12

218 15 0
                                    

"Ibu, orang gerak dulu" Mimi bersalaman dengan ibunya.

Mimi keluar dengan Afiq dan isterinya Shila.

"Mimi study dekat Korea berapa tahun?" Afiq bertanya kepada Mimi yang sedang membelek beg tarik yang ingin di belinya.

"Tiga tahun je" jawab Mimi.

Dah lima bulan Afiq kahwin tapi Mimi masih berasa sedih atas kebodohannya sendiri.

Mimi nak sangat rasa macam dulu. Kalau nak keluar dengan Afiq mesti berdua duaan tapi sekarang tak, Shila mesti akan ikut.

Shila memaut lengan Afiq.

"Mimi cari yang betul betul sesuai untuk nak letak baju baju Mimi nanti" kata Shila.

Mimi mengangguk.

Mereka sekarang menuju ke kedai baju.

Shila membantu Mimi memilih baju. Afiq pula hanya menjadi pemerhati.

Dalam masa terdekat ini Afiq selalu merasakan seperti ada sesuatu akan berlaku. Hatinya rasa takut dan risau.

Begitu juga dengan Mimi. Mimi juga dapat merasakan perkara yang sama.

Mimi termenung melihat Afiq. Hatinya rasa sangat rindu dengan Afiq. Dia rasa ingin memeluk Afiq saat itu juga. Sedangkan dia kini berada dengan Afiq.

"Mimi? Mimi okay?" Shila memegang bahu Mimi yang sedang merenung suaminya.

"Err, ermm orang okay" Mimi tergagap gagap.

"Kalau macam tu, jom lah. Akak rasa baju ni dah cukup untuk Mimi. Kita tinggal nak cari tudung" Shila memegang tangan Mimi.

'Kenapa muka Mimi dengan Afiq sayu semacam? Diorang ada masalah ke?' Kata Shila di dalam hati.

"Hermm" Mimi dan Shila berjalan beriringan mendekati Afiq yang sedang duduk di bangku yang berhadapan dengan kedai baju tersebut.

"Dah? Mimi pun sama macam kak Shila. Bila pilih baju, sampai berjam jam" Afiq memeluk bahu Mimi.

"Ish abang ni. Lagi lagi peluk bahu orang. Buat orang macam budak budak. Sanalah! Pergi peluk pinggang kak Shila tu lagi bagus" Mimi menolak tangan Afiq.

Shila hanya tersenyum melihat gelagat Afiq dan Mimi.

"Korang ni dah macam adik beradik akak tengok" kata Shila apabila melihat gelagat Mimi mengelak daripada hidungnya di tarik oleh Afiq.

"Akak! Tengok laki akak ni! Haduh! Penatlah!" Mimi menyorok di belakang Shila setelah kepenatan.

Habis sahaja mereka shopping barang barang Mimi mereka menuju ke gerai mamak berdekatan untuk minum petang.

"Alah abang, vitamin orang tertinggal dalam beg. Beg ada kat dalam kereta" kata Mimi. Doktor memberi vitamin khas untuk Mimi kerana badannya terlalu kecil oleh sebab kekurangan vitamin.

"vitamin tu kena makan masa tengah minum petang kan. Tak apa lah, abang pergi ambil sekejap. Mimi tunggu sini" Afiq bangun ingin menuju ke kereta.

"Shila nak ikut" Shila turut bangun mengikut Afiq.

Afiq dan Shila melintas sambil berborak. Tanpa mereka perasan ada lori datang mendekati mereka.

Dengan sepantas kilat Mimi berlari mendekati mereka lalu menolak mereka ke tepi.

"Bang!" Mimi tercampak jauh tiga meter dari lori yang melanggarnya.

"Mimi!" Afiq dan Shila berlari mendapatkan Mimi.

Afiq meletakkan kepala Mimi di atas pehanya.

"Mimi, Mimi tahan eh? Abang call ambulans" Afiq menangis melihat keadaan Mimi berlumuran darah.

Mimi menggeleng sambil tersenyum. Mimi memegang pipi Afiq.

"Abang.. orang sayang sangat abang. Abang jangan nangis sebab orang. Insya Allah nanti kita jumpa kat syurga" kata Mimi sambil mengelap air mata Afiq.

Shila call ambulans.

"Mimi jangan cakap macam ni. Mimi tak boleh tinggalkan abang!" Afiq memeluk kepala Mimi.

"Abang simpankan diari orang yang ada kat bawah bantal. Mimi benarkan abang sorang je yang baca" Mimi berhenti seketika untuk menarik nafas yang terasa sesak.

"Kak Shila.. tolong jaga abang. Orang percaya akak. Orang sayang abang sangat sangat. Jangan bagi dia sedih walau sesaat" kata Mimi kepada Shila yang sedang menangis teresak esak.

"Abang, kirim salam dekat family orang. Cakap kat diorang orang sayang diorang. Nanti kita jumpa kat Syurga. Orang sayang abang tau. Abang jangan nangis" pesanan terakhir Mimi sebelum matanya tertutup rapat.

Sampai sahaja di hospital Mimi di sahkan telah meninggal dunia.

"Ya Allah, Mimi kenapa tinggalkan abang?!" Afiq menangis sambil memeluk jenazah Mimi.

Semua ahli keluarga Mimi sudah seperti orang hilang hala tuju.

Vote and comment dialu-alukan.

My Crush!Where stories live. Discover now