Jam telah pun menunjukkan pukul 12:45 pagi sewaktu Harraz tiba di rumahnya. Lambat betul. Langkah kaki Harraz dibawa ke tingkat atas. Sebaik sahaja dia berdiri di hadapan pintu biliknya, hatinya tergerak untuk melihat keadaan Ainal.
Tombol pintu bilik Ainal dipulasnya sebelum menapak masuk ke dalam bilik itu. Suasana bilik itu gelap gelita. Hairan Harraz dibuatnya. Kenapa tak buka lampu tidur pula ni?
Bluekkk. Bluekkk.
Telinga Harraz menangkap bunyi seseorang muntah di dalam bilik air. Pantas Harraz menekan suis lampu bilik tidur itu sebelum ke bilik air.
Pintu bilik air terkuak perlahan. Terjengul wajah pucat Ainal. Dia berjalan perlahan namun, tenaganya yang seperti telah hilang kerana muntah, menyebabkan dia hampir rebah. Harraz cepat-cepat sambut isterinya daripada jatuh. Ainal pandang wajah orang yang sambutnya itu. Dia senyum hambar. Sungguh dia tak perasankan apa-apa yang berlaku di sekelilingnya. Lampu bilik terpasang dan Harraz yang sudah pulang. Eh. Sekejap...
Harraz dah pulang...?
Tubuh Ainal dicempung Harraz dan dibaringkan di atas katil. Ainal sememangnya tak berdaya untuk menolak. Lesu.
"Awak...dah balik...?" tanya Ainal, perlahan. Harraz hanya membisu sambil memeriksa dulang makanan yang disediakannya di atas meja belajar Ainal. Kosong.
"Kau makan ubat tak?" soalan dibalas soalan. Ainal terdiam.
Sejujurnya, ubat yang disediakan Harraz itu telahpun dia buang ke dalam jamban. Sejak kecil lagi, dia memang tak suka makan ubat-ubatan. Takut makan kut. Kalau di rumah mamanya, pasti ubat itu dihancurkan oleh mamanya dan dicampurkan ke dalam jus oren yang biasa dia minum sewaktu sakit. Tetapi, ini rumah dia dan Harraz. Sudahlah Harraz meninggalkannya, mana mungkinlah dia telan ubat itu.
"Aku tanya ni, Ainal. Kau makan ubat tak?" Harraz mengulang soalannya.
Lambat-lambat Ainal mengangguk. Dia tak mampu berkata saat dia sedang berbohong.
"Kau dah makan malam ke belum?"
Ainal mengangguk.
"Oke-"
Blurrgghhh.
Kening Harraz terjungkit sedikit.
"Kau tipu aku ke?"
Ainal membisu. Harraz menghampirinya dan duduk di birai katilnya. Wajah serius Harraz dipandangnya takut-takut. Kecut perut oi.
"Kau lapar kan?" soal Harraz lagi. Nada suaranya mendatar.
Ainal menggelengkan kepalanya.
"Kau nak tahan lapar sampai bila? Sampai kau pengsan pulak?" Harraz berpeluk tubuh memandang wajah pucat isterinya itu. Ainal masih mendiamkan diri. Dia amat terkesan dengan perlian Harraz.
Harraz bangkit lalu menarik tangan Ainal untuk turun dari katil. Berkerut dahi gadis itu. Dia hanya menurut tanpa ada daya mampu menolak.
"Ikut aku turun bawah kejap," ucap Harraz sambil membantu Ainal menuruni anak tangga. Ainal sekadar mengangguk kecil walaupun hatinya penuh dengan tanda tanya.
----
Mereka menapak ke dapur. Suis lampu dapur dipetik Harraz sebelum dia mendudukkan Ainal di meja makan dapur. Setelah itu, dia mengeluarkan satu tin sos Prego, carbonara with vegetables, dan sepaket makaroni dari kabinet dapur. Periuk diisi air paip lalu dididihkan untuk melembutkan makaroni.
"Awak nak makan ke?" Ainal bertanya setelah otaknya dapat mencerna tindak-tanduk Harraz. Lambat proses sikit sebab kepalanya agak berdenyut-denyut.
YOU ARE READING
Mr. Sour Talker
Roman pour AdolescentsHish. Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku bakar kau hidup-hidup wahai Encik Harraz Aqeef! Tak adalah aku kena kahwin dengan kau! Happy ending terus cerita aku. Dasar harimau jadian PMS. Cis. Ainal Sofiah dan Harraz Aqeef dipaksa berkahwin atas des...