Bab Lima

45 0 0
                                    

     Angin sepoi-sepoi bahasa meniup pantai. Izz duduk diatas pasir-pasir putih sambil merenung ke arah laut yang terbentang luas. Kawasan perkampungan tempat dia tinggal sememangnya berhampiran dengan pantai. Sekiranya,punyai masa lapang seperti sekarang ini. Dia akan ke sini.

     "Hai,sorang?" Jangan terkejut kalau yang menegur Izz tu Isyraq. Ini disebabkan mereka berdua berasal dari tempat yang sama tanpa pengetahuan mereka sendiri.

     "Eh? Hai. Kau rupanya? Kau asal sini ke?" tanya Izz kepada Isyraq.

     "Ha'ah. Aku tak pernah perasan kau sebelum ni. Baru pindah ke?" Isyraq membetulkan duduknya.

    "Taklah. Dah lama lah jugak. Lima tahun lepas. Rumah kau kat mana?"

     "Lima tahun lepas? Oh, rumah aku hujung kampung ni je. Taman perumahan depan supermarket tu. Kau?"

     "Oh, taman yang rumah banglo tu ke? Aku dekat dekat sini je. Kira anak orang kaya lah kau ni kan?" Izz serkap jarang.

      "Eh, erm. Tak delah biasa je," jawab Isyraq.

      "Eceyh, haha. Aku pindah sini lepas mak bapak aku cerai. Dulu aku pun macam kau. Rumah banglo bagai. Tapi sayang sebab orang ketiga. Aku ke sini," Izz pun tak faham kenapa dia beritahu Isyraq benda tu. Mungkin dia dah tak tahan kot.

       "Cerai? Sorry. Aku tak tahu. Jadi, kau tak sekolah rendah kat sini lah? Kau asal mana?"  Isyraq menukar topik perbualan.

      "Aku asal Johor Bharu. Sini rumah nenek aku. Selalu lah jugak balik dulu. Sekolah rendah sana lah. Aku pindah sini lepas dapat result UPSR. Kau nak tahu kenapa aku macam ni?" Isyraq mula mendapat kepercayaan.

     "Aku tak kisah. Tapi kalau kau nak cerita-cerita lah. Aku dengar," Isyraq duduk menghadap Izz.

     Maka dari situ mereka mula rapat dan rapat dan rapat dan rapat dan rapat.

***

       "Lepas ni kalau kau ada masalah kat sekolah. Boleh je jumpa aku. Cerita masalah kau. Eh, okay lah. Aku nak gerak dah ni. Ermm, bak jap phone kau," Isyraq menghulurkan tangan.

       "Nak buat apa?" pelik tapi tetap memberi.

Hebat benarkah senyuman itu menawan,
Atau diriku yang mudah tuk tertawan,
Sememang kau perkasa gaya sorang penggoda,
Ku tak mahu tergoda.

Kedengaran lagu Sanggar dari TriYo bergema satu kamar Izz. Dan nada dering itu menghentikan lamunannya.

Isy.
       "Eh? Mamat ni call nak apa?" Tak sangka pulak lah mamat ni nak call malam-malam begini. Angkat ke tak nak? Angkat ke tak? Angkat ke ?

       "Assalamualaikum. Hello. Ini Izz Zayani ke?" dia angkat setelah deringan yang kedua.

       "Wa'alaikumussalam. Ya. Aku ni. Hah kenapa?" kedengaran suara Isyraq.

       "Saje je telefon. Bosan ni. Kau buat apa tu?"

      "Tengah buat homework. Kau takde kerja ke nak buat?"

      "Kan aku cakap tadi. Takde. Kau takde benda nak cerita dengan aku ke?"

      "Kau ni... erm.. Esok teman aku jom. Beli barang dapur. Boleh?"

       "Esok? Boleh lah. Esok aku pun free. I'll pick up you tomorrow. Tunggu depan rumah. Pukul 11 tajam aku sampai," Isyraq memberi arahan.

       "Okay. Babe naik apa? Basikal?"

      "Motor. Aku bawak,"

      "Kau nak mati kena kejar dengan mak aku guna parang?"

      "Haha. Takde lah. Aku drive,"

     "Serious? Ada lesen pulak kau,"

     "Siapa kisah aku ada lesen ke tak? Haha. Relaks lah. Aku dah lama dalam dunia pemanduan ni. Haha," Isyraq menenangkan Izz.

     "Okay. Aku percayakan kau. Jangan nanti aku tak sempat nak jawab SPM tahun depan. Okay lah. Kerja aku tak jalan ni karang. Bye. Assalamualaikum. Good night. Sweet dream," Izz meletak telefon sebelum orang yang sana membalas.

    "Good night, sayang," Isyraq berbisik sendiri. Tidur bertemankan Cik Izz lah malam ni. Angau dia dah sampai. Isyraq tidak pernah dilamun cinta sebegini dalam 16 tahun dia hidupkan bumi bertuah ini.

***

"Mama,  Ani pergi beli barang dapur,"

      "Eh? Pergi dengan siapa? Nah,senarai barang,"

      "Pergi dengan kawan Ani. Banyaknya barang. Duitnya ma?"

     "Ouh, lupa. Hah. Nah. Hati-hati ya nak ya,"

     "Ya. Okay. Mama. Bye. Asslamualaikum," Izz menyalami ibunya.

     "Mak cik," Isyraq menegur Mak Pah. 

      "Boyfriend kamu ke Ani?" Mak Pah bertanya dekat Izz.

     "Eh, mama.. bukan lah. Ada je. Kawan Ani dekat sana," Izz menangkis tanggapan ibunya.

    "Dah. Kesian dia tunggu tu," Mak Pah 'menghalau' anaknya.

    "Dah? Jom," Isyraq membuka pintu kereta.

    "Jom," Izz masuk ke dalam kereta Audi milik Isyraq.

Mereka berbual sehingga sampai ke supermarket yang terletak di pekan.

KITATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang