Ainal Sofiah terkejut beruk mendengar berita yang baru diterimanya beberapa saat yang lalu. Wajah mama dan papanya di hadapan dipandang dengan riak yang nyata masih terkejut."Ainal? Ainal dengar tak cakap mama ni?" tegur Puan Julia. Dia memandang wajah anak gadisnya yang diam seribu bahasa. Dia kuis pinggang suaminya, Encik Rahman, supaya menghilangkan suasana sunyi itu.
"Ainal...Ainal dengar tak?" Encik Rahman menegur pula.
"Hm..."
"So, setuju la ni?" tanya Encik Rahman. Puan Julia mula menarik senyum.
"No. Ainal muda lagi la, papa. SPM pun lagi dua minggu. Like seriously?" Ainal mencebik. Hatinya agak kurang tenteram.
"Alaa, Ainal nikah je. Pasal persandingan ke resepsi Ainal ke, semua tu kita buat lepas SPM. Tak ada yang mengganggu rasanya," ujar Puan Julia. Dia mendekati anaknya. Belakang badan Ainal diusapnya perlahan.
"Ainal tak nak. No way. Kenapa mama dengan papa nak Ainal kahwin ni? Papa dah tak sanggup nak jaga Ainal ke? Ainal ni menyusahkan mama dengan papa eh?" Bertalu-talu soalan yang dilemparkan Ainal pada ibu bapanya. Dia mula berdiri. Wajahnya masam mencuka.
"Ainal! Papa tak pernah pun rasa Ainal menyusahkan. Kalau papa rasa macam tu, dah lama Ainal tak lahir atas dunia ni tau. Papa tak minta lebih pun, papa cuma minta Ainal setuju je. Susah sangat ke?"
"But, why papa? Why? Why all of this sudden? Why? Tell me!"
"I have my own reason. Soon, you will know. Ainal tak perlu tahu. Dan, jangan sesekali nak cakap dekat papa yang Ainal ada hak untuk tahu. Ainal akan tahu juga satu hari nanti. Tapi bukan sekarang," tegas Encik Rahman berkata.
Ainal yang baru saja ingin membidas kata papanya, termati kata. Dia terduduk. Puan Julia semakin risau dengan keadaan suami dan anaknya ini. Perbincangan bertukar menjadi perbalahan.
"Mama...mama please. Ainal tak nak kahwin," Ainal cuba meraih simpati daripada mamanya. Air mata mula berlari di pipinya. Puan Julia tersenyum tawar lalu menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Ainal. Tolong dengar cakap papa kali ni? Mama tahu, Ainal anak yang baik. Ainal tak pernah lawan cakap kami. Tapi, tolong ya sayang. Jangan membantah kali ni. Mama dengan papa ada sebab kenapa kami nak kamu kahwin..." lembut saja tutur kata Puan Julia. Dia memeluk anaknya sambil mengusap lembut rambut Ainal.
"Hmm...bila...Ai-Ainal...nikah t-tu...?" tanya Ainal dengan suara yang diselangi sedu sedan.
"Minggu depan," Puan Julia menjawab.
Serta-merta, pelukan dirungkaikan Ainal. Matanya membulat.
"Habis tu? Persiapan..."
"Semuanya dah diselesaikan..." Puan Julia tersenyum.
Hati Ainal berasa sakit dan geram. Masakan tidak, selama ini mereka telah menyediakan segala persiapan nikah tanpa ketahuan dia. Bila sudah selesai, mereka hanya meminta persetujuan daripada dia. Dengan cara paksaan. Kalaulah dia sudah dapat menghidu segalanya sedari awal, pasti dia akan membangkang.
Wajah mama dan papanya dipandang dengan rasa bercampur baur. Namun, rasa itu ditahan dan pasti akan diluah habisan setiap malam sebelum tidur dengan menangis.
"Ainal setuju?" Encik Rahman bertanya buat kesekian kalinya.
"Hm. Setuju,"
----
Jawapan pendek itulah membawa kepada dirinya yang telah disiapkan oleh jurumekap profesional di depan cermin meja soleknya, kini. Hari ini, hari yang akan melakar sejarah baru dalam hidupnya. Ainal mengakui bahawa dia masih berbolak balik untuk teruskan majlis ini ataupun lari. Namun, fikirannya kerap menjengah tentang maruah papa dan mamanya. Jadi, tak mungkin dia akan memalukan orang tua itu.
"Wah! Cantiknya, Kak Ainal! Macam puteri kayangan!" bersemangat Hana merangkap bakal adik iparnya memuji Ainal dengan wajah yang bercahaya. Ainal tersenyum malu.
"Hiperbola sangat tu, Hana. Akak biasa je la,"
"Merendah diri pulak. Ish. At least, riak la sikit. Baru ada aura pengantin! Kan, Hana, kan?!" sampuk Erni, rakan baik, Ainal yang agak kuat menggila macam terkena badi orang psiko. Hana tergelak sambil mengiyakan kenyataan Erni yang mengarut itu.
"Hana...Hana tunggu bawah kejap eh? Kak Erni nak borak dengan makwe akak ni jap. Boleh?" Anggukan Hana dibalas senyuman Erni. Erni terus menutup rapat pintu bilik tetamu yang dihias khas sebagai bilik pengantin itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil sambil mengadap Ainal yang termenung di atas kerusi meja solek itu.
"Ainal?" tegur Erni.
"Hmm..."
"Kau okay?"
Ainal membisu. Langsung tak menjawab ya atau tak. Dia memusingkan kerusinya mengadap Erni.
"Erni...aku..."
"Ya..ya..aku faham. Meh peluk sini. Jangan nangis. Aku lempang karang. Tak pasal-pasal aku yang kahwin," Erni mengugut manja. Dia memeluk erat Ainal.
"Kau yang kahwin pun takpa. Aku tak kisah..."
"Eh mana boleh. Reza tu aku nak campak mana? Lombong? No, no. Tak rela aku tau," ucap Erni. Ainal ketawa kecil. Dia memukul lembut tangan Erni lalu merungkaikan pelukan.
"Ish. Suka buat aku gelak time tengah nangis. Tumbuk nak?" Ainal menunjukkan buku limanya sambil tersenyum mengusik.
"Suka. Suka sangat. Dah la. Comot mekap kau tu kang. Penat mak dandan kau tu siapkan. Meh sini muka kau yang buruk tu aku tacapkan,"
Terjengil mata Ainal. Dia mencubit pinggang Erni.
"Aku buruk? Hish. Kau ni, aku kan pengantin. Mana ada buruk. Siap Hana cakap yang aku ni ala-ala puteri kayangan tau!"
"Kau buruk. Buruk time menangis. Werkk..." Erni 776 lidahnya.
Mereka ketawa terbahak-bahak. Pintu bilik diketuk Puan Julia.
"Erni...Ainal tu dah siap ke? Turun cepat. Tok kadi dah sampai ni..." Puan Julia memanggil di balik pintu.
"Dah, aunty! Kitaorang nak turun dah ni!" sahut Erni ceria.
"Ok. Jom, Miss Beautiful Bride. Your husband is waiting..." Erni ketawa mengekek sambil memimpin tangan Ainal yang tersenyum manis keluar dari bilik.
Ainal menarik nafas perlahan. Genggaman tangan Erni dieratkan. Sejuk tiba-tiba! Jantungnya semakin laju mengepam darah.
Kaki mereka berdua sampai di anak tangga terakhir. Dan, pada saat itulah, Ainal terpandang wajah bakal suaminya yang tika itu tertoleh kearahnya.
Handsome la pulak!
---
YOU ARE READING
Mr. Sour Talker
Teen FictionHish. Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku bakar kau hidup-hidup wahai Encik Harraz Aqeef! Tak adalah aku kena kahwin dengan kau! Happy ending terus cerita aku. Dasar harimau jadian PMS. Cis. Ainal Sofiah dan Harraz Aqeef dipaksa berkahwin atas des...