Bab 11. [ Bacaan Dewasa ]

21.2K 347 26
                                    

Aku membuka mataku perlahan. Aku rasakan yang tubuhku seperti dirangkul oleh seseorang. Aku mendongak ke atas lalu memejamkan mataku semula. Asyik muka yang sama sahaja aku lihat. Sudahlah miang. Menyampah? Benci adalah!

'Dia milik Arsyad'.

Apa maksudnya? Arsyad cintakan Linda? Memang aku tak pernah sangka yang Arsyad jatuh cinta dengan dia. Selama ni dia layan Linda macam perempuan lain. Tak pernah pula aku terfikir benda itu akan terjadi tapi aku perasan yang pandangan dia terhadap Linda lain daripada yang lain. Penuh dengan kasih sayang. Aku fikirkan pandangan itu hanyalah diberikan sebagai kawan tapi meleset pula, rupanya sebagai pasangan.

" Mengelamun jauh nampak sampai tak perasan yang abang dah bangun, ya? " katanya.

Aku memandangnya sebentar lalu memalingkan wajahku ke arah yang lain. Sejujurnya, aku masih lagi marah dengan kejadian semalam. Ditembak, dipijak, ditampar dan dihentak berkali-kali membuatkan seluruh badanku masih lagi menahan kesakitan yang amat. Memang dah berkurangan tapi rasa sakit itu masih belum hilang.

Dia memegang wajahku lalu mengusap-ngusap bibirku dengan jari kasarnya itu. Sakit. Aku tetap mengekalkan ekspresi muka yang tidak manis untuk dipandang langsung olehnya itu. Dia mengerutkan dahinya lalu bertanya,

" Sayang dah kenapa ni? Sakit ye? Tak sembuh lagi luka-luka ni, ya? "

Aku hanya diam. Wahai Danial Iskandar, lelaki yang aku benci dalam dunia ni, kau fikir tak sakit? Kau fikir bibir aku yang luka ni boleh sembuh dalam masa satu malam sahaja? Celaka, Danial Iskandar.

" Kenapa tak jawab ni? Nak kena hukum lagi? " tanya dia dengan muka yang mula bertukar bengis.

Aku menggelengkan kepalaku cepat. Mataku pula berkaca. Tak sanggup aku dipukul oleh dia lagi. Sakit sungguh rasanya. Bagai nak mati! Lagipun aku tak mahu mati. Pwrkara yang aku perlu lakukan hanyalah keluar dari sini dan terlepas dari genggamannya!

" Aww, sayang ni comel sangat bila takut. Abang tertanya-tanya macam mana ekspresi sayang bila malam pertama nanti. "

Aku terkedu. Hanya mampu membuka mulut namun tidak mampu berkata apa-apa. Tuhan, kenapalah nasib aku macam ni? Terlampau banyak dugaan. Aku masih lagi remaja dan kenapa aku kena hadapi semua ni?

Air mata nak jatuh tapi aku tahan sekuat hati. Aku hanya menundukkan kepala. Tak tahu mahu membalas apa. Seakan-akan mulutku kini dikunci olehnya. Tubuhku kini dipeluk erat olehnya.

" Shh, jangan nangis sayang. Abang cintakan sayang sangat-sangat. "

Kenapa aku rasakan yang seolah-olah pengakuan cintanya hanyalah kata-kata yang bodoh dan penuh dengan penipuan? Kenapa aku hanya membiarkan diri aku direngkuh erat olehnya? Kenapa dan terus kenapa? Aku tertanya dengan diri aku ini. Terlampau penuh dengan persoalan yang kian mendatang. Aku tertekan dengan semuanya.

" Abang cintakan awak, Aira Munirah. "

****

" Jangan dekat! " jeritku lantang.

Namun, dia tetap mendekatiku. Aku mencapai barang-barang di sekitarku dan membaling ke arahnya. Pegangan di selimut itu aku eratkan. Sial, sial, sial. Kenapa aku jadi macam ni?

" Linda .... "

" I said shut up! Get lost! " jerkahku lagi. Aku menangis teresak-esak.

" Please, Linda. I'm so sorry. Aku betul-betul tak berniat nak buat kau macam ni. " kata Arsyad bersungguh-sungguh.

" Tak berniat? Habis tu? Malam tadi tu apa? Tak berniat? Kau ni memang sial Arsyad! Sampai bila-bila pun aku takkan maafkan engkau Arsyad! " bentakku.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now