Afiq duduk di kerusi di tepi katil hospital yang Mimi sedang terbaring.
"Kenapa Mimi jadi macam ni? Mimi tau tak abang risau sangat tengok Mimi?" Afiq mengusap dahi Mimi.
Mimi tersedar dari pengsan nya. "Abang?"
"Mimi, Mimi okay? Ada sakit mana mana? Nak abang panggil doktor?" Afiq mengalihkan tangan nya dari dahi Mimi.
Mimi menggeleng. Air matanya bertakung. Dia mengereng membelakangi Afiq.
'Abang.. orang rindu sangat sangat sangat dekat abang.. hanya Allah je tahu bertapa sunyi nya hidup orang tanpa abang' Air mata Mimi mengalir deras.
"Mimi, jangan lah menghadap sana. Pusing lah sini. Abang rindu nak tengok Mimi" Afiq memegang bahu Mimi.
Mimi mengelap air matanya lalu menghadap muka Afiq semula.
"Abang pergi mana? Kenapa dah lama tak lepak dengan orang?" Mimi memandang mata Afiq.
'Ya Allah, sungguh aku rindu dengan mata dia' Kata Mimi di dalam hati.
"Abang pergi Sabah. Mimi kenapa boleh jadi sampai macam ni? Pucat, dah macam mayat. Aidil kata Mimi dah lama tak makan dengan tidur. Mimi ada masalah ke?"
Mimi menggeleng. Mimi memegang kepalanya.
'Huh! Nasib baik bertudung' kata Mimi di dalam hati.
"Mimi makan eh?" Afiq mencapai mangkuk bubur dan sudu.
Mereka boleh berborak sesuka hati kerana Mimi duduk di bilik VIP.
Mimi menggeleng, dia mengalihkan pandangannya ke tingkap.
Afiq menggeleng melihat Mimi. "Mimi jangan lah macam ni. Mimi makan lah sikit. Abang sedih tengok Mimi kurus sampai nampak tulang macam ni"
'Kenapa abang nak kisah sangat pasal orang?' Mimi tertanya tanya di dalam hati.
Mimi memandang muka Afiq. Dia hanya makan sahaja bubur yang di suap oleh Afiq.
"Mana yang lain?" Mimi bertanya apabila dia baru perasan hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam bilik.
"Diorang semula balik. Aidil esok ada interview jadi cikgu. Ayah dengan yang lain semua abang suruh diorang balik. Abang nak jaga Mimi"
Mimi mengangguk. "Thanks"
Afiq tersenyum.
"Bila abang sampai KL?"
"Tadi petang masa Mimi mimpi. Haa Mimi mimpi apa sebenarnya? Takut pulak abang tengok Mimi sampai macam tu"
"Ohh, tak ada apa lah. Mainan tidur je" Mimi tidak mahu menceritkan tentang mimpinya. Dia tidak mahu Afiq risau.
Mimi merenung tangannya yang di cucuk untuk masuk air.
"Hurmm sampai bila lah orang kena duduk dalam ni?"
"Sampai Mimi betul betul sihat"
Mimi memandang muka Afiq.
"Abang mesti penatkan? Abang rehat lah"
"Eh, tak ada lah. Tak apa. Abang tak kan tidur selagi Mimi tak tidur"
Mimi tersenyum. Tenang sedikit hati nya apabila dapat melihat muka Afiq.
Kadang Mimi terasa bodoh kerana suka pada jiran sendiri. Lebih lebih lagi orang tu semestinya lebih tua darinya dan dia pun baru habis sekolah.
"Abang.. orang rindu nenek lah" tiba tiba Mimi teringat akan neneknya yang sedang terlantar di rumahnya kerana lumpuh. Mimi lah orang yang paling rapat dengan neneknya.
"Haa tu lah, kena makan banyak banyak. Supaya cepat sihat. Bila dah sihat, Mimi boleh balik. Boleh jumpa nenek. Nenek pun mesti risau bila dapat tahu Mimi masuk hospital"
"Abang ni.. saja tau nak buat orang rasa bersalah" Mimi mengalihkan pandangannya memandang tingkap.
Lama kelamaan Mimi terlelap.
Afiq meletakkan kepalanya di atas bantal dan di sebelah kepala Mimi. Dia turut terlelap.
Mimi bermimpi lagi, mimpi yang sama. Mimpi yang sering menghantuinya.
"Tolonglah! Tolong jangan tinggalkan orang! Orang sayang abang sangat sangat!" Mimi masih di dalam mimpi.
Afiq terjaga tetapi tidak terus mengejutkan Mimi. Dia ingin mendengar kata kata Mimi yang seterusnya.
Tetapi hanya ayat yang sama Mimi sebut.
Afiq segera mengejutkan Mimi.
"Mimi! Mimi! Hey! Hey! Ni abang lah! Astaghfirullahalazim!" Afiq menepuk nepuk lembut pipi Mimi.
Mimi tersedar. Mimi memeluk Afiq sambil menangis. 'Abang.. orang tak nak abang tinggalkan orang lagi..' kata Mimi di dalam hati.
"Mimi okay tak?" Afiq menghulurkan segelas air kepada Mimi.
Mimi meminum sedikit air tersebut. Mimi mengangguk. "Abang.. jangan tinggalkan orang.. orang sayang abang.." kata Mimi. Air matanya bertakung.
"Shuut.. dah dah jangan cakap macam tu. Abang ada kat sini. Abang tak kan tinggalkan Mimi. Abang akan sentiasa ada dengan Mimi" Afiq mengesat air mata Mimi dengan tisu. Sayu hatinya melihat Mimi sebegitu rupa.
Vote and comment dialu-alukan
YOU ARE READING
My Crush!
AcakAfiq ialah jiran kepada Mimi. Pada mulanya Mimi sangat benci dengan Afiq. Tapi lama kelamaan timbul rasa sayang. Silalah baca My Crush! Untuk ketahui kesudahannya.