Bab Tigabelas

23 0 0
                                    

"Woi, dah siap belum? Kiteorang dah nak balik ni. Naik kematu punggung tunggu korang tahu tak?" Isyraq menegur Syawal dan El yang sedang berbual mesra. Tak pandang kiri kanan. Entah apa yang dibualkan pun tak tahu.

"Dah? Alahai. Okay lah. Bye El," Syawal bangun dari duduknya.

"Erm. Bye,"

"Petang ni kita jumpalah lagi. Okay?"

"Petang ni parents saya datang,"

"Oh.. Erm,"

"Nak jumpa diorang tak?"

"Hah?!" Terbuntang mata Syawal.

"Nak jumpa parents saya tak?"

"Oh. Boleh jugak. Pukul berapa?"

"Dalam pukul 5 macam tulah. Awak tunggu dekat taman depan tu. Nanti saya jumpa awak dulu,"

"Okay set," Syawal tersenyum.

Izz dan Isyraq hanya diam mendengarkan perbualan mereka berdua. Tidak tahu mana mahu mencelah.

"Okay. Dah jom gerak. Bye, Izz. Bila bila nanti kita jumpalah ya. Ouh,ya. Izz tak nak balas surat saya ke?"

"Surat? Oh, nanti ak... Izz balas," Izz tersenyum malu. Syawal dan El beralih pandang. Sekejap ke Isyraq sekejap ke Izz.

"I smell something fishy here," El bersuara setelah hampir setengah minit memandang mereka.

"Both of you declared?" Syawal pula bertanya.

Isyraq membuang pandang ke arah sekumpulan pelajar sambil mengangguk perlahan. Izz terus memandang sekawan semut yang berada dibawah kakinya.

"O.M.G!" El menjerit sambil menutup mulutnya takut terlebih kuat.

"Tahniah lah bruh," Syawal menepuk bahu sahabatnya.

"Okay dah. Jom balik. Kita kita je tahu. Tau?" Izz memberi pesanan.

"Oh come on. Qamarul confirm happy gila kot," Syawal pulak yang beria-ia.

"Dah kenapa dia nak happy?"

"Ya lah. Pesaing dia dah ada makwe,"

Berderai ketawa mereka. Mereka bergerak ke asrama masing-masing.

***************

"Wow Izz wow," setelah mereka menjauhi Syawal dan Isyraq, El bersuara keterujaan.

"Apa benda?"

"Tak sangka aku. Terima juga kau Isy tu,"

"Can we use another name for him? Aku tak selesa ah berbual pasal dia guna nama dia. Takut orang tahu,"

"Pakai nama apa?"

"Taufiq. Jarangkan orang pakai?"

"Okay jugak tu. Boleh lah,"

Mereka menaiki tangga menuju ke bilik mereka. El membuka pintu. Berkunci. Diseluk poket dan kunci tiada.

"Izz, kunci bilik mana?"

"Eh? Ouh. Pada Kak Damia. Kejap aku amik,"

Izz bergerak ke bilik Kak Damia yang letaknya selang dua pintu dari biliknya.

"Assalamualaikum.. Kak Damia ohh Kak Damia," tangan Izz mengetuk perlahan pintu bilik Damia.

"Wa'alaikumussalam. Oh. Izz. Nak kunci ya? Kejap ea," Damia bergerak ke arah meja belajarnya mengambil kunci bilik Izz dan sesuatu. Sepertinya sebuah kotak.

"Nah. Ni kunci dengan hadiah,"

"Eh? Hadiah dari sape ni kak?"

"Dari budak mana ntah. Dia kata suruh bagi dekat kamu,"

KITATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang