Tepat pukul 4 pagi Mimi berjalan kaki menuju ke kedai Afiq.
"Hai, morning!" Mimi menegur Afiq yang sedang cuci ayam.
"Morning, awal sampai" Afiq membalas.
"Ha ah, orang tak boleh tidur. Lagi pun, kan semalam abang cakap pukul 4 abang dah ada kat kedai" Mimi mengopek kerang yang dah di rebus.
"Huaaah" Afiq menguap.
"Huish dah lama tak bangun pagi macam ni. Ngantuk nya lain macam" Afiq menggeleng gelengkan kepalanya.
"Hahaha biasalah"
Setelah selesai masak, Mimi menyusun lauk di meja.
"Assalamualikum, Wah, Afiq lama kau tak buka kedai. Kata Mak Ani balik kampung?" Seorang pelanggan datang.
"Mak Ani memang balik kampung. Ni haa bakal menantu dia masak" Afiq bergurau.
Mimi menjeling. 'Hoi hoi! Jangan ngaku ngaku. Kalau betul betul jadi.. haa, abang nak ke?' Kata Mimi di dalam hati.
"Cantik bakal wife kau. Umur berapa?" Pelanggan itu bertanya kepada Mimi.
"Eh, saya bukan bakal wife dia. Saya jiran dia. Umur saya 17 tahun" jawab Mimi sambil membetulkan kedudukan bekas lauk.
"Lah, kau ni Afiq. Mati matian aku percaya dia bakal wife kau" pelanggan itu mencapakkan topinya ke arah Afiq.
"Hahaha, lembab lah kau ni" Afiq mencampak kan semula topi itu.
"Dah lah. Aku nak nasi lemak dengan milo panas, bungkus"
Afiq baru sahaja ingin mencapai kertas untuk membungkus nasi lemak Mimi terlebih dahulu mencapai.
"Abang ajar orang macam mana nak bungkus ni" Mimi berkata kepada Afiq.
"Okay" Afiq mengajar Mimi membungkus nasi lemak lalu Afiq menuju ke tempat bancuh air.
Pelanggan itu pergi setelah membayar pesanannya.
"Awalnya dah ada orang beli" kata Mimi lalu duduk pada bangku yang di sediakan.
"Ha ah, sebab tu abang buka kedai pukul 5.30"
Seorang lagi pelanggan datang.
'Macam kenal lah budak ni?' Kata Mimi di dalam hati.
"Mimi budak tu bukan ke yang minta couple dengan Mimi"
"Haaa! Orang dah ingat. Ha ah. Dia memang pelanggan tetap abang ke?" Mimi berdiri untuk membuat apa yang patut.
Afiq mengangguk sahaja kerana Rashid telah sampai.
"Hai, dik. Awal datang kedai" Afiq menegur Rashid.
"Ha ah, abah saya nak pergi pasar cepat sikit hari ni. Tu saya beli sarapan awal" Rashid merenung muka Mimi.
"Mimi?" Rashid menegur Mimi.
"Maaf, adik ni salah orang. Akak bukan Mimi, akak Shila" Mimi terpaksa menipu.
"Ha ah, betul tu. Adik salah orang. Ini bakal wife abang, Shila" Afiq membantu.
'Wah abang! Thank you so much tolong Mimi! Love you!' Mimi berkata di dalam hati.
"Oh, sorry kak" kata Rashid.
Mimi tersenyum.
"Fuh! Nasib baik" Mimi duduk semula setelah Rashid pergi.
"Thanks sangat sangat abang. Ya Allah orang rasa macam jantung orang nak tercabut" Mimi memegang dadanya.
Afiq tersenyum.
Tiba tiba phone Afiq berbunyi.
"Hello!" Afiq menyapa orang di sebalik talian.
"Hello, Afiq. Tadi Shila nampak kedai Afiq buka. Afiq dah berniaga ke?"
"Ha ah. Shila buat apa kat area sini?"
"Shila nak pergi rumah Afiq nak pulangkan jaket Afiq hari tu Shila pinjam masa kat Sabah tu kan"
Mimi hanya melihat Afiq tersenyum senyum bercakap dengan phone.
"Ermm Shila datang kedai Afiq je. Boleh makan kat sini"
"Okay. Shila pergi sana je"
End call.
Mimi termenunug memikirkan mimpi yang masih menganggu nya walaupun dia kini bahagia dengan Afiq.
"Haa cik kak. Termenung apa tu?" Afiq menyergah Mimi.
"Err err, tak ada apa apa" Mimi berdiri apabila melihat seorang gadis muka nya cantik bersih berdiri di hadapannya.
"Kenalkan ini bakal wife abang, kak Shila. Hari tu abang pergi sabah jumpa nenek kak Shila ni" Afiq memperkenalkan Shila kepada Mimi.
Bertapa remuknya hati Mimi apabila mendengar perkataan bakal wife abang.
"Err, hai. Saya Mimi" Mimi menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
Shila duduk di kerusi yang memang di sediakan untuk pelanggan makan di situ.
Mimi pura pura menjawab phone. Dia berlari menjauhi kedai Afiq.
Mimi menangis semahu mahunya.
'Bodohnya aku suka dekat orang yang dah nak kahwin. Aku tak tau pun abang dah nak kahwin. Abang tak pernah cerita pun' Mimi menangis lagi.
Vote and comment dialu-alukan.

YOU ARE READING
My Crush!
RandomAfiq ialah jiran kepada Mimi. Pada mulanya Mimi sangat benci dengan Afiq. Tapi lama kelamaan timbul rasa sayang. Silalah baca My Crush! Untuk ketahui kesudahannya.