu kalau aku tak kutip kau, hidup kau dengan mak kau sekarang ni merempat tahu?! Anak tak sedar dek untung!" Herdik Dato' Hassan.
Dulu papanya tidak begini. Dato' Hassan merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Beliau sangat menitik beratkan hal kekeluargaan. Seorang yang penyayang dan penyabar. Tapi siapa sangka panas tidak ke petang kerana hujan di tengah hari. Papanya menjadi sugardaddy seorang model negara. Sejak itu, layanan beliau kepada anak tunggal dan isterinya jauh berbeza. Beliau lebih memberi tumpuan kepada model itu.
"Jangan pernah kau jejak rumah ini lagi," halau Dato Hassan. "Bang,jangan buat Pah begini bang. Ampuni Pah bang. Pah tiada siapa selain abang. Abanggg,," tangis Datin Sharifah dalam memujuk rayu suaminya itu.
"Papa, kenapa sanggup buat macam ni pada kami? Papa lebihkan perempuan sundal tu dari kami? Ingat papa, what goes around comes around. Jangan sampai satu masa nanti, papa yang melutut minta maaf pada kami. Dan pada saat itu, aku tak pernah anggap kau bapak aku. Dah mama, jom. Kita pergi rumah Mak Su. Layankan orang begini memang tak habis," Izz membawa ibunya pergi bersama linangan air mata yang mengalir deras menuruni pipinya. Siapa tak sedih kalau bapa sendiri menghalau,memanggil diri kau sundal? Baiklah suatu hari nanti akan terima balasannya Dato Hassan.
"Woi kau dah kenapa menangis pagi-pagi buta ni?" tanya El.
Lamunan Izz hilang setelah ditegur rakannya. Sambil menyeka air mata Izz berkata "Takde apa. Rindu mak aku je ni. Jap lagi balik. Okay lah kot. "Eh,kalau kau ada masalah cerita jelah dengan aku. InshaAllah aku boleh tolong. Tapi kalau duit tak boleh lah. Aku pun tengah pokai. Haha," El cuba menceriakan suasana. "Haha," Izz ketawa dan senyap kembali
***
"Izz Zayani? Kenapa awal termenung? Rafa, kawan awak tu kenapa? Tengok tu bukannya di layan saya cakap apa," bebel cikgu Hasmah apabila melihatkan keadaan Izz yang termenung dan tidak menumpukan perhatian.
"Izz, ouuhhh Izz," "Ya saya cikgu?" Izz tersentak. "Awak kenapa Izz? Ada masalah? Saya tahulah ini kelas PSK. But please pay your attention. Masalah peribadi,letak tepi. Fahamm?" "Faham cikgu. Maafkan saya," keluh Izz
"Kau okay tak ni? Ada masalah ke? Kalau ada ceritalah. Aku sedia dengar," tanya Rafa memandanglan rakannya itu jarang berkeadaan begitu.
"Takde apalah. Serious. Aku tak apa-apa. Kau tak payah risau,kay?" balas Izz. "Okay," Rafa terus menumpukan perhatian kepada apa yang diajar gurunya di hadapan.
"Kenapa dengan kau ni Ani? Tak payah fikir dah lelaki tak guna tu. Lupakan," bisik Izz sendiri.
***
"Aku balik dulu El. Kau balik naik bas tu jangan lupa diri. Nak jalan-jalan jangan sampai malam. Haha ," seloroh Izz.
"Kau,,,Izz nak kena ke? Cepuk kang baru tahu. Haha. Bye budak," balas El sambil melambai Izz yang sedang menaiki kereta pak ciknya.
"Hai," tegur Syawal yang muncul ntah dari mana.
"Eh? Hai.. Ya Allah awak ni terkejut saya tahu? Nasib tak gugur jantung.
"Eh,janganlah gugur jantung. Macam mana nak bagi saya kalau macam tu?" Seloroh Syawal dan yang pasti minah sorang ni dah rasa macam dekat awang-awangan.
"Hesh,awak ni ada jelah," balas El. "Haha. Gurau je. So,balik mana ni? Naik bas ke?" "Ouh balik PJ. Naik bas. Awak?" "Sama. Saya copy and paste jawapan awaklah boleh?" mereka berbual sehingga bas sampai dan mereka naik.
***
"Mama, Ani dah balik ni," "Ya, mama kat dapur sayang," sahut Mak Pah. Gelaran 'datin' sudah ditarik. Dia lebih selesa tinggal seperti rakyat biasa dan tinggal dikawasan kampung.
Selepas peristiwa hitam yang terjadi dalam hidupnya, dahulu. Dia membawa diri pulang ke pangkuan keluarganya. Nasib menyebelahinya, ibu dan bapanya masih mahu menerimanya tinggal dengan mereka. Tapi sayang,ibu bapanya pergi meninggalkan mereka anak beranak dalam satu kemalangan jalan raya.
"Mama, masak apa?" "Masak kegemaran kamulah. Ikan masak lemak cili padi. Oh ya tadi ada surat. Tak tahu pulak mama dari siapa," Mak Pah beritahu Izz. "Okay maa. Thanks. Ani mandi dulu pastu kita makan," Izz bergegas ke biliknya.
"Ani... Ani.. Kau tabah nak. Maafkan mama," Mak Pah menyeka air matanya.
YOU ARE READING
KITA
Ficção AdolescenteKisah ini mengisahkan sekumpulan pelajar sekolah berasrama. Asrama ini luar biasa keadaannya. Percintaan, permusuhan dan dendam disemat kemas di jiwa. Sehingga menyebabkan kucar kacir kehidupan.