7

158 11 0
                                    

Mimi tidak mampu menahan perasaan rindunya terhadap Afiq.

'Abang ni tak nak call orang ke? Kenapa abang tak balik? Dah sebulan. Orang pun dah habis exam. Mana abang pergi?' Mimi berkata kata di dalam hati sambil termenung mencari motor Afiq.

'Kalau abang ada pun, motor abang mesti ada. Rumah abang, kunci. Mana abang pergi ni?' Mimi menggoncang goncang kan phone nya.

"Woi! Haa buat apa tu? Termenung? Tak sayang phone ke? Kalau tercampak phone tu.. free free je" Aidil menyergah Mimi dari belakang.

"Phone kakak tu dah macam macam permukaan dia rasa" sambung Aqil.

"Kau diam lah!" Mimi masuk ke dalam biliknya. Diikuti oleh Aidil.

Aidil duduk di birai katil milik Mimi.

"Mimi, Mimi ada masalah ke? Kenapa Mimi jadi macam ni? Risau tau tak abang tengok Mimi macam ni?" Aidil memulakan bicara.

"Jadi macam mana? Apa yang abang nak risaukan? Orang rasa orang okay je. Tak ada apa apa masalah pun"

"Mimi ingat abang tak tau? Yang Mimi makan tak lalu. Tak tidur, Mimi duduk kat ruang tamu tu malam malam dok tenung phone tu. Muka tu, dah macam mayat hidup. Nak kata Mimi stress study, tak. Exam dah habis pun. Seminggu yang lalu pulak tu, exam habis" Aidil membebel.

Mimi tersentak mendengar penjelasan daripada Aidil.

"Hermm abang, orang pun tak tau pasal apa orang jadi macam ni" Mimi dah tak ada idea nak bagi alasan.

"Abang dah cakap. Ada masalah luah kan. Jangan pendam" kata Aidil.

Mimi menggelengkan kepalanya.

Aidil keluar semula dari bilik Mimi.

Mimi mencapai diari nya. Dia mengisi diarinya mengikut tarikh hari ini.

Mimi mencerita kan segala yang ada di dalam hati nya dan apa yang berlaku pada hari ini.

Setiap perenggan yang dia tulis ada perkataan rindu. Ya dia rindu akan Afiq.

Manusia yang telah menghilangkan diri tanpa berita.

Mimi menutup semula diarinya setelah menulis apa yang dirangkanya di dalam otak.

Mimi membaringkan tubuhnya. Air matanya mengalir. Lama kelamaan dia terlelap.

Mimi bermimpi.

Di dalam mimpi nya Afiq sedang bergelak ketawa dengan seseorang. Namun makin lama makin jauh jarak antaranya dengan Afiq.

Mimpi itu, mimpi yang sama berulang kali datang. Mimpi itu sering menggangu tidurnya.

"Jangan tinggalkan orang! Jangan!" Kali ini Mimi rasa seperti susah untuk sedar dari mimpinya.

"Mimi! Mimi!" Seseorang menjerit namanya.

Mimi terjaga.

"Abang!" Mimi terkejut melihat gerangan orang yang berada di sebelahnya.

Tanpa sengaja Mimi memeluk orang yang berada di sebelahnya.

"Abang Afiq!" Mimi menangis.

"Mimi, Mimi kenapa ni?" Afiq memegang dahi Mimi.

"Mimi demam panas ni. Nah Mimi pakai tudung ni. Kita pergi klinik" Afiq segera mencapai tudung Mimi lalu menyerahkan tudung itu kepada Mimi.

Mimi rasa sangat tak larat.

Afiq keluar memberitahu ayah Mimi dan Aidil yang berada di ruang tamu.

Aidil segera mendukung badan Mimi dan meletakkan Mimi di tempat duduk belakang.

Aidil meletakkan kepala Mimi di bahunya. Muka Mimi kelihatan sangat pucat.

Semasa Mimi sedang di rawat di bilik rawatan, Ayah, Aidil dan Afiq duduk di tempat menunggu.

"Mimi mesti dah lama tak makan kan?" Afiq bertanya kepada Aidil yang sedang termenung.

Aidil mengangguk. "Kalau dia makan pun, dia kata makanan tu tawar lah, pahit lah"

"Hermm, kenapalah dia boleh jadi sampai macam tu? aku tengok dia dah macam zombi. Dia baru demam ke apa?"

"Ha ah, tadi pagi dia okay je. Entah macam mana, tiba tiba demam"

"Huh!" Afiq mengeluh. Risau dia melihat keadaan Mimi. Memandangkan dia anak tunggal, dia tidak ada adik beradik, jadi dia menumpahkan seluruh kasih sayangnya kepada Mimi selain daripada ibunya.

"Kau pergi mana? Nak dekat sebulan aku tak nampak motor kau" kata Aidil setelah terdiam seketika.

"Aku pergi Sabah. Motor kawan aku pinjam" jawab Afiq tanpa memberitahu apa yang dia lakukan di sabah.

Aidil hanya mengangguk.

Vote and comment dialu-alukan.

My Crush!Where stories live. Discover now