Mimi menukar kasut sebelum mula main bowling.
"Kita tengok hari ini siapa yang belanja makan kejap lagi" kata Afiq dengan berlagak.
"Oh berlagak eh! Okay kita tengok, kita tengok" balas Mimi.
"Mana yang lain ni? Nak kata gi dating tak kan lah sebab ada Aqil sekali" kata Mimi apabila sudah mulai boring.
"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to our princess, happy birthday to you!" Suara beberapa orang yang keluar dari tepi locker.
Mimi melihat gerangan orang yang menyanyi lagu itu.
"Abang, ibu, ayah, adik?" Mimi terkejut.
"Abang.." kata Mimi lagi. Mimi ingin menangis. Bertapa rindunya dia dengan abangnya seorang itu.
Afiq duduk di sebelah Mimi yang sedang terkaku. Dia memeluk bahu Mimi.
"Happy birthday makwe. Semoga cepat besar and bertambah cantik and cute sayang" kata Afiq dengan nada berguraunya tapi ada keikhlasan.
"Eee, tolong lah. Thanks" Afiq mengangguk.
Mimi berjalan mendekati abangnya.
"Mimi.." Aidil menyebut nama adiknya yang telah bertahun tahun tidak bertemu oleh kerana dia belajar di luar negara. Aidil memberi kek yang di pegang olehnya kepada ibu.
"Abang" Mimi memeluk abangnya. Dia mengangis di dalam pelukan abangnya.
"Mimi, abang rindu sangat dekat Mimi" kata Aidil.
"Hiks hiks hiks! Benci abang! Abang memang saja nak buat orang nangis kan?! Abang tau tak orang rindu sangat sangat sangat kat abang. Nasib baik ada abang Afiq. Dia lah yang mengisi masa terluang Mimi. Abang lah! Orang call jawabnya busy busy busy!" Mimi memukul mukul dada Aidil.
Aidil mengeratkan lagi pelukannya. Aidil menggosok gosok belakang adiknya.
Afiq hanya melihat dari jauh sahaja. Terharu melihat keluarga bahagia itu.
"Sorry, abang memang betul betul busy. Dah jangan nangis. Lepas ni dah tak ada perkataan busy lagi. Abang dah habis study pun. Jom kita makan kek eh?" Aidil melepaskan pelukan.
Mimi tersenyum.
Mereka semua berjalan mendekati Afiq.
"Abang Afiq.. abang Aidil dah balik. Tapi abang jangan lah jarang datang rumah orang. Abang pun dah macam abang orang sendiri" Mimi merenung muka Afiq.
'Ya Allah. Hensem semacam pulak mamat ni. Aku harap sangat hubungan aku dengan dia tak kan renggang sebab abang aku dah balik. Aku harap hubungan kami semakin rapat' Mimi berdoa di dalam hati. Dia betul betul dah jatuh suka kat Afiq.
Mereka semua makan kek dahulu sebelum mula main bowling.
"Wow! Gempak lah Mimi! Makin hebat adik abang ni!" Aidil bertepuk tangan dengan Mimi apabila adiknya strike.
"Abang Aidil ni group dengan siapa sebenarnya ni?" Mimi menaikkan keningnya sebelah.
"Entah kau ni Aidil" Afiq menepuk bahu Aidil.
"Er.. hahaha. Entah lah" jawab Aidil.
Mereka semua tergelak.
"Yeah!" Mimi menjerit apabila point nya yang paling tinggi.
"Haih! Tak padan kecik tapi dia main, perghh memang gempak gila" kata Afiq.
"Hahaha. Itu lah kelebihan orang. Yang pasti abang kalah!" Mimi menunjukkan ibu jarinya dalam keadaan terbalik.
"Hermm memandang kan abang kalah. So jom kita pergi TS, makan kat sana. Vivo" kata Afiq lalu memulangkan semula kasut yang di sewanya.
"Hohoho! Abang belanja kitorang makan" Mimi tersenyum.
"Haih, adik abang ni. Dari lima tahun dulu abang tinggalkan, sampai sekarang perangai tak berubah" Aidil menggosok kepalanya.
"Hehehe" Mimi tersengih.
"Makwe nak makan apa?" Afiq berjalan beriringan dengan Mimi begitu juga dengan Aidil.
"Ermm.. orang nak makan vivo salad" kata Mimi dengan bersemangat.
"Cuba lah makan makanan berat sikit. Macam mana nak membesar kalau makan makanan macam tu je" Afiq menggosok kepalanya yang berbalut tudung.
"Hehehe. Orang tak lapar lah"
Selesai sahaja makan mereka pulang.
"Thank you so much for everything abang. Yang pasal nak buka kedai tu kita bincang lain kali" kata Mimi sebelum masuk ke dalam rumah.
Afiq hanya tersenyum. Dia rasa sangat bersyukur apabila berjaya mengembalikan Mimi yang lama. Mimi yang selalu tersenyum.
Vote and comment dialu-alukan.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Crush!
DiversosAfiq ialah jiran kepada Mimi. Pada mulanya Mimi sangat benci dengan Afiq. Tapi lama kelamaan timbul rasa sayang. Silalah baca My Crush! Untuk ketahui kesudahannya.