"Assalamualaikum," Izz memberi salam sebelum memasuki biliknya. Kelihatan Rafa dan Syafa ada di situ sedang membelek sesuatu.
"Wa'alaikumussalam," hampir serentak mereka menjawab.
"Aih, baru sampai? Lambat pulak kau balik harini? Selalunya, kalau aku sampai kau dah terbongkang kat bed. Asal lambat?" El menembak Izz dengan soalan-soalannya. Unlimited question.
"Oh. Takde pak cik aku ada hal tadi. Tu yang lambat tu. Korang buat apa ni?" Izz menutup perkara sebenar memandangkan si Rafa ada di situ.
"Pulak dah. Hurm yelah. Ni haaa.. Si Syafa ni bawa stok tudung dari kedai mak cik dia. Minta tolong jualkan. Haha. Memandangkan dia singgah sini dulu. Maka kejap je habis. Haha. Lagipun nak cutikan? Haha," dengan panjang lebar El menerangkan.
"Amboi. Habiskan final ni dulu baru fikir cuti lah mak cik oi. Haa. Ni mak aku bawakkan makanan,"
"Mak kau masak apa Izz?" Setelah sekian lama mendengar perbualan mereka berdua akhirnya Rafa mencelah.
"Ayam masak lemak cili api. Jom makan,"
"Raf amik senduk dengan pinggan tu Raf. Dalam laci,"
"Amboi. Bilik penolong ketua asrama ada senduk? Dahsyat gila. Haha," mereka ketawa.
"Kau jangan tak tahu. Kita orang ni semuanya ada. Boyfriend je takde. Haha," Aduh tertipu sunat pulak. Argh takpe lah. Bukan diorang tahu pun. Kan?
"Ya je kau El takde pakwe. Menipu lah. Orang cantik macam kau takkan takde,"
"Takdelah. Mana ada. Haha. Kalau ada nanti aku cakap. Okay?" El cuba menutup perkara sebenar. Erm, tadi Izz ni El pulak. Sedih je hidup dua orang manusia ni. Siapa lagi kalau bukan Syafa dengan Rafa.
Mereka berbual sehingga selesai makan.
***
"Okay. Bye. Eh, nanti rollcall saing oi. Panggil kiteorang sekali," Rafa dan Syafa pulang ke bilik mereka setelah selesai menyantap makanan Izz.
"Okay. Sekarang diorang dah balik. Cerita lah cepat. Aku pun ada benda nak cerita ni. Haha,"
"Cerita apa siut?"
"Apahal balik lambat?"
"Kau ni. Tahu je aku menipu kan?"
"Of course. Aku kenal kau dah lama lah. Cepat,"
"Yelah. Aku naik Isy tadi. Dah tu je,"
"Cerita lah apa jadi cuti ni. Aku dah ada boyprengg. Hahaha,"
"Aku tahu siapa. Haha. Syawal kan? Tahu dah. Haha,"
"Kau ni. Alah. Baru nak suprise. Haha,"
"Tak payah suprise sangatlah. Haha,"
Mereka bercerita sehingga lah rollcall
***
"Syawal, jom gerak rollcall. Abang Kamal dah panggil tu,"
"Haa. Jom,"
Syawal dan Isyraq bergerak ke tempat berkumpul.
"Hoi. Bro jalan menonong je. Tak nampak ke aku kat sini," Qamarul menegur dari jauh.
"Kau ni. Mana lah nampak. Kau tu dah lah kecik je berbanding kiteorang. Kiteorang jalan tengok tegak ke depan. Mana pandang bawah. Hahahahaha," seloroh Syawal.
"Kau Wal, kejam sangat kau punya statement. Tahulah kita ni rendah je. Dah lah rendah. Tak handsome pulak tu. Sob sob," dengan suara ala ala nak menangis Qamarul merendah diri.
"Kau ni Wal. Kesian adik kita ni. Hahaha," Isyraq terus memaut bahu Qamarul.
"Kau pun sama je Isy," Qamarul menepis tangan Isyraq jatuh dari bahunya.
"Ala. Touching pulak lah. Haa. Ya ya. Kau lah yang paling macho, handsome, kacak , tampan dan segala yang sewaktu dengannya. Puas?" Pujuk Syawal.
"Okay good. By the way, can you tell me something that I don't know. Anything else? Besides, im the handsome guy? Hurm? Sebab aku ada bau orang tengah bercinta. Ya Syawal ya?" Qamarul membuat gaya ala ala paparazzi yang tidak berbayar.
"Apa benda kau ni , Rul? Nonsense,"
"Isy, tengok kawan kita ni. Dia ada rahsia tak nak cakap,"
"Hurm? Serious ke Wal? Okay. Benda ni macam menarik. After rollcall kau cerita ea? Kalau tak. Tunggulah malam ni. Tidur tanpa seluar dan baju lah kau. Haha," Isyraq mengugut cara baik punya dan itu disambut gelak oleh Qamarul.
"Ades, susah lah macam ni. Haa yelah nanti aku cerita," sambil berjalan mendahului rakannya yang tidak habis lagi menggelakkannya.
***
"Baiklah pelajar. Di sini saya mengucapkan tahniah kepada kamu semua kerana disiplin kamu semua semakin baik. Berbanding awal tahun dahulu. Saya juga ingin mengucapkan semoga berjaya untuk peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Kita seharusnya meningkatkan nama pelajar asrama. Dengan itu ,terima kasih," Damia mengakhiri ucapannya dan majlis bersurai.
"Weyh, Izz. Rindulah," adu El.
"Rindu siapa lah siut kau ni?"
"Boyfriend akulah. Takkan kau punya Isyraq pulak. Itu kalau rindu mahu aku kena lepuk. Haha,"
"Amboi, Isy Isy jangan sebut aa. Kang ada yang kena seligi ni karang. Haha. Lupa? Rafa tu? Mati aku tau,"
"Relakslah. Isy bukan suka pun si Rafa tu. Dia je melebih. Qamarul tu hah duk tergila-gilakan dia tak nak pulak,"
"Alah kau ni. Kalau aku suruh lupaka si Syawal tu nak? Boleh? Tak kan? Haaa,"
"Yelah yelah kau menang,"
***
"Hah, Wal. Cepat cerita kat kita orang. Kita orang berdua je. InshaAllah tak kantoi punya. Haha," seusai menjejakkan kaki ke bilik mereka Isyraq membuka bicara. Qamarul yang berlainan blok pun sanggup turun.
"Camne nak start ek? Ermmm. Korang kenal tak El?"
"El? El kumpulan Korea Infinite tu ke? Amboi kau melampau imaginasi,"
"Bukan lah Rul. Aku mana minat k-pop bagai ni. El, penolong study group aku tu. Kenal?"
"Oh, Adelia Husna Datuk Arman ea? Yang tu kalau tak kenal penipu lah kau ni," Qamarul sudah mengenal pasti El yang mana.
"Oh, El kawan Izz tu ke?"
"Ya kawan-kawan ku. Ya,"
"Macam mana boleh jadi?"
"Begini ceritanya,"
Isyraq dan Qamarul mendengar dengan teliti setiap bait-bait kata si Syawal. Sehinggakan Qamarul tidak pulang ke bilik malam tu.
-----------
Sorry sangat sebab lambat sambung cerita. Penulisnya demam. Tak kebah kebah. Ni dah sihat sikit alhamdulillah. Haha. Nak tahu apa jadi? Tungguuu ~~ one more, lagu tu lagu yang Izz jdkan ringtone telefon dia.. Sanggar by TRI YO
ANDA SEDANG MEMBACA
KITA
Teen FictionKisah ini mengisahkan sekumpulan pelajar sekolah berasrama. Asrama ini luar biasa keadaannya. Percintaan, permusuhan dan dendam disemat kemas di jiwa. Sehingga menyebabkan kucar kacir kehidupan.
