3

212 14 0
                                    

"Ayah, orang nak pergi Wangsa Walk boleh?" Mimi duduk di sebelah ayahnya yang sedang membaca surat khabar.

"Dengan siapa?"

"Siapa siapa je. Dengan ayah pun boleh"

"Kalau macam tu pergi dengan family lah. Ajak abang Afiq sekali. Kita pergi esok?"

"Okay!" Mimi menuju ke bilik nya untuk menelefon Afiq.

"Hello, Assalamualikum abang Afiq!" Kata Mimi dengan bersemangat.

"Waalaikummusalam Mimi! Amboi bersemangat sungguh makwe abang ni. Rindu abang eh?"

"Eee abang ni! Dah dah lah tu! Orang nak ajak abang pergi Wangsa Walk lah. Jom?"

"Ajak abang dating eh? Hahaha. Makwe nak pergi bila?"

"Esok. Abang busy ke esok?"

"Tak ada lah. Okay abang join esok. Pagi pagi subuh abang terpacak depan pintu"

"Amboi melampau sangat tu. Okay lah. Janji tau esok join. Orang nak tolong ibu masak sekejap. Abang makan tengah hari nanti dengan siapa?"

"Sorang sorang lah. Mak abang kan tak balik dari kampung lagi"

"Kalau macam tu. Abang makan kat sini lah. Dah berapa hari abang tak lepak kat sini"

"Okay. Haa kan abang dah cakap. Mimi rindu abang"

"Eee. Ngada ngada lah abang ni! Dah lah, bye"

Mimi end call.

'Okay, jujur, orang memang rindu abang' Mimi cakap di dalam hati.

Semakin lama Mimi rasa di seperti suka dengan Afiq, tapi bila Afiq gurau gurau dengan Mimi, dia marah. Bila Afiq tak ada datang rumah dia dua tiga hari, tak usik dia, dia rasa rindu.

"Hish, Ya Allah, Mimi apa kau merepek ni?! Bulan depan kau SPM. Kau boleh nak minat dekat orang yang lagi tua daripada kau. Silap silap dia dah ada girlfriend" kata Mimi dengan nada perlahan takut keluarganya yang lain dengar sambil menepuk nepuk dahinya.

Mimi keluar dari biliknya.

"Ayah, abang kata okay. Dia ikut" kata Mimi dengan gembiranya.

Ayah Mimi hanya mengangguk.

Waktu makan tengah hari.

Mimi menuangkan air ke dalam cawan lalu memberi kepada semua.

"Baiknya makwe abang ni" kata Afiq sambil menyambut huluran cawan dari Mimi.

Mimi menjeling. Dalam hati 'rindunya dia usik aku macam ni. Abang! Orang rindu abang!'

Mimi membawa pinggan nya lalu duduk di hadapan tv.

"Hai, nak duduk sini boleh?" Afiq duduk di sebelah Mimi.

"Dah duduk pun kan" kata Mimi.

"Sikitnya lah dia makan. Patut lah, umur dah 17 tahun tapi badan kecik macam 13 tahun. Macam mana nak besar" kata Afiq.

Mimi hanya tersenyum.

"Bulan depan nak SPM Mimi nak ajak abang gi Wangsa Walk?"

"Ha ah. Biar lah, kenapa?"

"Tak ada lah. Biasanya kalau budak nak exam besar dia akan takut. And akan study study study. Tapi Mimi ni abang pelik lah"

"Hurmm, semua orang cakap kat orang macam tu. Tapi orang rasa kan, macam tak takut pun nak SPM. Lagi satu orang tak suka study hard. Orang suka study smart"

"Hurmm, habis tu Mimi selalu study waktu bila?"

"Waktu malam. Masa orang lain tengah tidur orang baca buku"

"Oh, patutlah kadang kadang abang datang siang Mimi tengah tidur"

Mimi mengangguk.

"Mimi nak buat apa kat sana?"

"Orang nak tengok wayang, Nak lepak kat chattime and orang nak main bowling"

"Boleh ke Mimi nak main bowling? Mau dengan Mimi sekali berguling guling nanti"

"Amboi melampau lah tu. Okay, kita tengok nanti.. siapa kalah kena belanja makan"

"Wah! Beraninya dia. Kita tengok, kita tengok"

Mereka sambung makan.

"Mimi nak tambah?" Ibu bertanya kepada Mimi yang sedang fokus menonton tv.

"Err tak nak lah ibu. Mimi kenyang dah" Mimi menggeleng.

Mimi berjalan ingin menuju ke dapur.

"Mimi" nenek Mimi yang terbaring kerana lumpuh memanggil Mimi.

"Ya nanek?" Mimi berdiri di tepi katil neneknya yang terletak di ruang tamu.

"Mimi baru habis makan ke?"

"Ha ah. Nenek nak apa?"

"Mimi nak keluar ke esok?"

"Ya. Nenek jangan lah risau. Mimi keluar dengan semua. Nenek nanti pak su jaga sekejap eh?"

Nenek mengangguk.

"Kenapa?" Ayah bertanya kepada Mimi setelah Mimi beredar dari katil neneknya.

"Entah. Muka nenek risau semacam"

My Crush!Where stories live. Discover now