Ainal merebahkan badannya di sofa. Tudung sekolahnya pantas dibuka bersama keluhan. Letih sungguh mental dan fizikalnya. Siapa cakap yang jawab soalan peperiksaan tak letih? Letih tau! Duduk lama-lama dalam bilik exam tu. Sakit punggung.
"Kalau ya pun letih, pergilah bawa mandi dulu. Bagi segarkan badan tu." tegur Harraz yang kebetulan lalu di belakang sofa itu. Ainal menoleh. Matanya menangkap segelas air sirap di tangan Harraz. Gulp. Haus!
"Awak," langkah Harraz terhenti. Dia menoleh ke arah Ainal.
"Nak tu." bibir Ainal memuncung ke arah segelas air sirap yang nampak menggiurkan itu. Kening kiri Harraz terjungkit.
"Nak apa?" soal Harraz.
"Nak tuuu." Ainal memuncungkan lagi bibirnya. Tak cukup dengan mulut, dengan muka yang dikerutkan lagi dipakainya.
"Haa, meh lah sini." gamit Harraz. Laju saja kaki Ainal melangkah ke arah Harraz. Berdiri saja di depan lelaki itu, Ainal tersengih.
"Nak! Cepat! Tak tahan dah ni." gesa Ainal. Harraz tersenyum nakal.
"Tak tahan? Fuh. Meh sini." terus saja kepala Ainal ditarik lalu bibir Harraz didekatkan pada bibir gadis itu. Terkejut dengan tindakan Harraz itu, Ainal pantas menolak dada Harraz kuat.
"Apa awak ni?!" Ainal menjarakkan dirinya dari Harraz.
"Lah...tadi kau yang nak. Siap muncung-muncung lagi bibir tu." Harraz membuat muka seposennya. Macam tak bersalah je lagaknya.
Ainal mencebik geram.
"Gatal! Saya nak air tu lah. Bukan kiss!"
Harraz tahan tawa dalam hatinya melihat wajah Ainal yang sudah kenerahan. Aip. Malu ke?
"Ohhh. Nak air?"
Ainal menjeling. Harraz meneguk air sirap itu seketika sebelum menyuakan pada Ainal.
"Ambil ah."
Ainal merenung isi gelas itu yang sudah tinggal suku dan Harraz bergilir-gilir. Dia mengecilkan matanya memandang lelaki di depannya.
"Kenapa awak minum banyak-banyak ni?"
Harraz mengangkat keningnya.
"Saja. Dah. Ambil ah. Tadi kau cakap, kau nak kan?" Harraz tersenyum nakal. Dalam otaknya yang berselirat dengan neuron, peristiwa air milo kembali terlayar. Hehehehe.
"Takkanlah saya nak buah pisang berbuah dua kali. Tak apalah. Saya nak pergi mandi. Bye!" pantas Ainal mencicit berlari menaiki tangga. Dia seakan sudah faham akan senyuman pelik suaminya itu.
Tercengang Harraz mendengarkan ucapan Ainal. Erk. Dia faham ke apa yang aku cuba buat? Cis.
Malu pulak.
"Ingatkan bolehlah dapat free kiss. Tapi kena perli pulak." gumam Harraz sendiri.
----
"Terima kasih, Encik Suami." ucap Ainal lalu menarik tangan Harraz dan diciumnya. Harraz hanya mengangguk kecil. Tangan kirinya naik ke kepala Ainal lalu diusapnya perlahan. Tindakan refleks kut. Macam dah terbiasa pulak. Ainal pula membiarkan saja. Dia dapat merasakan ketenangan pula dengan perbuatan Harraz itu.
"Dah, pergi masuk sekolah." lock pintu dibuka. Ainal tersenyum kecil. Baru sahaja tangannya mencapai pemegang pintu, Harraz menyeru namanya.
"Ainal."
Jantung Ainal sudah mula melakukan senaman ringkas. Perlahan-lahan, dia menoleh ke sebelah kanannya.
"Ya?"
Chup.
Dahi Ainal dikucup Harraz. Membahang wajah Ainal. Malu gila. Walaupun dia terkejut, tapi hatinya terasa berbunga-bunga ibarat musim bunga tiba. Sudah dua kali, dia mendapat ciuman di dalam kereta. Dia pelik pula dengan kelakuan suaminya itu.
"Err---"
"Good luck. Dah, dah. Keluar. Nanti tak pasal-pasal kau lambat jawab exam." Harraz memandang ke depan. Nak elakkan matanya daripada mata Ainal.
Pantas Ainal keluar dari perut kereta itu. Wajahnya masih merona merah. Mak ai, malu siot. Loceng sekolah nyaring berbunyi membuatkan Ainal berlari laju ke dewan sekolah.
Manakala, Harraz yang masih statik di dalam keretanya, memegang sterengnya. Kuat. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia pun pelik dengan dirinya sendiri. Entah mengapa, dia terasa ingin mencium isterinya itu. Bibir Ainal yang merah itu menarik perhatiannya. Jadi, disebabkan itulah, dia bertindak mengucup dahi Ainal. Bibir tak dapat, tapi dahi dapat. Okaylah tu kan?
Hahahahahaha. Gila. Gila.
Harraz menghentak stereng keretanya. Bengang dengan diri sendiri.
Setelah memaki hamun diri selama beberapa minit, Harraz mula bergerak meninggalkan kawasan sekolah Ainal. Tanpa disedarinya, seseorang telah pun menyaksikan aksi ciuman Harraz kepada Ainal tadi. Terbuntang mata manusia itu.
-----
YOU ARE READING
Mr. Sour Talker
Teen FictionHish. Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku bakar kau hidup-hidup wahai Encik Harraz Aqeef! Tak adalah aku kena kahwin dengan kau! Happy ending terus cerita aku. Dasar harimau jadian PMS. Cis. Ainal Sofiah dan Harraz Aqeef dipaksa berkahwin atas des...