Bab Sembilan

52 0 0
                                    

*flashback*

"El, awak single ke?" Syawal bertanya kepada El ketika mereka sedang berjalan di taman.

"Erm? Kenapa tiba-tiba tanya soalan ni? Saya? Single. Awak?"

"Oh, baguslah kalau single. Saya ada peluang. Haha,"

"Merepek je lah awak ni. Haha,"

"El? Will you be my first girlfriend? Ni saya langgar prinsip sendiri ni. Untuk awak sorang je. Boleh?"

"Give me time. Okay? I will give you the answer later," tersipu malu El di buatnya.

"Okay. Saya tunggu tau,"

"Ya," El bergerak ke kereta yang dipandu oleh Syawal waktu ke taman itu.

"Okay. Nak balik ke?"

"Yurp. Dah panas,"

"Okay, everything for princess," siap bukakan pintu kereta tu.

Mereka pulang ke rumah. Dan malam itu El memberi jawapan melalui SMS

I want to ask you something. Kalau kita gaduh awak buat apa?

Fuh soalan. Kalau gaduh ea? Erm.. Mungkin saya akan diam dulu. Pastu baru kita bincang. Kiranya tunggu reda marah masing-masing.

Oh,okay. Awak sanggup terima ke girlfriend yang manja, peramah dan kuat merajuk?

Saya terima awak seadanya.

Baik.

Baik je?

Yelah. Awak kata dah terima.

Ya? Ouh. Awak pandaii. Yeayy!

Btw, ni rahsia. Kawan rapat kita je boleh tahu. Like me just Izz.

Okay. Saya Rul dengan Isy. Fair?

Up to you. K, bye. Saya dah nak tidur. Assalamualaikum.

Wa'alaikumussalam cinta.

*flashback tamat*

"Fulammaaakkk. Cayalah kau Wal. Dah ada makwe dah. Fuhh. Haha. Kita bila lagi ni Rul?"

"Haha. Kan? Syawal dah langgar prinsip sendiri siot,"

"Dah diam. Korang je tahu. Jangan kecoh tau,"

"Bereh boh," Isyraq dan Qamarul menjawab hampir serentak.

***

"Good luck weyh," Izz memberi kata semangat kepada El. Memandangkan mereka berlainan kelas. Pagi itu sudah bermula peperiksaan akhir tahun.

"Good luck juga,"

Mereka berdua bergerak ke Dewan Makan untuk mengambil makanan.

"Kak Izz good luck," Aliah menegur Izz yang sedang makan.

"Okay. Thanks," Izz memberikan senyuman. Untuk lower form mereka akan periksa minggu hadapan. Subjek sikit.

"Kak El. Asfa kirim salam dia cakap good luck,"

"Eh? Oh, okay. Kirim salam dia balik. Cakap kat dia thanks," El menyampaikan pesanan.

"Sejak bila?" Izz bertanya setelah Aliah berlalu pergi.

"Sejak bila apa?"

"Sejak bila ada adik angkat ni?"

"Kau ni. Takdelah. Budak minat aku. Layankan ajelah,"

"Kau tak baik tau mainkan perasaan dia,"

"Pandailah kau main kan perasaan. Aku takde cakap pun nak jadikan adik angkat,"

"Takde lah. Gurau je. Dah lah. Aku tahu kau ada minat orang lain. Kan? Hahahaha," hampir tersedak Izz ketawa.

"Dah lah kau. Dah gerak jom. Kang lambat. Menangis tak sudah kau,"

"Pulak? Haha. Okay. Jom,"

Mereka bergerak ke sekolah.

***

"Rul! Berangan tak sudah lah kau. Kalah orang bercinta. Pehal?" Sergah Syawal.

"Astaghfirullah. Syawal. Terkejut lah buduh. Kau ni,"

"Haha. Relax lah bruh. Haha. Cepat sangat melatah. Haha. Menung apa?"

"Takde. Aku tak habis study,"

"Puih lah. Kau tak study, result gempak nak mampus,"

"Eleh. Cakap orang kau pun sama je. Eh, mana Isy? Tak siap lagi? Pelik,"

"Entah dia. Sakit perut katanya. Kau macam tak kenal dia. Tiap kali periksa sakit perut. Gelabah sangat. Haha," pecah ketawa mereka berdua.

"Hah! Kutuk. Aku sepak jugak kang," Isyraq yang muncul dengan muka merah. Macam udang kena bakar.

"Fuh muka kau. Merah suci. Pehal? Kau ni.. Membuatkan aku nak cium kau tau pepagi ni. Haish," Syawal berkata sambil menyuap makanan.

"Kepala hotak kau. Merah ke? Pehal ek? Ntah lah," Isyraq mengambil tempat duduk dihadapan Syawal.

"Ha'ah lah Isy. Demam ke?"

"Tak lah. Kalau demam mesti aku rasa. Kan?"

"Ya je kau ni? Meh," Syawal menghulur tangannya untuk 'menyukat' suhu badan Isyraq.

"Erm," menghulur kepalanya

"Fuh, tak demam kau cakap? Ni mahu goreng telur pun lepas. Balik sekolah pergu klinik ea? Aku teman. Rul kau nak ikut?"

"Aku? Ouh, boleh,"

"Kenapa tak rasa ek? Biarlah... Ha.. ha...ha.. cum. Alhamdulillah,"

"Yarhamkallah," hampir serentak mereka menjawab.

"Ha'ah tak rasa sangat. Kau lambat, makan ubat kan?

"Kau nak menipu kami? Tak payah lah Isy. Sia-sia. Tahu?

"Omg. How can I get both of you as my friend?"

"How can? Kau tanya? Amboi. Tak nak kiteorang dah ke?"

"Takdelah. Baik sungguh. Prihatin gitu. Haha,"

"Wal, dia main-mainkan kita Wal,"

"Takpe. Orang sakit kan. Haha,"

"Dahlah kau. Jom gerak. Lambat nanti,"

Mereka bergerak ke sekolah.

---------------------------------------------------------------------------------

Haii. Haha. Sorry lambat update. Biasalah. Busy sikit. Fuh fuhh. Haha.

KITAWhere stories live. Discover now