Harraz menghempaskan badannya ke atas sofa yang terletak di sudut biliknya. Keringat yang membasahi lehernya dilapkan dengan tuala kecil. Letih. Pintu biliknya dikuak dari luar. Terjengul wajah Ainal yang tersengih sambil membawa segelas air jus epal. Ainal duduk di sebelahnya. Gelas bertukar tangan.
"Berapa round joging tadi?" tanya Ainal seraya menyanggul rambut blondenya. Harraz mengerling sekilas ke arah Ainal sambil meneguk jus epalnya. Tersedak terus.
"Eh! Abang ni kenapa? Minum tu elok-eloklah. Baca bismillah dulu. Ni tak, hah padan muka tersedak." Ainal membebel. Gelas dirampas lalu diletakkan di atas meja kerja Harraz sebelum dia kembali duduk di sebelah Harraz.
"Sorry, sayang. Abang tergoda tengok leher sayang tu." Harraz tersengih. Terjegil anak mata Ainal. Pipinya sudah mula membahang.
"Abang jangan nak mengada eh. Mata tu jangan nakal sangat." Harraz ketawa besar. Dia merapatkan badannya pada Ainal sebelum kepalanya berlabuh di peha gadis itu.
"Abang nak mengada dengan orang yang paling abang sayang, salah ke? Hmm?" Harraz mendongak memandang wajah Ainal. Jari telunjuk kanannya dilalukan bawah dagu Ainal. Ainal segera menggigit jari Harraz itu. Geli dagu dia weh.
"Aucchhhh! Sayang! Sakitlah." berkerut wajah Harraz menahan sakit. Berdenyut-denyut jarinya akibat daripada gigitan buas Ainal. Ceh. Buas konon.
"Padan muka abang. Yang pergi usik dagu Ainal ni dah kenapa? Geli tahu tak?"
"Siapa suruh dagu sayang ni cantik sangat? Kan abang dah tergoda." Harraz tersengih. Ainal tertawa kecil.
"Abang ni kan. Asyik-asyik cakap tergoda dengan Ainal je tau. Kenapa eh? Nak mengorat ke?"
"Dah memang betul sayang. Apa-apa sahaja yang sayang ada dan buat, semuanya boleh buatkan abang tergoda. Tak kira apa. Sebab..." Harraz membiarkan ayatnya tergantung. Matanya menatap ke dalam mata hazel Ainal. Ainal terkaku.
"Se--sebab...?"
"Sebab abang cintakan sayang sangat-sangat." ujar Harraz dengan nada suara yang sensual. Ainal tersenyum manis. Jantungnya mula meletuskan bunga api dan mercun seperti malam Sambutan Hari Raya Cina. Gong Xi Fa Cai.
Eh?
"Ainal pun cintakan abang. Sepenuh hati Ainal." ucap Ainal sebelum bibirnya berlabuh di bibir Harraz. Err. Maaf. Ini aksi 18++.
Amboi, Harraz. Pagi-pagi dah dapat French kiss. Hm. Tak ajak. Kk.
Setelah yakin masing-masing telah membuktikan kata-kata cinta mereka benar dengan ciuman yang memaksa adik author menutup mata itu, Ainal akhirnya meleraikan ciuman. Pipinya berona merah dan membahang. Begitu juga dengan Harraz. Tapi, memandangkan Harraz ni jenis yang tak malu, dia pun buat muka gatal dan mengusik Ainal.
"Sayang blushing. Comel." Harraz mencubit manja pipi kanan Ainal. Ainal tepis perlahan.
"Don't mention it."
"Sayang sweet eh pagi ni?"
"Abang! Janganlah tegur."
"Alolo. Okay-okay. Tapi, tak apa. Abang suka. Iyalah, bukan senang nak tengok sayang sweet kan?"
Ainal tersenyum malu. Auch. Comelnya minah ni.
"Sayang..." Harraz bangkit dan duduk di sebelah Ainal. Ainal pula melentokkan kepalanya di bahu Harraz.
"Hmm?"
"Lusa abang dah mula class balik."
"Class?"
YOU ARE READING
Mr. Sour Talker
Roman pour AdolescentsHish. Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku bakar kau hidup-hidup wahai Encik Harraz Aqeef! Tak adalah aku kena kahwin dengan kau! Happy ending terus cerita aku. Dasar harimau jadian PMS. Cis. Ainal Sofiah dan Harraz Aqeef dipaksa berkahwin atas des...