"Haa kita berpecah lah. Ayah jalan dengan ibu dengan Aqil. Mimi dengan abang Afiq" kata ayah lalu menghulurkan duit sebanyak RM100 kepada Afiq.
"Eh, tak apa lah bang. Biar saya belanja makwe saya ni" Afiq menolak.
"Ayah dengan ibu nak ke mana?" Mimi memandang muka ayah dan ibunya.
"Adalah. Mimi dengan abang Afiq je" jawab ibu.
"Hah ya lah. Tapi nanti jumpa kat tempat bowling" kata Mimi.
Mereka mulai berpecah.
"Abang nak pergi mana dulu?" Mimi terpaksa mendongak untuk memandang muka Afiq.
"Abang tak kisah. Ikut Mimi lah"
"Ermn kalau macam tu kita tengok watang dulu lah"
Mereka beratur untuk membeli tiket.
"Hai kak Mimi" seseorang menegur Mimi.
"Eh hai Qila, Qila datang dengan siapa ni?" Mimi bertanya kepada Qila. Budak form 1 di sekolahnya.
"Qila datang dengan kawan kawan. Ni mesti boyfriend akak kan?"
"Err tak.." kata kata Mimi di ganggu oleh Afiq.
"Ha ah, abang boyfriend kak Mimi" kata Afiq dengan selamba.
'What?! Asal abang cakap macam tu? Ya Allah! Malunya orang! Tapi betul ke abang anggap orang girlfriend abang? Eh, tak mungkin. Tak mungkin. Abang kan suka bergurau' kata Mimi di dalam hati.
"Makwe? Kenapa makwe pandang abang macam tu?" Afiq berkata apabila perasan Mimi merenung mukanya.
"Err, err, tak ada apa apa" Mimi memandang semula muka Qila.
"Wah, sweetnya lah boyfriend akak ni. Dah lah hensem. Okay lah kak. Qila gerak dulu. Kawan kawan Qila dah tunggu dekat sana" Qila berlalu pergi.
"Hahaha, dia percaya" Afiq tergelak.
'Ya Allah, kejamnya abang ni. Bagi orang harapan doh!' Kata Mimi di dalam hati.
"Hehehe ha ah dia percaya. Kesian sungguh lah budak tu" Mimi buat buat gelak.
Tiba giliran mereka membeli tiket.
"Abang pilih cerita apa?" Kata Mimi setelah Afiq selesai membayar tiket.
Afiq menghulurkan tiket tersebut kepada Mimi. "Hantu"
'What?! Hish kenapa abang pilih hantu?! Alah! Orang tak boleh lah tengok cerita hantu! Hurmm macam mana ni?!' Mimi berkata kata di dalam hati sampai lah dia duduk di tempat duduknya.
Mimi memandang tiket wayang itu sekali lagi.
"Apa yang di tenung nya tiket tu? Baik tengok muka abang yang hensem ni. Ada juga faedahnya" kata Afiq apabila dia perasan yang Mimi asyik pandang tiket tersebut.
"Err memang tak lah. Tolong lah, faedah ke bendanya. Tengok muka abang lama lama mau kena sawan orang"
"Hahaha, eh, okay apa? Daripada tengok muka hantu kejap lagi.. haa abang sure punya mesti Mimi tak akan lepas walau sesaat pun pandang abang"
Mimi menelan air liur. 'Aduh mamat ni. Jangan lah buat orang takut!' Kata Mimi di dalam hati lalu menjeling Afiq.
Mereka menonton wayang.
Setiap kali ada bunyi yang menyeram kan cepat cepat Mimi mengalih kan pandangannya ke muka Afiq.
Habis sahaja cerita tersebut mereka keluar dari panggung.
"Hahaha Mimi ni penakut rupanya" Afiq tergelak.
"Abang ni, kejam lah" Mimi berjalan meninggalkan Afiq.
"Hey hey. Jangan laju laju. Mimi kalau hilang mau abang tak perasan. Dah lah kecik" Afiq mengejar Mimi.
"Daripada abang, hantu galah, tiang elektrik" kata Mimi sambil sambung berjalan.
"Amboi. Sejak bila bagi abang gelaran macam tu? Abang tak pernah dengar pun"
"Memang lah tak pernah dengar. Dah orang baru terfikir nak bagi" Mimi beratur untuk membeli chatime.
"Mimi makan tako tak?"
"Makan"
"Mimi lepas dah dapat air tu, duduk dekat meja sana tu. Abang nak beli tako tu"
Mimi mengangguk.
'Muka hensem makan benda busuk macam tu? Huish tak boleh blah betul lah!' Kata Mimi di dalam hati.
Afiq kembali semula di chatime lalu duduk berhadapan dengan Mimi.
"Nah ni abang punya" Mimi menolak cup air yang dipesan oleh Afiq tadi.
Mereka makan tako dalam satu bekas yang sama.
"Nanti lepas exam Mimi ada plan apa apa ke?" Afiq bertanya kepada Mimi.
"Ermm yang pasti orang tunggu U and sambil sambil tu orang tanam anggur"
"Nak tak kalau buka kedai dengan abang? Mimi pandai masak kan? Kadang kadang kat rumah Mimi masak memang 100% macam mak abang masak"
"Orang okay je. Mak abang bagi ke?"
"Mak abang bagi je. Lagi pun mak abang memang pernah cakap kat abang kalau Mimi habis exam nak tolong tolong kat kedai dia bagi"
Mimi mengangguk.
YOU ARE READING
My Crush!
RandomAfiq ialah jiran kepada Mimi. Pada mulanya Mimi sangat benci dengan Afiq. Tapi lama kelamaan timbul rasa sayang. Silalah baca My Crush! Untuk ketahui kesudahannya.