BAB 26

13.5K 519 4
                                    

Selesai kertas dua Biologi, Ainal dan Erni menuju ke taman bunga sekolah. Mereka berbincang tentang kertas seterusnya sambil menikmati bekal nasi goreng yang dibawa Ainal. Sharing is caring kan?

"Sedapnya kau masak weh!" terpejam mata Erni tatkala menikmati suapan pertama nasi goreng Ainal ke dalam mulutnya. Ainal tersenyum.

"Thanks. Makanlah lagi." mereka berdua meneruskan aktiviti mereka. Belajar sambil makan. Sesekali Ainal menyuapkan Erni nasi gorengnya dan begitu jugalah sebaliknya.

Tiga orang pelajar perempuan menghampiri mereka. Gaya jalan gadis-gadis itu kelihatan sungguh manja dan gedik. Tengok dari jauh macam manja je. Tengok dari dekat, muntah hijau terus. Antara tiga orang gadis itu, yang berjalan paling depan itulah paling cantik. Hm. Bolehlah.

"Ehem ehem." tegur gadis yang berjalan yang paling depan. Rambutnya yang disanggul diperkemaskan sedikit.

Ainal mengangkat wajahnya.

"Ya, Rania?"

Rania tersenyum sinis.

"Tak sangka kan? Perempuan bertudung macam kau ni murah. Lagi murah dari aku." ujar Rania. Dua orang rakannya berdiri di samping gadis itu. Muka acah-acah garang.

Membulat mata Erni mendengarkan kata-kata yang berbaur hinaan oleh Rania. Dia mula bangkit. Tak tahan lah kalau member kena hina!

"Hei, mulut kau ---"

"Erni. Cool down. Biar aku settle." Ainal pantas memotong kata-kata Erni. Lengan Erni ditarik ke sebelahnya. Sesungguhnya dia tak mahu melibatkan satu-satunya kawan yang dia ada dalam masalah dia dan musuhnya.

Rania menjungkitkan keningnya.

"Kau kenapa, Rania? Apa yang kau cuba nak sampaikan ni?" soal Ainal, tenang.

"Kau. Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat dengan boyfriend aku? Hah?! Kau ni memang murah!" Rania menjeling tajam. Jika dia tak fikirkan ini kawasan sekolah, sudah lama dia membelasah gadis yang nampak naif itu. Baginya, Ainal selalu berpura-pura baik. Bukan dia tak tahu tentang kisah Razif yang tangkap cintan dengan Ainal.

Itu lagi satu jantan. Gatal. Rania sendiri tak faham kenapa ramai sangat jantan yang syok kat Ainal tu. Ainal, Ainal, Ainal!

"Boyfriend kau? Siapa?" Ainal mengerutkan dahinya. Setahu dia, Rania dan Razif telah putus. Memang dah tak ada hubungan. Pasangan itu pun kerap kali Ainal nampak saling menjeling tajam sesama mereka apabila berselisih bahu di sekolah. Buntu Ainal memikirkan siapa kekasih Rania ini.

"Buat-buat tak tahu pulak. Of course lah, Sir Harraz! Dia tu boyfriend aku!" pekik Rania sambil berpeluk tubuh.

Ainal dan Erni tercengang seketika. Wajah Rania yang terserlah keyakinan sewaktu menyatakan Harraz itu adalah keklasihnya sungguh melucukan. Erni ketawa besar manakala, Ainal tersengih. Berkerut dahi Rania memandang kedua-dua gadis itu.

"Apa yang kelakar? Aku tengah seriuslah!" marah Rania. Wajahnya masam mencuka terus.

Ainal menghampiri Rania. Dia yang masih tersengih membuatkan Rania rasa semakin pelik.

"Rania. Jangan salah faham. Satu hari kau akan tahu boyfriend kau tu betul-betul boyfriend siapa sebenarnya. Okay?" Ainal mengenyitkan matanya sebelum mengangkat beg dan bekalnya. Erni mengesat tubir matanya yang berair akibat tawanya.

Rania menarik lengan Ainal. Terhenti langkah gadis itu.

"Ya, Rania? Nak apa lagi?"

"Kau jangan sesekali rampas dan goda Sir Harraz aku."

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now