BAB 59

7.5K 269 32
                                    

Setibanya Ainal di hadapan bilik yang diberitahunya, hatinya mula terasa tidak sedap. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa macam tu. Macam ada benda buruk yang akan berlaku. "Ainal?"

Ainal pandang Shauqi. "Awak okey?" Ainal tersenyum. Cuba menyakinkan Shauqi yang sedari tadi tanya soalan yang sama. Ini dah masuk kali kelapan.

"Saya okey. Awak ni, asyik tanya benda yang sama je. Jangan risaulah, saya okey." Ainal menaikkan ibu jarinya. Shauqi senyum kelat. Dia memberi ruang kepada Ainal untuk menekan loceng bilik itu.

Ding dong.

Terjengul wajah yang tidak disangka-sangka oleh Ainal. Matanya membulat besar. Tak mungkin.

"Cik Safwa Nazirah?" Ainal menyebut sebutir nama itu. Gerangan yang membuka pintu itu tersenyum lebar. "Ingat lagi ya?"

Ainal berkerut dahi. "Err... maaf. Mungkin saya salah bilik. Maaf mengganggu." Senyuman dihadiahkan.

"Shauqi, jom ki—"

"Apa yang lama sangat ni, Zi?" Jantung Ainal berdegup kencang apabila terdengar suara yang tidak asing di telinganya itu, dari arah dalam bilik. Harraz menapak di sebelah Zirah. Terpempam dia melihat Ainal dan Shauqi di muka pintu.

"Abang." Ainal menggelengkan kepalanya. Matanya mula berkaca. "Apa semua ni?"

Zirah memeluk pinggang Harraz. "Baby, you tak cakap dengan dia ke pasal kita?"

Terbakar hati Ainal melihat kegedikan Zirah. Bertambah terbakar apabila Harraz langsung tidak menolak pelukan Zirah itu. "Abang, jelaskan semuanya pada Ainal sekarang. Apa semua ni? Abang buat apa ni?"

Ainal cuba menahan getaran suaranya. Air matanya mula mengalir. "Tak ada apa yang perlu kau tahu." Jawab Harraz sebaris.

Shauqi menggeleng. "Aku tak sangka kau ni dayus." Harraz mencerlung marah pada Shauqi. "Kau diam. Tak payah sibuk hal aku."

"Diam?! Diam dan tengok je kau buat dosa macam ni?!" Shauqi mula mampir pada Harraz. Apa amarahnya sudah memuncak. Dia sangat benci dengan sikap Harraz yang mempermainkan gadis sebaik Ainal ini. "Dosa aku, dosa akulah! Pergi mampuslah kau!"

Serta-merta wajah kacak Shauqi ditumbuk. Walaupun agak pening lalat, Shauqi tetap membalas dengan menumbuk rahang Harraz. "Abang! Berhenti!" Ainal menolak tubuh Harraz.

"Awak okey, Shauqi?" Shauqi mengangguk. Melihatkan wajah kecewa Ainal, dia rasa semakin marah dengan Harraz. "Abang, Ainal minta abang jelaskan semua. Ainal tunggu."

"Dia kata tak ada kan? So? Apa lagi? Blahlah!" Zirah mencelah. Wajah Harraz tegang. Ainal tersenyum kelat. "No. Abang... Ainal minta penjelasan sebab Ainal tak nak ummi dan daddy tahu. So, please explain."

Harraz hanya membatu. "Ainal, jomlah kita pergi. Tak ada gunanya kita tunggu." Shauqi menarik hujung lengan gaun Ainal.

"Tak, Shauqi. Saya—"

"I dengan Harraz akan berkahwin. Dah puas?" Zirah berpeluk tubuh. Bagai mahu tercabut jantung Ainal. Hatinya retak seribu. Air mata semakin lebat mengalir. "Abang... betul ke?"

"Aku akan ceraikan kau." Harraz menarik tangan Zirah masuk ke dalam biliknya semula. Ainal terdiam. Dia kehilangan kata-kata.

"Kau ni memang tak guna!" Shauqi meluru ke arah Harraz lalu menumbuk wajah Harraz. Harraz pula tidak beralah, malah, dia membalas dengan menumbuk perut Shauqi.

"Aku dah kata jangan sibuk!" Harraz ditolak ke dinding lalu ditumbuk perutnya pula. Dalam kesakitan, Harraz mendengus lalu menolak Shauqi yang membelakangi Ainal tika itu. Dan menyebabkan Ainal tersentak pada dinding.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now