BAB 48

6.7K 240 4
                                    

Ainal menyanyi kecil di dapur sambil menyediakan hidangan makan malam. Hatinya rasa gemuruh untuk mengambil SPM esok. Sebab tu nak menyanyi je hari ni. Pinggan dan gelas dibawa ke meja makan.

"Happy nampak?" Harraz tiba di meja makan. Ainal tersengih lalu duduk. Harraz mengambil pinggan dan mencedokkan nasi untuk Ainal dan dirinya.

"Happy lah. Esok ambil result SPM."

"Biasanya orang nervous. Tapi sayang ni happy?"

Ainal tersenyum. "Nervous pun ada."

"Tak apalah. Abang tahu sayang dapat straight A punya. Isteri abang ni pandai. Comel pulak tu." Harraz mengenyitkan matanya.

"Ish, puji pun nak kenyit mata."

"Eleh, dah cairlah tu." Ainal tergelak.

Suasana tenang itu diganggu dengan deringan telefon bimbit Ainal. Gadis itu bangun untuk menjawab panggilan. Baru sahaja tangannya mengenggam gajet kecil itu, panggilan serta-merta berhenti.

"Aik?" Ainal berkerut dahi.

Telefon bimbitnya diletak semula. Dia kembali ke meja makan.

"Siapa call tu sayang?"

"Entah. Tak sempat nak angkat." Ainal menyambung suapannya yang terhenti tadi.

------------------

"Abang tak boleh teman Ainal ke?" Ainal memeluk lengan Harraz, manja. Harraz mengelus pipi Ainal.

"Tak bolehlah, sayang. Abang ada class pagi ni. Tengah hari nanti habis."

Ainal memuncungkan bibirnya. Ala, sedihnya! Nak celebrate dengan cinta hati sendiri pun tak boleh.

"Aip, panjangnya muncung tu. Sorrylah, sayang. Tengah hari nanti abang datang jemput sayang. Okay?" Hidung Ainal dicuit. Ainal menatap mata Harraz dalam-dalam. Dia tersenyum.

"Janji?"

"Janji, sayang."

"Kiss dulu." Ainal mencucuk pipinya.

"Amboi, sayang ni. Bukan main manja lagi hari ni eh?" Harraz tersenyum nakal.

"Saja nak manja-manja dengan suami sendiri. Nanti Ainal rindu." Ainal memeluk lebih erat lagi lengan Harraz. Harraz mengerutkan dahinya. Pelik dengan tingkah isterinya itu.

"Sayang ambil keputusan je kan? Takkan dah rindu abang kot?" Harraz ketawa janggal.

"Rindu jugak."

"Okay, okay. Nanti abang cepat-cepat jemput sayang ya?"

"You better." Ainal memicingkan matanya. Harraz tersenyum. Erni yang baru tiba terus berlari ke kereta mereka. Tingkap di bahagian pintu Ainal diketuk.

"Erni dah sampai dah tu. Pergilah." Harraz mencium dahi Ainal. Ainal bersalam dengan Harraz. Pintu dinyahkunci. Ainal masih tidak keluar. Malah, dia masih galak menatap wajah Harraz.

"Kenapa sayang?"

"I love you." Pipi Harraz dicium.

Ainal tersenyum geli hati melihat wajah terkejut Harraz. "Bye. Take care, my hubby."

"Err... goo..good luck..sa.. sayang.."

Ha sudah. Tergagap dah. Ni semua sebab penangan ciuman Ainal.

------------------------

Ainal memeluk erat Erni. Air mata kegembiraan mengalir laju di pipi. Erni hanya tergelak besar. Suasana di dalam dewan sekolah agak bingit dengan suara tangisan dan gelak tawa para pelajar lepasan SPM. Ainal memandang sekeliling. Indahnya jika dia bernasib baik seperti pelajar yang lain. Dapat berpelukan dengan ibu bapa sendiri.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now