'Mana abang ni? Abang! Orang rindu abang tau tak?!' Mimi termenung di tingkap.
Mata Mimi tercari cari kelibat motor Afiq di tempat parking.
'Motor abang tak ada dah seminggu. Mana abang pergi? Orang risau kan abang lah!' Kata Mimi di dalam hati.
Mimi masuk ke dalam biliknya.
Mimi teringat kenangannya apabila di usik oleh Afiq. Rindu sungguh rasa nya bila dah seminggu Afiq tidak menunjukkan batang hidungnya.
Tiba tiba air mata Mimi menitik. Tiada punca air matanya mengalir. Atau mungkin kerana perasaan rindunya yang mendalam terhadap Afiq.
Aidil membuka pintu biliknya secara tiba tiba.
"Eh abang Aidil" Mimi mengelap air matanya.
"Mimi menangis? Mimi ada masalah Mimi cerita lah kat abang" Aidil duduk di birai katil Mimi.
"Eh mana ada Mimi menangis. Mata Mimi ni ha.. masuk habuk. Haa masuk habuk, tu yang berair sikit tu" Mimi menafikan.
'Gila aku nak bagi tau kau yang aku sedih sebab rindu jiran sendiri' kata Mimi di dalam hati.
"No. Jangan nak tipu abang eh. Abang tau Mimi menangis. Kalau tak takkan hidung sekali boleh merah. Mimi tu putih, menangis sikit hidung merah dah macam terantuk" Aidil membebel.
"Haa betul lah abang cakap tu. Hidung orang terantuk sebenarnya. Orang kemas kemas tadi lepastu mata orang masuk habuk, mata orang pedih so tak boleh buka, orang jalan nak keluar bilik nak pergi cuci mata, orang terantuk. Haa macam tu lah ceritanya.." Mimi mereka cerita.
'Haa! Abang Aidil sorry. Aku takkan cerita benda sebenar so aku terpaksa tipu' Mimi berkata di dalam hati.
"Hermm apa apa lah. Macam ni lah adik abang bila dah besar. Dah tak nak cerita masalah kat abang lagi.." Aidil buat buat merajuk lalu keluar dari biliknya.
'Hah, lantak lah nak merajuk ke apa ke. Ada aku kesah. Tak kan aku nak cakap yang aku menangis sebab jiran sebelah rumah dah lama tak mewujudkan diri' Mimi membebel di dalam hati.
Mimi berbaring di atas katil sambil mengingati segala perkara yang Afiq selalu buat dekat dirinya. Bergurau, usik mengusik, menggila. Mimi sungguh rindu akan semua perkara tersebut.
"Abang.. Mimi rindu abang.." suara Mimi perlahan sangat sehingga hanya dirinya sahaja yang boleh dengar. Mimi berkata dengan sebak.
'Kenapa perasaan macam ni boleh wujud? Kenapa? Kenapa? Memang sebelum ni aku suka kat dia tapi tak pernah pula sampai aku rasa kehilangan sangat sangat sampai macam ni' Mimi berkata di dalam hati.
Mimi terlelap setelah keletihan akibat menangis.
Beberapa jam kemudian ibu Mimi mengejutkannya untuk makan malam.
"Mimi kenapa mata bengkak ni?" Ibu Mimi risau.
"Err tadi mata orang masuk habuk. Bengkak sebab tu agaknya" Mimi menipu lagi sekali.
"hah ye lah. Dah jom makan"
"Tak apa lah ibu. Orang tak rasa nak makan lah. Ibu makan je lah dulu. Nanti kalau orang lapar orang makan"
"Tadi tengah hari Mimi tak makan. Malam Mimi makan lah. Nanti Mimi sakit perut" ibu berusaha memujuk Mimi.
Mimi menggelengkan kepalanya. Dia memusingkan badannya membelakangi ibunya.
Ibu keluar dari bilik Mimi. Dia tahu, paksa macam mana pun Mimi makan dia tak kan makan. Cuma bila dengan Afiq sahaja kalau di paksa dia akan makan.
Mimi kalau boleh dia tak nak bangun tidur selama lima hari. Lepas lima hari tu dia nak bangun semula untuk ambil exam matematik tambahan.
'Ya Allah bantu lah hamba mu ini untuk menghilangkan rasa rindu ini. Seksa jiwa ku ya Allah. Aku mohon jangan lah Engkau lebihkan rasa rindu ku terhadapnya lebih berbanding terhadap Mu' Mimi berdoa di dalam hati sebelum dia terlelap semula.
Mimi bermimpi.
Di dalam mimpi nya Afiq sedang bergelak ketawa dengan seseorang. Namun makin lama makin jauh jarak antaranya dengan Afiq.
Mimi terjaga dari tidurnya.
"Astaghfirullahhalazim. Mimpi" Mimi menyusap mukanya yang berpeluh.
Mimi bangun lalu solat isya'. Dia baru teringat yang dia masih belum solat isya'. Jam menunjukkan sudah pukul 11 malam.
"Ya Allah. Aku mohon kepada Mu jelaskan lah pada ku apa maksud mimpi yang Engkau berikan tadi. Kau kurang kan lah perasaan yang membelenggu hati ku ini" Mimi berdoa di dalam solatnya.
Vote and comment dialu-alukan.
YOU ARE READING
My Crush!
RandomAfiq ialah jiran kepada Mimi. Pada mulanya Mimi sangat benci dengan Afiq. Tapi lama kelamaan timbul rasa sayang. Silalah baca My Crush! Untuk ketahui kesudahannya.