Bab Sepuluh

32 0 0
                                    

"Uhuk uhuk," Isyraq melepaskan batuknya ketika menunggu kertas ujiannya dipungut cikgu.

Selesai peperiksaan mereka pada hari itu maka berakhir peperiksaan akhir tahun untuk tahun tersebut.

"Weyh, kau ni sihat ke idok ni?" Qamarul bertanya selepas mengemas barang dan mengambil arah ke meja Isyraq.

"Demam dah kebah lama. Batuk tak renti lagi. Uhuk uhuk," Isyraq mengemas barang-barangnya.

"Takpelah. Kita dua minggu je lagi kat sini. Then, kita balik kampung. Yeayy! Haha," Syawal yang ntah dari mana muncul terus melompat tangga tanpa ragu-ragu (parkour).

"Woi, budak ini. Astaghfirullahalazim. Haih. Uhuk uhuk," istighfar Isyraq melihat gelagat rakan karibnya itu.

"Gilalah. Mana dia belajar parkour ni?" Qamarul menggeleng kepala.

Mereka bergerak ke Dewan Makan. Lepas makan tengah hari boleh terus pulang ke bilik.
***

"Izz,,, nak cuti daaaaahhh. Alaaaa.. mesti aku rindu kau nanti," Rafa menegur Izz selepa kertas terakhir dikutip.

"Alah. Macam tak biasa. Dah dekat empat tahun dah kot. Sekarang pelbagai media ada. Rindu call jelah. Kita keluar sama-sama nanti," Izz berkata sambil mengemas alat tulisnya.

"Nak keluar sama? Haha. Lawak lah kau ni. Jauh duh. Kau duduk mana, aku duduk mana,"

"Kau turun tempat aku. Haha. Rasa kampung aku,"

"Haha. Okay, apa-apa nanti aku inform," Rafa bergerak ke arah Syafa yang menunggu didepan pintu kelas mereka.

"Okay, bye," Izz bergerak ke kelas El.

"Wo wo. Budak pandai sampai dah. Haha. Aku chaw dulu," El menyalam rakan sekelasnya.

"Kau ni aku hempuk kang," Izz acah acah nak ketuk kepala El.

"Buweeekkk," sambil menjelirkan lidahnya.

Mereka berjalan ke arah dewan makan.

***

"Izz, ni exam dah habis dah ni. Kau ade apa apa rancangan tak? Aku dah bosan terbongkang petang petang kat dorm ni," El bersuara selepas dirinya tak senang duduk. Habis satu dorm bersih dia buat.

"Kelmarin aku ajak riadah kat padang taknak. Semalam aku ajak duduk library taknak. Petang ni aku nak duduk dorm je. Rehat," Izz berkata sambil membaringkan tubuhnya sambil memegang novel yang dipinjam dari perpustakaan.

"Alaaaaa.. Izz, jomlah keluaq. Kita outing ke kan? Jomlahhhhhhh.. Aku bosan ya amat ni. Kau tengok lah dorm ni. Naik bersih aku kerjakan," El mula merengek.

"Hish. Kau ni. Haa. Yelah. Jom. Kita gi padang,"

"Taman lah. Taman belakang. Jom," El menyengih di sisi katil Izz.

"Haa yelah. Taman pun okay jugak. Jom. Lekaslahhhh," arah Izz.

"Chill lah sis. Baru pukul 3 petang tau. Panas. Pukul 5 nantilah. Sekarang ni, aku nak tidur dulu," kata El sambil membetulkan duduk bantalnya.

"Ouh. Okay," Izz kembali hanyut ke dalam novel yang dibacanya.

Tok! Tok!

"Assalamualaikum.."

"Wa'alaikumussalam.. Cari siapa?"

"Kak El ada tak?"

"Ya. Ada apa ek?"

"Nah. Ni. Erm. Tadi ada sorang abang dari sekolah sebelah bagi. Satu lagi dia kata, besok pagi pukul 8, dekat padang belakang dia nak jumpa akak,"

"Oh okay. Thanks. Ni je ke?"

KITAWhere stories live. Discover now