"Knock! Knock!" Pintu bilik Mimi di ketuk.
"Ye! Masuk!" Mimi meninggikan suaranya agar orang yang berada di sebalik pintu boleh dengar.
Pintu di buka.
"Eh abang! Jap jap. Bagi orang pakai tudung sekejap!" Dengan pantas Mimi menyarungkan tudungnya setelah melihat Afiq yang ingin masuk. "Okay dah boleh pusing"
"Kaki Mimi dah okay sikit?" Afiq duduk di tepi kaki Mimi di atas katil.
"Boleh lah. Abang tak berniaga ke hari ni?"
"Tak. Mak abang balik kampung, so kedai tutup lah. Mimi dah makan belum?"
"Belum. Orang tak ada selera lah" Mimi bersandar pada kepala katil.
Afiq keluar dari bilik Mimi lalu menuju ke dapur.
"Kak Ida, Mimi dah makan tengah hari belum?" Afiq bertanya pada ibu Mimi.
"Makan tengah hari apa nya. Sarapan pun dia tak nak makan. Tu kat meja makan sana dulangnya"
"Afiq bagi Mimi makan eh kak?"
"Bagus lah. Pergilah bagi dia makan"
Afiq mengambil dulang yang tersedia makanan untuk Mimi lalu membawanya ke bilik Mimi.
"Ni abang bawak kan makanan. Mimi kena makan. Nanti sakit perut. Ibu kata Mimi sarapan pun tak nak makan" Afiq meletakkan dulang tersebut di atas meja lampu.
Afiq mengambil pinggan yang berisi nasi dan lauk lalu duduk di tepi Mimi di atas katil.
Afiq ingin menyuap Mimi makan. "Abang, bagi orang makan sendiri lah. Orang sakit kaki bukan sakit tangan"
"No. Kalau abang bagi Mimi makan sendiri, nanti dua suap je Mimi makan"
Afiq menyuap Mimi makan sampai makanan di dalam pinggan itu habis.
"Haa macam ni lah abang nak. Kalau Mimi tak makan, bertambah lagi satu penyakit"
"Abang.. thanks sangat sangat pasal semalam. Mesti sakit tangan abang angkat orang"
"Eh, tak ada nya lah. Mimi kurus kering dah macam cicak, tak kan berat kut"
"Eee kejam nya abang sama kan orang dengan cicak"
"Hahaha comel lah Mimi ni" Afiq meletakkan pinggan kotor di dapur.
"Aik, habis dia makan?" Tanya ibu apabila melihat pinggan itu kosong.
"Ha ah, Afiq suap dia makan" Afiq keluar dari dapur.
Afiq masuk semula ke dalam bilik Mimi.
"Rumah abang tak ada orang lah sekarang ni?" Mimi bertanya kepada Afiq yang baru duduk di tepinya.
"Ha ah. Kosong. Mimi nak apa apa lagi ke?"
"Tak. Orang just boring. Orang nak duduk kat ruang tamu tapi ibu tak bagi"
"Memang lah. Kaki Mimi belum sembuh. Abang Mimi, Aidil bila balik?"
"Entah lah. Orang pun tak tahu. Bila orang call dia, dia kata busy busy busy. Malas dah nak call. Abang nampak ayah tak?"
"Ayah Mimi keluar. Dia kata ada hal"
"Ohh. Abang, sorry tau"
"Dah kenapa pulak?" Afiq berasa pelik dengan sikap Mimi.
"Ya lah. Sebelum ni orang selalu cakap kasar dengan abang"
"Alah. No hal lah. Abang kenal Mimi. Mimi memang tak suka ada orang kacau Mimi. Tapi abang suka kacau Mimi"
"Hehehe. Tak apa lah. Sekarang baru orang hargai abang selalu kacau orang"
"Maksudnya?"
"orang baru sedar bertapa pentingnya abang datang rumah orang kacau orang hari hari. Sunyi, serius sunyi kalau abang tak ada. Macam tadi"
Afiq tersenyum. "Okay Mimi abang ada hal lah. Abang balik dulu eh?"
Mimi mengangguk. "Thanks for everything"
"Mimi malam nanti makan. Kalau tak makan, abang datang suap kan Mimi lagi"
"Okay bos!" Mimi tabik pada Afiq.
Pada waktu makan malam.
"Mimi makan eh?" Ibu meletakkan dulang yang berisi nasi dan lauk di meja lampu.
"Tak nak lah ibu. Mimi tak ada selera lah"
Ibu keluar dari bilik.
"Kak Ida, dia makan?" Tanya Afiq kepada ibu semasa sedang berborak dengan ayah Mimi.
Ibu menggeleng.
Afiq tersenyum. "Abang, saya tengok Mimi sekejap" Afiq berkata kepada ayah Mimi lalu dia masuk ke dalam bilik Mimi.
"Abang! Jap! Orang pakai tudung dulu!" Mimi terkejut apabila melihat Afiq masuk ke dalam biliknya tiba tiba.
"Eh sorry! Sorry!" Kata Afiq.
"It's okay. Dah boleh pusing balik" Mimi membetulkan tudungnya.
"Mimi, kenapa tak makan?" Afiq mengambil sudu lalu menyuakan sudu itu ke mulut Mimi.
"Orang tak rasa nak makan lah abang"
"No. Rasa ke tak rasa nak makan ke, mesti makan on time" Afiq menyuap Mimi makan.
"Dah lah. Biar orang makan sendiri"
"Tak boleh. Tadi siang abang dah cakap kan? Kalau Mimi tak nak makan abang datang sini suapkan Mimi makan"
Vote and comment di alu alukan. ;-)
YOU ARE READING
My Crush!
RandomAfiq ialah jiran kepada Mimi. Pada mulanya Mimi sangat benci dengan Afiq. Tapi lama kelamaan timbul rasa sayang. Silalah baca My Crush! Untuk ketahui kesudahannya.