"Abang balik lambat hari ni. Sayang balik dengan daddy. Bye."
Sejurus itu, panggilan diputuskan Harraz beberapa minit yang lalu. Ainal merenung telefon pintarnya seperti mahu tembus saja. Bukan main susah lagi panggilannya untuk disambung ke talian Harraz. Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya bersambung juga taliannya. Namun, bila dah dapat call, Harraz kata macam tu pula.
Terkilan Ainal jadinya. Kenapa Harraz tak beritahu awal-awal? Sekarang ni dah pukul 6.30 petang. Hampir sejam dia menunggu ketibaan suaminya itu. Rupa-rupanya, Harraz tak dapat datang untuk menjemputnya pulang.
Ainal duduk di sofa yang terletak tidak jauh dari kaunter pertanyaan. Dia termenung lagi. Macam mana dia nak balik ni? Dato' Azamuddin sudah bertolak ke Johor tengah hari tadi lagi. Staf-staf yang lain kebanyakannya sudah pulang.
"Ainal?"
Suara yang cukup dikenali menyapa gegendang telinga Ainal. Dia menoleh ke belakangnya. Damian.
"What are you doing here?"
"Err... I'm tired...?"
Damian mengerutkan dahinya. Hairan. "Penat?"
Ainal mati kata. Damian yang perasankan riak wajah Ainal berubah terus mengambil tempat di sofa bertentangan dengan Ainal.
"What's with that face? You ada problem ke?" Soal Damian, prihatin. Ainal menunduk.
"Tak.. tak ada apa.."
"Tak ada apa? So, kenapa belum balik ni? Selalunya, you paling cepat hilang kot sampai I tak sempat nak jumpa." Damian tergelak kecil. Ainal tersenyum hambar.
"Ainal... if you have any problem, please let me know. I can help you..." redup saja pandangan Damian pada gadis di hadapannya itu. Melihatkan wajah sugul gadis yang semakin lama semakin mendapat tempat di hatinya, dia jadi tak risau pula.
"Okay, kalau you tak nak share tak ap--"
"I tak boleh balik." Ainal memintas.
Damian menaikkan keningnya. Ainal mengeluh halus. Aduhai... terpaksalah buat macam ni...
"Kenapa?"
"Sebab... I tak ada transport balik."
Damian tersenyum. "Oh.. small matter lah. Jom. I hantar you balik."
Terasa bagaikan ada petir memanah pada Ainal. Hatinya mula dilanda gelisah dan serba-salah.
"Ainal?"
"Aa--ah ya?"
"Jom. I hantar you balik." Damian mula berdiri.
"Eh.. err.. tak apa. I boleh naik teksi." Ainal cuba menolak walaupun terselit kegusaran dalam hatinya untuk menaiki kenderaan awam itu. Damian geleng kepala.
"What? You nak naik teksi? Seriously?"
Ainal mengangguk perlahan.
"Alone?!"
Angguk lagi.
"No way. I takkan biarkan you naik teksi tu or whatever kind of public transport. Bahaya tau. You tu perempuan and seorang je pulak tu. Zaman sekarang ni, orang nak buat jahat senang je especially bila you are a girl and alone-"
"Tapi, Damian.. I'm fine. InsyaAllah, I akan selamat sampai ke rumah. I tak nak susahkan you-"
"No. When I say no, it's a no. You better come with me because I don't wanna feel so freakin' worry about you. Okay? Tempat ni kalau nak ada teksi, you kena jalan jauh sikit tau and kawasan tu sunyi. So, you dengar je lah cakap I ni." Damian masih berkeras.
YOU ARE READING
Mr. Sour Talker
Teen FictionHish. Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku bakar kau hidup-hidup wahai Encik Harraz Aqeef! Tak adalah aku kena kahwin dengan kau! Happy ending terus cerita aku. Dasar harimau jadian PMS. Cis. Ainal Sofiah dan Harraz Aqeef dipaksa berkahwin atas des...