Hari terakhir untuk kertas terakhir bagi calon-calon SPM yang mengambil sembilan mata pelajaran seperti Ainal dan Erni yang berasal dari kelas aliran sains tulen. Kedua-dua gadis itu tiba ke sekolah secara berasingan. Erni dengan motosikalnya manakala Ainal pula, Harraz yang menghantarnya. Rutin biasa Ainal dilakukan seperti biasa; mencium tangan Harraz. Kedinginan Harraz masih dirasakan Ainal. Dia hanya tersenyum hambar setiap kali Harraz tidak membalas kata-katanya.
Setelah hampir tiga jam terperuk dalam bilik exam, suara pengawas peperiksaan itu yang meminta mereka meletakkan pen sebagai tanda tamat sudah SPM, bergema jua. Bersorak riang kesemua pelajar yang ada di situ. Macam baru lepas menang loteri. Ainal meluru ke arah Erni lantas dipeluknya erat tubuh tinggi lampai kawan karibnya itu.
"Finally, weh! Tamat dah semua!" pekik Erni bahagia. Dia menggoyangkan tangan Ainal sambil terloncat kegembiraan. Ainal hanya senyum kecil.
Sejujurnya, sejak pagi tadi, hatinya terasa kurang enak. Jantungnya pula berdegup lain macam. Sudah beberapa kali dia cuba menyedapkan hatinya. Namun, rasa kurang enak itu tiba juga. Tak mahu pergi. Bagaikan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi.
"Hei, Ainal. Kau kenapa senyap je ni? Aku tengok dari pagi tadi, kau macam tak happy sangat pun?" Erni memeluk bahu Ainal. Ainal menggelengkan kepalanya.
"Tak ada apalah. Aku happy je ni."
"Betul ni?"
"Iya Erni sayang."
Mereka ketawa kecil. Baru sahaja Erni ingin menarik tangan Ainal ke kantin, satu pengumuman oleh pengetua sekolah mereka dibuat.
"Perhatian. Perhatian kepada pelajar yang bernama Ainal Sofiah binti Rahman, sila ke pejabat sekarang. Ulang suara. Perhatian. Perhatian kepada pelajar yang bernama Ainal Sofiah binti Rahman, sila ke pejabat sekarang. Terima kasih." suara Encik Yahya bergema di pembesar suara seluruh kawasan sekolah itu.
"Uish. Kenapa kau kena panggil tu?" Erni mengerutkan dahinya. Ainal angkat bahunya tanda tak tahu.
"Entah."
"Kau ada buat salah ke?" soal Erni lagi.
"Mana ada. Hm. Dah lah. Aku pergi dulu. Nanti kita jumpa balik eh?" Erni mengangguk. Ainal bergegas ke pejabat setelah bersalaman dengan Erni.
----
Pintu pejabat ditolak perlahan. Ainal melangkah ke arah Cikgu Misha, guru kelasnya yang sedang bercakap-cakap dengan Encik Yahya serta Harraz. Wajah mereka serius sahaja.
Eh? Harraz buat apa kat sini...?
"Ainal. Mari sini." Cikgu Misha yang perasan akan kehadiran Ainal segera menggamit gadis itu padanya. Ainal menurut.
"Ada apa ya cikgu? Setahu saya, saya tak buat salah apa-apa." tanya Ainal, sopan.
Cikgu Misha mengusap bahu Ainal lembut. Harraz hanya memerhatikan saja.
"Cikgu harap Ainal tabah dan bersabar ya? Semua yang terjadi ni dugaan Allah." ucap Cikgu Misha. Encik Yahya menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan apa yang diucapkan Cikgu Misha.
"Sabar? Apa ni? Saya tak fahamlah cikgu." Ainal senyum kecil. Jantungnya tiba-tiba saja berdegup laju. Tangannya menjadi sejuk.
Cikgu Misha menoleh ke arah Encik Yahya dan Harraz sebentar. Anggukan lelaki berdua itu ibarat isyarat padanya untuk meneruskan ayatnya.
"Ainal. Mama dan papa Ainal dah meninggal dunia. Cikgu baru dapat khabar dari pihak hospital." tutur Cikgu Misha.
Terpempam Ainal mendengar khabar buruk itu. Empangan air matanya serta-merta pecah. Apa? Mama dan papa dah tak ada? Tak! Apa ni?!
YOU ARE READING
Mr. Sour Talker
Teen FictionHish. Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku bakar kau hidup-hidup wahai Encik Harraz Aqeef! Tak adalah aku kena kahwin dengan kau! Happy ending terus cerita aku. Dasar harimau jadian PMS. Cis. Ainal Sofiah dan Harraz Aqeef dipaksa berkahwin atas des...