11

175 12 0
                                    

Mimi membawa pinggannya duduk di hadapan tv.

Afiq turut mengikuti Mimi.

"Cantik tak bakal wife abang?" Afiq bertanya kepada Mimi.

Mimi senyum buat buat. "Cantik, sesuai dengan abang. Lemah lembut, baik pula tu. Abang tak pernah cerita pun dekat orang yang abang dah nak kahwin"

"Hehehe abang nak buat surprise"

'Surprise sangat. Surprise sampai aku rasa macam nak bunuh diri. Ya Allah sakitnya lah hati aku ini' Mimi berkata di dalam hati.

"Bila tarikhnya abang?" Mimi bertanya kepada Afiq setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Dua minggu lagi. Hari sabtu. 8 disember" jawab Afiq dengan gembira.

Mimi mengangguk.

Selesai makan Mimi masuk ke dalam bilik. Dia mengunci pintu. Dia tiada mood untuk berborak dengan Afiq.

Mimi membuka tudung nya.
Mimi menangis apabila mengingati kenangan nya bersama dengan Afiq.

'Tak sampai setahun aku simpan dia dalam hati. Kenapa aku mesti lepaskan dia dalam masa terdekat. Ya Allah sungguh aku tak kuat nak hadapi semua ini' Mimi mengesat air matanya.

Mimi mengambil diari nya. Dia mengisi diari itu dengan isi hatinya setiap hari setelah dia mula kenal dengan Afiq. Kebanyakan diari itu penuh tentang Afiq.

'Abang.. orang sayang abang sangat sangat.. orang tak sanggup nak lepaskan abang.. tapi orang juga tak boleh nak suka dekat abang lagi sebab abang dah nak jadi imam orang' air mata Mimi mengalir dengan bergitu laju.

Mimi membaringkan badannya. Lama kelamaan matanya terlelap.

Keesokannya Mimi bangun seperti biasa.

Hari kedua Mimi berniaga dengan Afiq.

Hari ini adalah hari yang paling memenatkan. Ramai pelanggan datang nak beli sarapan berbanding dengan hari pertama.

'Huh! Letihnya' baru kini Mimi dapat duduk.

Lenguh tangannya membungkus makanan.

"Mimi jomlah kemas. Makanan pun dah habis" Afiq berjalan mendekati Mimi.

Mimi bangun lalu mengemas apa yang patut.

Afiq baru sahaja ingin mengunci pintu. Ada orang memberi salam.

"Assalamualikum!"

"Waalaikummusalam!" Mimi dan Afiq serentak lalu menolehkan kepala ke belakang.

"Eh, Shila. Shila datang lambat lah hari ni. Makanan dah habis" kata Afiq dengan gembira.

Mimi mengalihkan pandangannya dari Shila dan Afiq lalu dengan pantas mengunci kedai.

"Shila datang nak ajak Afiq keluar. Abang Shila suruh ambil baju dekat butik. Kita lunch sekali lah" Shila sebenarnya anak yatim piatu sejak kecil lagi. Jadi semuanya abangnya yang menguruskan.

"Mimi ikut sekali eh?" Sambung Shila lagi.

"No, Thanks. Orang nak balik. Letih" Mimi menolak.

'Daripada aku menyakitkan hati and mata aku sendiri. Better aku balik' kata Mimi di dalam hati.

"Abang.. orang balik dulu lah. Assalamualaikum bye. Bye kak Shila"

Mimi berjalan kaki meninggalkan mereka berdua.

"Mimi! Kakak hantarkan nak?!" Shila terpaksa meninggikan suaranya kerana Mimi telah berjalan agak jauh.

"Tak nak! Orang nak jalan kaki! Lagi pun dekat je!" jawab Mimi.

Shila mengangguk.

Mimi menangis tak berbunyi sepanjang berjalan kaki sampai ke rumahnya.

"Mana Afiq, Mimi?" Ayah bertanya kepada Mimi yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

"Dia keluar dengan kak Shila. Okay lah ayah, orang nak rehat lah. Letih" Mimi masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu.

'Ya Allah kenapalah hati ni pedih sangat bila nampak diorang bersama? Sakit Ya Allah, Kau hapuskan lah rasa ini Ya Allah'

Mimi duduk di birai katilnya.

Mimi mengisi diarinya. Lalu diarinya di simpan di bawah bantal.

"Aku harap sangat sangat esok dia tak datang lagi. Boringlah jalan kaki sorang sorang" Mimi membaringkan badannya.

"Wah! Sedapnya dapat baring!" Mimi menutup mata.

Mimi menyanyikan lagu tetap diri mu.

Di saat malam mulai turun
Perlahan-lahan gelap
Menyelimuti bumi
Menyelubungi dunia
Meruntuhi angkasa

Terlihat dari kejauhan
Titik putih di langit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa

Di antara berjuta-juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Di antara berjuta-juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang

Di antara berjuta-juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Di antara berjuta-juta orang
Di hatiku tetap dirimu sayang

Terlihat dari kejauhan
Titik putih di langit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa

Di antara berjuta-juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Di antara berjuta-juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang

Di antara berjuta-juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Di antara berjuta-juta orang
Di hatiku tetap dirimu sayang

Tungguku terbang bersama angin
Masuki mimpi dalam tidur lelapku
Aku tenggelam sulit terpejam
Membayangkan wajahmu

Di antara berjuta-juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Di antara berjuta-juta orang
Hanya kamu
Hanya kamu
Hanya kamu

Air mata Mimi mengalir.

Vote and comment dialu-alukan.

My Crush!Where stories live. Discover now