Tengku Irham mendengus kegeraman. Pagi Ahadnya terganggu dengan kemunculan wanita yang paling dia benci. Tak kisah lah dulu mereka berkawan atau tidak. Semuanya sudah berlalu. Dia bukan lagi kawan wanita itu sejak kawan baiknya dikecewakan oleh wanita tersebut.
"Nak apa ni?" Pintu dibuka. Terjengul wajah Zirah. Dia tersenyum lebar.
"I bought you some breakfast." Zirah menyuakan bungkusan Mc Donalds pada Tengku Irham. Tengku Irham terus berpaling lalu duduk di sofanya. Zirah cuba cool dengan layanan Tengku Irham. Walaupun dia rasa nak tumbuk je muka kacak jejaka itu. Ceh, aku kena palau!
Dia menutup pintu rumah kondominium Tengku Irham sebelum meletakkan bungkusan makanan itu di atas island bar yang memisahkan dapur dan ruang tamu. Dia mengambil tempat di sebelah Tengku Irham.
"You letak apa benda pulak dalam makanan tu?" Perli Tengku Irham. Zirah tertawa kecil.
"Awww, Am. You look so cute." Pipi Tengku Irham dielus. Tengku Irham pantas menepis. Benci sial.
"Relakslah. I tak letak apapun. Just so you know, I have something to show you." Zirah menyeluk tas tangannya lalu menghulurkan kad jemputan ke majlis resepsi Harraz dan Ainal yang diterimanya dua hari lepas kepada Tengku Irham.
Tengku Irham berkerut. "Kad apa ni?"
"Open it, you fool." Zirah rolling eyes. Tengku Irham menurut. Isi kad itu dibacanya seketika.
"Ainal Sofiah..?" Sebutir nama itu disebut perlahan. Tengku Irham memandang wajah Zirah.
"Harraz dah kahwin? But, when?" Soalan itu dijawab Zirah dengan anggukan kecil.
"I tak tahu bila."
"Ainal..." Tengku Irham memejamkan matanya. Nama itu seperti familiar di telinganya. Dia cuba ingat. Namun, tak jelas pula.
"Yes. You kenal dia, Am?" Zirah merapatkan dirinya. Tengku Irham mengeluh kecil.
"I...err.. tak kenal..."
"Are you telling me the truth? You sebut nama dia dua kali kot tadi." Zirah memicingkan matanya. Tengku Irham pantas mengangguk.
"Ya, betul. Tak kenal. Macam nama kawan tadika I dulu je." Nafi Tengku Irham. Zirah menaikkan keningnya.
"Okay. Tapi, if you ever know her, tell me."
"Why?"
"I'm the bride. Not her!"
Tengku Irham hanya diam. Zirah bangkit lalu berbisik pada Tengku Irham. "But, if you are lying to me, you are dead. You are dead, Am."
Tengku Irham menelan air liurnya yang terasa kelat. Zirah tersenyum.
"Bye. Have a nice day, hun." Sempat pipi Tengku Irham dicium sebelum wanita seksi itu meninggalkan kondominium tersebut.
----------
Ainal merendamkan kakinya ke dalam kolam renang. Dia cuba menenangkan dirinya. Lagu yang bermain di fon telinganya sangat mendamaikan. Dia masih berperang dingin dengan Harraz. Dia mahu Harraz sedar sendiri bahawa dia sakit hati apabila Harraz tidak memberitahu tentang Maya.
Maya. Ish, entah macam mana boleh sekampus dengan Harraz pun tak tahulah! Bila difikirkan, makin sakit hati. Dua kali lima je dengan tunang dia yang gila tu, Razif! Ainal mengetap bibirnya.
"Ainal. Stop." Ainal bercakap sendirian. Dia cuba membuang fikiran negatifnya tadi itu. Mata dipejam. Tenang.
Serasa angin bertiup lembut di tengkuknya. Ainal celik. Dia menoleh ke belakang.
YOU ARE READING
Mr. Sour Talker
Teen FictionHish. Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku bakar kau hidup-hidup wahai Encik Harraz Aqeef! Tak adalah aku kena kahwin dengan kau! Happy ending terus cerita aku. Dasar harimau jadian PMS. Cis. Ainal Sofiah dan Harraz Aqeef dipaksa berkahwin atas des...