" Saya sudah penat nak melayan dia. Saya tak tahu kenapa dia asyik beri ancaman sahaja dekat kita. " kedengaran suara yang agak familiar. Eh, suara Papa?
" Abang, tapi bukan dia yang harus kita pertaruhkan! " suara Mama memarahi Papa. Ma?
" Dia milik kita. Dia dari darah daging saya, darah daging awak. Takkan awak tetap nak teruskan dengan- "
" Ma, Pa! " jerit seseorang lantang. Eh, aku?
" Kenapa mama dengan papa sanggup buat macam ini? Aira tahu yang Aira masih lagi muda but apa yang merasuk fikiran korang untuk nikahkan Aira sewaktu berumur 13 tahun?! " marahnya. Kahwin?
" Aira, you're only 11 and I think that- " 'aku' terus memintas kata-katanya.
" Think what? Yang korang perlu sorokkan semua ini daripada Aira? Sampai mati pun Aira takkan kahwin sewaktu umur Aira tidak genap 13 tahun. I hate both of you! "
Ppang!
" Abang! " jerit mama.
Aku hanya tercengang memerhatikan mereka. Seakan ini adalah bayangan ataupun memori dari masa lalu.
" Aira benci papa! "
'Aku' terus berlari keluar. Aku pula membuntutinya dari belakang. 'Aku' kini menangis dan ketika itu, kereta mula meluncur laju ke 'arahku'. Aku cuba berteriak namun tiada apa-apa kesan.
" Argh! " jerit 'aku' ketika melihat kereta itu terus meluncur laju ke 'arahku'.
Darah mengalir dari setiap pelusuk badan. Dan ketika itu, bayangan seseorang yang aku kenali berlari ke arah 'aku' yang sedang terbaring di jalan raya itu.
" Aira, wake up. I love you. " jeritnya.
" Danial? " gumamku perlahan.
" Aira! "
****
" Sayang! " panggil seseorang.
Aku terus bangun. Peluh mengalir di dahi. Nafasku naik dan turun. Seakan-akan perkara yang aku mimpikan tadi pernah terjadi tapi kenapa aku tak ingat satu pun tentangnya?
" Hey, what's wrong? " tanya Danial risau.
Aku cuba lihat jam di dinding. Pukul 3 pagi.
" Nightmare. " balasku perlahan. Aku cuba menenangkan diri sendiri dengan mengusap belakang tangan.
" Nightmare? Pasal apa? " tanya dia risau.
Aku tak tahu kenapa tapi aku yakin yamg dia risau dengan apa yang aku mimpikan tadi. Dia ada rahsiakan sesuatu daripada aku ke?
" Kena kejar hantu? " balasku lalu menundukkan kepala. Dia menghembus nafas lega lalu terkekeh kecil. Dia terus memeluk tubuh kecilku itu.
Dia menarik tubuhku merapati dirinya. Kedengaran degupan jantungnya, eh-? Laju?
" Dengar tak? Bunyi degupan jantung abang tu? Semuanya sebab sayang. Hanya sayang yang boleh buat degupan jantung abang bergerak laju. " katanya lalu mengusap rambutku.
" Danial. " aku memanggilnya perlahan.
" Ya, sayang. " jawabnya.
" Kau fikir aku kesah? Perlukah aku ingatkan yang aku tak rela bersama kau? " bentakku lalu meleraikan pelukan kami. Dia mengerutkan dahinya.
" Sayang, jangan mulakan. Abang penat. " katanya lalu menarik tanganku.
" Kenapa? Hah?! Tak cukup-cukup kau hancurkan hidup aku, apa? Kau nak aku mati sangat, kan?! " jeritku lalu ditampar olehnya.
YOU ARE READING
Lepaskan Aku
Mystery / Thriller" Cinta dan kasih itu tidak akan berputik jika aku terpaksa. Aku mohon, lepaskan aku. " ** " Aku akan buatkan kau cintakan dan kasihkan aku walaupun dengan secara paksa. Sampai mati pun, aku takkan pernah lepaskan kau. Kau dan aku akan kekal bersama...