Bab Empatbelas

35 1 2
                                    

Isy. Hati-hati buat masa sekarang ni. Abang Im dah bagi amaran pada saya. Awak baca sendiri surat dia tu. Saya rasa macam terkongkong sangat. Dia bukan sape sape pun. Tolonglah saya. Saya tak tahu macam mana nak selesaikan masalah dia ni. Saya taknak awak cedera. Saya mula sayang awak. Jaga diri tau. Bye, Assalamualaikum.

Izz

"Bangsat!" Jerit Isyraq setelah membaca surat kiriman kekasihnya yang dikirim kepada Syawal dan juga surat Iman kepada Izz.

"Woi, kenapa? Izz minta putus?" Syawal tersentak apabila mendengarkan suara Isyraq mencarut.

"Kau baca ni," Isyraq menyerahkan surat Iman.

"Kepala hotak dia," Syawal pun menjadi panas hati dengan kata-kata Iman. Disudut hati Syawal. Ingin sahaja dia pergi membelasah Iman Mazid itu.

Tok! Tok!

"Masuklah. Pintu tak berkunci,"

Wajah molek milik Qamarul tersembul. Beberapa bekas dipegangannya.

"Mak aku ada bawakkan makanan lebih untuk korang sekali," hanya Qamarul sahaja yang beria ia bersuara. Syawal dan Isyraq senyap membisu. Masih memikirkan perihal Iman.

"Weyh, korang ni kenapa? Senyap je. Anything happen before?" Qamarul melabuhkan duduknya didepan Isyraq.

Isyraq menyerahkan surat Iman kepada Qamarul. Qamarul mengambil dan membacanya tanpa banyak bicara.

"Astaghfirullah," Qamarul memegang kepalanya. Sakit tiba-tiba. Dia tidak mengetahui perangai seniornya itu begini. Jadi, Ikmal dulu pindah sebab dia rupanya.

"So, apa korang nak buat ni?"

"Aku tak tahu lah Rul. Dia tu pengaruh dia kuat kat sekolah ni. Nak buat report confirm takde orang percaya,"

"Kita ada bukti Wal," tangan Qamarul melayangkan surat ugutan Iman.

"Kita try report dulu,"

"Esoklah. Tapi kita ni dah nak habis sekolah. Cikgu layan ke report kita?"

"Report je dulu,"

"Haa. Dah lah. Makan jom. Penat mak aku masak untuk korang," Qamarul menghidangkan bekalan ibunya kepada Isyraq dan Syawal.

"Hmmmphhh... Sedapnyaaa bauuuuuu," Syawal memuji masakan ibu Qamarul.

Mereka makan tanpa bicara. Mana sopan makan sambil bercakap.

*************************************************
"Izz, tahun depan kau rasa kita sekelas tak?"

"Erm? Ntah lah El. Kalau boleh nak jugak sekelas,"

"Haha. Tapi kau nikan pandai... Takkan lah kita sekelas,"

"Kau ni. Sebelum aku sepak muka kau. Haish. Mana ada pandai. Kau pun pandai okay. Kalau tak takkan kau masuk sekolah ni,"

"Yelah. Tapi kau pandai lebih sikit dari aku. Sikit lah sikit. 0.0001%. Ahahahah," El ketawa dengan lawak dia sendiri. Izz tak dapat menahan ketawanya apabila mendengar El ketawa. Dia turut ketawa.

Lupa sedikit tentang Iman. El sengaja buat begitu supaya Izz tidak terlalu runsing memikirkannya.
Dalam diorang ketawa terbahak-bahak.

Tok! Tok!

"Masuklah,"

Terlihat wajah Rafa dan Syafa.

"Ada apa?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 15, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KITAWhere stories live. Discover now